NAK ANAK MULA BELAJAR?
.
Nak anak buka buku sendiri tanpa perlu disuruh?�
Nak anak belajar dengan rela hati, bukan sebab takut kena marah?
.
Berita baiknya… boleh! Tapi ada 5 strategi halus tapi berkesan 👇
.
1. Tanam “Mindset Belajar Itu Seronok”
Jangan paksa, tapi pancing minat:
✔ “Wah, kalau abang tahu Sains ni, nanti boleh cipta roket ke bulan!”
✔ “Adik tahu tak, ramai doktor suka baca buku macam ni masa kecil?”
.
2. Guna Teknik ‘Trigger Rutin’
Letakkan signal yang konsisten.
Contoh:
Bila jam tunjuk pukul 5 petang → masa belajar.
Bila buka lampu meja → masa homework.
.
Otak anak akan ‘link’ masa atau tempat dengan aktiviti belajar.
.
3. Tunjukkan Teladan
Anak tengok, anak ikut.
Kalau dia nampak mak ayah baca buku atau buat kerja fokus, dia pun cenderung ikut.
.
“Mak pun tengah buat kerja mak. Jom kita sama-sama fokus 20 minit.”
.
4. Sediakan Alat & Ruang Belajar Yang Menarik
Tak semestinya mahal.
Cuma pastikan ruang belajar:
✔ Kemas
✔ Cukup cahaya
✔ Ada peralatan lengkap
Bila tempat best, anak lebih cenderung nak belajar.
.
5. Raikan Usaha, Bukan Hanya Keputusan
Bila anak buka buku sendiri, ucapkan:
“Pandainya anak mak, rajin buka buku sendiri hari ni!
✔ Ini buat anak rasa dihargai dan nak ulang semula..
.
.
#powerparenting
#60secsofparenting

KENAPA ANAK CEPAT MERAJUK APABILA DITEGUR?
.
Baru tegur sikit, anak terus merajuk.
Kita kata, “Tolong angkat baju tu!” — dia terus muncung.
Kadang sampai menangis, padahal teguran biasa je… 😓
.
Apa yang sebenarnya berlaku?
Jom faham dulu 3 sebab utama anak cepat terasa bila ditegur 👇
.
🧠 1. Cara kita menegur terlalu keras
➡ Nada tinggi, muka masam, atau kita tegur depan orang lain.
Anak bukan tak boleh ditegur, tapi dia rasa malu dan terancam.
.
✔ Cuba tegur dengan suara lembut, atau guna cara ‘ajak buat sama-sama’.
.
💔 2. Anak dah 'terluka' dengan teguran yang lepas
Kalau selalu dimarah, dihina, dibandingkan…
Anak jadi sensitif & mudah ‘trigger’ bila ditegur walaupun sekali.
.
✔ Kita kena pulihkan emosi anak, bukan hanya latih tingkah lakunya.
.
😢 3. Anak tak faham tujuan teguran
Kadang dia rasa kita marah sebab dia ‘jahat’.
Sedangkan kita cuma nak betulkan tingkah laku, bukan hukum dia.
✔ Tegur dengan jelas:
“Mak tegur sebab mak sayang. Mak nak abang jadi lebih bertanggungjawab.”
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
* Gunakan “I-message”:
“Ibu rasa sedih bila barang bersepah, boleh bantu kemas ya?”
* Peluk anak dulu sebelum tegur. Tegur dari hati ke hati.
* Bila anak terima teguran dengan baik, puji cara dia respon.
.
Apa maksud “I-message”?
Ia bermaksud kita mula ayat dengan perasaan kita (“Saya rasa…”) dan bukan terus menuduh atau marah orang lain.
.
Contoh biasa (yang boleh buat anak terasa):
.
❌ “Awak ni pemalas sangat! Asyik sepah bilik!”
(Anak rasa diserang & dia akan lawan atau merajuk)
.
✅ Versi I-message yang lebih berkesan:
.
✔ “Ibu rasa penat bila tengok bilik bersepah, boleh tolong kemas sekarang?”
✔ “Ayah sedih bila kerja sekolah tak siap, ayah nak tolong, jom kita buat sama-sama.”
.
Kenapa I-message berkesan?
✅ Anak tak rasa disalahkan
✅ Lebih mudah faham perasaan ibu bapa
✅ Belajar bertanggungjawab tanpa tekanan
.
.
Sekian,
Dr. Tengku Asmadi
Certified People Coach
Parenting Coach

