Semalam keputusan SPM diumumkan. Anak-anak ini ialah mereka yang menduduki SPM dalam keadaan Pandemik. Belajar tidak menentu. Saya amat simpati dengan cabaran mereka. Jadi usah bandingkan dengan keputusan anak-anak terdahulu.
Kedua, kecerdasan anak-anak kita berbeza. Ada yang cerdas bahasa, sains dan matematik. Ada yang cerdas agama dan al-quran. Ada yang cerdas sukan, muzik, seni dan kemahiran. Pendek kata, rezeki anak-anak kita tak sama.
Malah jika belum nampak kecerdasannya sekali pun, dia mungkin anak yang sanggup jaga kita, mandikan kita, basuh berak kencing kita di hari tua. Dia mungkin anak yang doakan kita bila kita sudah tiada.
Jadi, raikanlah keputusan anak waima apa sekalipun keputusannya. Usah pilih-pilih. SPM hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
Sekian.
Dr. Hj. Tengku Asmadi

5 Cara didikan & tarbiah anak daripada Tok Kenali.
1. Ajarkan anak supaya ikut dan taat pada ibu bapa, tetapi takut kepada Allah.
2. Jangan marah jika anak lambat faham (ilmu) atau sesuatu perkara. Jika memarahi anak kerana itu, tiada apa-apa yang kita akan dapat melainkan kerugian.
3. Tok Kenali adalah seorang penyabar dan tidak cepat marah. Beliau tidak pernah memukul anak-anaknya.
4. Anak-anaknya disuruh tanpa diperintah. Cukup hanya dengan contoh perbuatannya sahaja.
(Point ke empat ni memberi faham kepada kita bahawa betapa pentingnya teladan yg baik dari ibubapa supaya menjadi contoh dan ikutan kpd anak-anak.)
5. Ketika ditanya mengapakah beliau tidak menyuruh anak-anaknya belajar, lalu Tok Kenali membalasnya dengan sebuah syair:
“Apabila anak tidak dijadikan bahagia, gusarlah pendidiknya dan sia-sialah pengharap. Lihat Musa Samiriy didikan Jibril tercelaka kufur, sedang Musa didikan Firaun menjadi Rasul”.
Kredit: Muhammad Mubarak