👍1
“Kenapa Anak Pandai Dekat Sekolah Tapi Malas Bila Di Rumah?”
Cikgu kata anak bagus dalam kelas…
Tapi bila balik rumah, asyik baring, tak nak buat kerja sekolah, malas tolong apa-apa. 😩
Kenapa perangai anak "berbeza sangat" antara rumah dan sekolah?
Jom kita bongkar 3 puncanya 👇
.
.
1. Di sekolah ada sistem & rutin yang jelas
Anak tahu bila waktu belajar, rehat, buat aktiviti.
.
Di rumah? Kadang tiada struktur → anak jadi “malas” sebab tak tahu apa dijangka.
.
✔ Sediakan rutin tetap di rumah – walaupun ringkas. Anak akan lebih bersedia untuk bertindak.
.
2. Di sekolah ada “expectation” dan semangat persaingan
Anak lebih cenderung buat yang terbaik sebab cikgu tengok, rakan bersaing.
.
Di rumah? Tiada siapa ‘nampak’ → motivasi kurang.
.
✔ Gantikan dengan galakan dan perhatian dari ibu bapa. Contoh:
“Wah, mama nampak abang fokus buat kerja sekolah tadi. Bagus sangat!”
.
3. Rumah adalah ‘zon selamat’ untuk rehat & luah perasaan
.
Anak rasa lega di rumah → tempat untuk jadi diri sendiri.
Malangnya, kadang yang keluar ialah versi letih & malas dia.
.
✔ Jangan anggap anak bermasalah. Dia hanya selesa.
.
Tugas kita ialah bimbing, bukan hukum.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
• Wujudkan jadual ringkas harian lepas balik sekolah
• Gunakan bahasa positif: “Jom kita siapkan kerja 10 minit je dulu”
• Raikan usaha kecil, bukan tunggu sempurna

❤5🥰1
Kenapa Anak Tak Dengar Cakap Walaupun Dah Banyak Kali Kita Suruh?
.
Ibu ayah pernah tak rasa penat ulang benda yang sama berkali-kali?
.
➡ “Cepat mandi!”
➡ “Dah 3 kali mama suruh buat kerja sekolah!”
➡ “Berapa kali nak kena cakap baru nak dengar?”
.
Rasa macam bercakap dengan dinding 😤
.
Sebenarnya…
ada 5 sebab utama kenapa anak tak dengar cakap 👇
.
1) Arahan terlalu panjang atau kompleks
.
Anak kecil mudah keliru kalau kita beri 3-4 arahan sekaligus.
.
Contoh:
.
❌ “Pergi mandi, pakai baju, lepas tu kemas mainan, baru makan.”
✔ Ganti dengan: “Sekarang pergi mandi dulu ya.”
.
2) Anak tak beri perhatian masa kita bercakap
.
.
Kadang kita bagi arahan sambil anak tengah main, tengok TV, atau penat.
.
✔ Pastikan mata bertentang mata bila beri arahan.
.
3) Nada suara kita terlalu biasa
.
.
Kalau kita asyik suruh dengan nada tinggi atau membebel, anak dah “kebal”.
.
✔ Tukar pendekatan: gunakan suara lembut tapi tegas, atau buat eye contact + isyarat tangan.
.
4) Anak rasa disuruh, bukan diajak
.
.
Anak lebih responsif bila dia rasa dihargai, bukan diperintah.
.
✔ Ganti “Pergi buat kerja sekolah sekarang!”, dengan ...
“Mama tahu awak penat. Tapi boleh tolong siapkan kerja tu dulu?”
.
5) Anak perlukan ‘pengulangan dengan kasih sayang’
.
.
Yes, anak belajar melalui ulang dan rutin.
Kalau baru 3 kali suruh dan anak belum buat — itu bukan gagal, itu belum terbiasa.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
• Guna arahan pendek & spesifik
• Tunggu respon anak – bukan sekadar cakap dan terus pergi
• Beri pilihan, bukan paksaan, “Nak mandi sekarang atau 10 minit lagi?”
.
Silakan beramal.

👍6❤3
PELUKLAH ANAK WALAU APA PUN KEPUTUSAN SPM DIA
.
Esok, 24 April 2025…
Detik yang dinanti-nantikan.
Keputusan SPM diumumkan.
.
Ada rumah yang bergema dengan tawa dan syukur.
Ada juga rumah yang sunyi… hanya terdengar helaan nafas berat dan esakan perlahan.
.
Saya teringat satu kisah, tentang seorang anak yang pulang ke rumah dengan keputusan SPM di tangan.
Matanya merah, wajahnya tunduk.
Dia tahu, keputusan itu jauh dari harapan ibu ayahnya.
Bukan Semua A, malah ada yang gagal.
.
Dia letakkan slip itu di atas meja, menunggu…
Degupan jantungnya laju, menanti reaksi.
.
Si ayah datang, memandang slip itu.
Si anak bersedia untuk dimarahi, disindir, atau mungkin dihampakan.
.
Tapi apa yang berlaku?
.
Ayahnya hanya membuka tangan, memeluk erat anak itu.
Tanpa sepatah pun kata tentang angka di kertas itu.
Hanya bisikan,
“Tak apa nak… Ayah tetap bangga dengan kamu. Ini bukan noktah hidup kamu.”
.
Anak itu menangis sepuasnya dalam pelukan ayahnya.
Bukan kerana kecewa lagi, tapi kerana rasa diterima… rasa disayangi walau apa pun terjadi.
.
DUHAI IBU, DUHAI AYAH
Apa pun keputusan anak esok, peluklah dia.
Dia sudah cukup takut, cukup kecewa dengan dirinya sendiri.
Jangan ditambah lukanya dengan kata-kata tajam kita.
.
Ingatlah…
SPM bukan penentu segalanya.
Anak yang gagal hari ini, mungkin esok menjadi insan paling tabah dan berjaya dengan cara tersendiri.
Anak yang tak dapat Semua A, mungkin dialah yang akan Ambil berat tentang kita di hari tua.
.
Dunia ini bukan hanya milik doktor, jurutera atau peguam.
Dunia ini juga bergerak kerana adanya tukang jahit, tukang masak, pekerja buruh, dan insan-insan hebat di sebalik pekerjaan yang sering dipandang sebelah mata.
.
SPM hanyalah sebuah permulaan, bukan penamat.
Perjalanan anak kita masih panjang.
Masih banyak pintu rezeki yang Allah sediakan – di kolej, di TVET, dalam dunia kemahiran, malah dalam rezeki yang tak disangka-sangka.
.
Jadi esok…
Apa pun slip yang anak bawa pulang, sambutlah dia dengan pelukan.
Kerana pelukan itu mungkin jadi kekuatannya untuk bangkit semula.
.
Peluklah anak… walau apa sekalipun result SPM dia. ❤️
.
#PelukAnak
#SPM2025
#KasihTanpaSyarat
#PerjalananMasihPanjang

❤8👍1
KENAPA ANAK ASYIK NAK MENANG WALAUPUN SALAH?
.
Pernah tak bila anak buat silap, tapi tetap berkeras nak menang?
“Bukan saya yang salah!”
“Adik yang mula dulu!”
“Saya tak buat pun!” (walaupun jelas-jelas kantoi…)
.
Ibu ayah makin marah sebab rasa anak tak nak mengaku salah.
Sebenarnya… kenapa anak bersikap macam tu?
.
1. Anak belum matang untuk hadap rasa ‘kalah’
.
Bagi anak kecil, mengaku salah = rasa malu & takut dimarahi.
Jadi, dia cuba lindungi diri dengan menafikan, beri alasan atau salahkan orang lain.
.
✔ Tugas kita? Bantu anak belajar bahawa buat silap itu normal, yang penting ialah perbaiki.
.
2. Takut hukuman atau dimarahi
.
Kalau sebelum ni anak selalu dimarahi teruk bila buat salah, dia akan develop sikap “defensive”.
.
Dia lebih fokus nak selamatkan diri, bukan belajar dari kesilapan.
.
.
3. Anak tiru apa yang dia lihat
.
Kalau anak biasa tengok orang dewasa pun tak pernah nak mengaku salah, dia pun akan ikut cara sama.
.
Apa ibu bapa boleh buat?
.
1. Ubah reaksi bila anak buat salah
.
Daripada terus marah, cuba cakap:
✔ “Tak apa buat silap, tapi kita kena bertanggungjawab dan betulkan.”
.
2. Ajarkan cara minta maaf dengan betul
➡ “Saya minta maaf sebab…”
➡ “Lepas ni saya akan cuba…”
.
3. Jadi contoh
Kalau kita salah, berani tunjukkan pada anak:
✔ “Maafkan ayah, ayah silap tadi.”
.
.
Pernah tak ada pengalam ini?
Anak anda jenis susah nak mengaku salah?
.
Komen “Ya, saya pernah lalui!”
.
Sekian.
.
Dr. Tengku Asmadi
Star Master
RLC Club Member

Cepat, esok 1 Mei 2025 tutup Yuran Early Bird!
Klik https://dtashop.onpay.my/order/form/mapmei2025earlybird

❤1
Jangan HANYA TEGUR Anak Bila Dia Buat Salah.
.
Pernah tak kita sedar…
Kita hanya panggil nama anak bila nak marah.
Kita hanya tegur bila dia buat silap.
Kita hanya bercakap bila ada kesalahan.
.
Sedangkan hati anak sangat dahagakan pujian, sentuhan dan teguran yang positif.
.
⸻
.
Apa kesannya bila kita hanya tegur bila anak salah?
.
1. Anak rasa dirinya sentiasa tak cukup baik.
Dia mula fikir, “Aku ni memang selalu salah.”
2. Anak hilang semangat untuk mencuba.
Kalau buat betul pun tak pernah dipuji, buat apa usaha?
3. Anak akan meniru gaya teguran yang sama.
Mereka belajar untuk jadi cepat marah, menyindir, atau keras — sebab itu yang mereka selalu dengar.
.
.
⸻
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Tegur juga bila anak buat betul.
➡ “Bagusnya abang dah mandi tanpa disuruh hari ni!”
➡ “Mama bangga adik tolong angkat pinggan.”
.
✔ Panggil nama anak dengan nada kasih.
Tak semestinya bila nak marah saja.
.
✔ Ucap terima kasih untuk perkara kecil.
➡ “Terima kasih sebab kemas mainan, ibu suka tengok rumah kemas.”
.
.
Ingat… anak lebih mudah berubah bila dia rasa dihargai, bukan bila dia rasa dipersalahkan.
#powerparenting
#ParentingCoach

👍3❤2
ANAK ANDA TAK PANDAI NAK LUAHKAN PERASAAN?
.
Anak Tak Pandai Luah Perasaan Bukan Bererti Dia Tak Rasa Apa-Apa.
.
“Anak saya ni pendiam sangat.”
“Tak pernah cerita apa-apa.”
“Atau… dia memang tak kisah apa yang berlaku?”
.
Hakikatnya, bila anak tak pandai meluahkan, bukan bermaksud dia tak rasa.
Kadang dia rasa terlalu banyak — cuma tak tahu macam mana nak cakap.
.
.
Anak yang diam itu…
.
• Mungkin sedang simpan kecewa.
• Mungkin tak tahu cara nak mula bercakap.
• Mungkin dah pernah cuba cerita, tapi tak dilayan.
Dan lama-kelamaan… dia belajar untuk diam terus.
.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Tanya soalan terbuka yang lembut
- “Hari ni ada apa-apa buat abang rasa gembira… atau sedih?”
.
✔ Dengar tanpa menyampuk atau menghakimi
- Jangan cepat betulkan. Cukup kata: “Oh… mama faham.”
.
✔ Luahkan perasaan kita juga
- “Tadi mama rasa sedih sikit sebab kerja banyak. Tapi bila tengok adik peluk mama, terus tenang.”
.
Bila anak lihat emosi itu boleh diluah — dia pun akan ikut.
.
Emosi anak bukan benda remeh. Ia cermin hatinya. Bila anak belajar luah, dia belajar untuk sembuh, membesar, dan membina hubungan.
.
💬 Pernah tak anda rasa anak susah nak luahkan perasaan? Komen “YA, SAYA PERNAH”
.
#PowerParenting
#AnakPendiam
#LuahPerasaan
#EmosiAnak
#TipsIbuBapa

❤2👍1
APABILA ANAK TIDAK HORMAT KITA
.
Bila Anak Tak Hormat Cakap Kita — Salah Anak, Atau Salah Kita?
.
Kadang-kadang kita rasa,
“Kenapa anak aku langsung tak hormat cakap aku?”
“Cakap sepatah, dia jawab sepuluh.”
“Suruh buat kerja, dia buat muka.”
.
Tapi sebelum kita terus menghukum anak…
Mari kita berhenti sekejap dan tanya diri sendiri:
Adakah cara kita bercakap dengan anak juga penuh hormat?
.
Kenapa anak tak hormat kita?
.
1. Sebab kita selalu bercakap dengan nada marah dan sinis.
- Anak belajar gaya komunikasi itu dan pulangkan balik pada kita.
.
2. Sebab kita tak konsisten antara kata dan tindakan.
- Kita suruh anak jangan main telefon, tapi kita sendiri asyik scroll sambil bercakap.
.
3. Sebab kita tak pernah benar-benar ‘mendengar’ anak.
- Bila anak bercakap, kita terus potong. Lama-lama anak belajar untuk tak dengar kita pula.
.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
1) Jadi contoh dalam bercakap dengan penuh adab dan tenang. Anak bukan tak hormat, dia cuma meniru gaya kita.
.
2) Dengar betul-betul bila anak bercakap, walau benda kecil. Hormat itu dua hala. Bila anak rasa didengar, dia akan lebih mudah mendengar.
.
3) Jangan cepat melabel: “Kurang ajar”, “Tak hormat”. Tukar kepada, “Mungkin dia sedang keliru, penat, atau terluka.”
.
.
Ingat…
.
Hormatilah anak seperti mana kita mahu dihormati.
Kerana anak yang dihormati, akan belajar menghormati.
.
.
#PowerParenting
#HormatAnak
#AnakTakDengarCakap

👍4❤2
JANGAN BIARKAN ANAK MAKAN HATI
.
Jangan Biarkan Anak Terlalu Lama Menyimpan Dalam Hati.
.
Kadang anak nampak diam, tapi rupanya dalam hati dia masih simpan perasaan kecewa, kecil hati, sedih, geram; dan yang paling menyedihkan perasaan itu disimpan terhadap kita, ibu bapanya sendiri.
.
Apa yang anak mungkin sedang simpan?
.
• Waktu kita tengking dia depan orang lain.
• Janji yang kita tak tepati.
• Masa kita sibuk sangat dengan kerja, tapi dia nak bercerita.
• Waktu kita bandingkan dia dengan adik atau orang lain.
.
Dia tak tahu macam mana nak luahkan.
Jadi dia simpan. Diam, jauh hati.
.
Apabila emosi itu tak dilepaskan…
.
✅ Anak jadi semakin menjauh.
✅ Tak nak kongsi perasaan.
✅ Rasa tidak difahami.
.
Hubungan yang dulunya rapat, makin jauh tanpa kita sedar.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Ajak anak bercakap dari hati ke hati.
- “Mama minta maaf kalau mama pernah buat abang terasa…”
- “Adik ada apa-apa yang terbuku dalam hati?”
.
✔ Beri ruang untuk anak jujur tanpa takut dimarahi.
- Bila anak berani luahkan, jangan terus serang. Dengar dulu.
.
✔ Jangan tunggu anak yang mulakan. Kita yang mula dahulu.
.
Kerana anak yang diajar meluah dengan selamat, akan membesar jadi orang dewasa yang sihat jiwanya.

❤9