Pendek tetapi.. Do'a ini..
Do'a yang *POWER*.
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.
Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).
Sekarang apa yang 'Afiyah..???
'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".
👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.
👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.
👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.
👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.
👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.
Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.
Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :
"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."
Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."
Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.
"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."
Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."
Semoga bermanfaat..
Sila SHARE dan jangan lupa JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

Telegram
❤️ Power Parenting DTA
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Assalam semua followers Channel Power Parenting yang dikasihi Allah.
Saya mohon laluan untuk info ini. Ia mungkin diperlukan oleh followers yang ada anak masih bersekolah.
Hari ini 30 September 2019 adalah hari terakhir untuk Tuan Puan rebut peluang Diskaun Promosi September untuk anak-anak sertai Kursus Motivasi Alihan Pelajar bersama, Dr. Hj. Tengku Asmadi.
Jika tuan puan belum daftarkan anak, masih ada masa lagi untuk bertindak dengan daffar daftar dan membuat bayaran. Bagi yang telah mendaftar kita jumpa nanti di program Cuti Sekolah ini.
Bagi membantu tuan puan membuat keputusan sila tengok video testimoni bekas pelajar yang pernah sertai kursus ini.
Kursus ini untuk ubah Mindset, bentuk Sikap dan dorong anak belajar Atas Kesedaran Dirinya Sendiri! Insya-Allah
Kursus ini telah pun berusia 25 tahun. Dengan lebih 300,000 pelajar menyertainya sebelum ini pastinya ada sesuatu yang anak-anak dapat.

Lihat video testimoni bekas pelajar ini. Hebat!! Dulunya trial hanya dapat B, C, 4D dan Fail Sains serta Math. Dalam masa 42 hari selepas Kursus MAP dapat 8A!!
https://youtu.be/B0485FVriMw
https://youtu.be/B0485FVriMw
YouTube
Kursus Motivasi Alihan Pelajar
Kursus Motivasi Alihan Pelajar selama dua hari telah diasaskan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi. Kursus ini telah berjalan sejak Tahun 1995 yang lalu dan sehingga kini telah melahirkan lebih 100,000 pelajar. Berikut adalah testimoni dari bekas pelajar MAP Hariff…
Untuk info kursus dan daftar online, klik web rasmi http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
⏰⏰⏰ MANFAATKAN MASA SECARA BERKUALITI
Bagi anak-anak, sayang itu dinilai daripada masa kita luangkan bersamanya. Makin banyak masa bersama, makin erat kasih sayang. Ramai ibu bapa cuba gantikan masa dengan wang dan kebendaan. Ia tidak mungkin sama.
Dengan ibu bapa ramai yang bekerja, mana mungkin dapat masa bersama yang panjang? Sebab itulah masa yang pendek itu perlu dimanfaatkan secara berkualiti.
Tip meluangkan masa swcara berkualiti dengan anak-anak:-
✅ Cari masa bersama anak-anak tanpa telefon bimbit. Memang sukar tapi mesti lakukan. Sebab masa yang anda ada amat pendek maka perlukan fokus pada mereka tanpa gangguan.
✅ Amalkan Solat Berjemaah setiap kali ada peluang. Ketika berdoa, doalah dalam bahasa yang anak faham supaya doa kita sampai ke hatinya. Sebut nama anak dalam doa. Nyatakan hajat kita dengan jelas ketika berdoa. Selesai sahaja, lakukan tazkirah atau pesanan pendek untuk anak-anak.
✅ Makan bersama. Adakan masa untuk makan bersama, biasanya makan malam yang paling mudah sebab semua anak-anak ada di rumah.
✅ Ambil Cuti. Rancang percutian keluarga. Nyatakan pads anak yang kita memang sengaja ambil cuti untuk bersama mereka.
✅ Lakukan aktiviti bersama. Cari masa seminggu sekali untuk lakukan aktiviti bersama seperti berriadah, boling, bersukan, memancing, berjoging dan seumpamanya. Malah bermain ‘board games’ seperti Monopoly, daun terup, juga menarik.
✅ manfaatkan masa memandu untuk bersembang. Usah diam. Inilah masa yang berkualiti untuk tanya perkembangan anak-anak.
✅ Temani anak apabila dia perlukan kita. Misalnya, musim peperiksaan biarlah kita ambil cuti satu dua hari untuk bersamanya. Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan biarlah kita hadir menerima keputusannya, biar pun mereka tidak cemerlang, anak perlukan bahu kita untuk tenangkan perasaannya.
✅ Sentiasa menjadi pendengar yang baik bagi anak. Dengar sahaja. Usah beri sebarang pandangan jika tidak diminta. Usah membuat sebarang penilaian.
✅ Masukkan jadual untuk bersama anak-anak sama seperti kita uruskan jadual kerja kita. Jika kerja itu penting, anak lagi penting.
✅ Setiap anak perlukan masa secara personal untuk bersama ibu atau bapa. Ada perkara yang dia mahu ceritakan pada kita tanpa kehadiran adik beradik yang lain. Berikan peluang itu pada anak.
Sila SHARE dan jemput kenalan tuan puan untuk ikuti Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini. Klik sahaja https://t.me/powerparenting

❤️❤️❤️ DOA SEORANG IBU
Hari ini Hari Jumaat. Ibu saya pulang ke rahmatullah Hari Jumaat. Kisah di bawah ini adalah kisah benar kehidupan saya sendiri. Saya titipkan buat manfaat semua.
👇👇👇
Ketika saya berusia tujuh tahun, ayah kandung telah meninggalkan kami sekeluarga tanpa nafkah dan tanpa khabar berita. Saya masih teringat bagaimana ke sekolah hanya dengan berbekalkan duit sepuluh sen. Ketika itu baju compang camping. Ibu membelikan kasut sekolah yang diperbuat dari plastik dengan harga hanya lima puluh sen sepasang.
Kata ibu kasut plastik ini lebih mudah dijaga, sekiranya kotor ia hanya perlu dicuci dan seterus dilap dengan kain. Hakikat sebenarnya ibu tidak mampu untuk belikan kasut kain yang ketika itu harganya belasan ringgit sepasang.
Apabila berjalan kaki ke sekolah setiap hari, di bawah panas terik, kasut plastik itu telah membuatkan tapak kaki saya pecah-pecah. Setiap garisan di tapak kaki saya merekah dan berdarah. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana sakitnya ketika itu. Lebih-lebih lagi apabila terkena air.
Rumah kami ketika itu hanya layak dipanggil pondok sahaja. Di situlah kami semua tidur, makan, belajar dan segala-galanya. Walaupun jiran sekeliling telah berlampu elektik kami masih lagi berpelita minyak tanah.
Ada ketikanya saya rasakan seolah-olah hidup ini tidak adil. Sering juga saya tertanya-tanya apa salahnya kami sekeluarga hingga terbiar dan dipandang hina oleh orang sekeliling dan saudara mara. Ibu berulang-ulang kali berpesan agar saya belajar bersungguh-sungguh sebab katanya itulah satu-satunya jalan keluar yang ada.
Teringat sewaktu kecil dahulu setiap kali bangun dari tidur kami tiga beradik dipaksa oleh ibu membaca tulisan kapur di dinding yang berbunyi:
‘Hari sekolah tidak boleh tengok TV, tidak pergi mengaji, tidak belajar kena rotan’.
Bayangkanlah betapa kuatnya barisan kata-kata itu terpahat diminda meskipun ia sudahpun berlalu lebih kurang 50 tahun.
Hampir setiap malam saya terdengar tangisan ibu yang terisak-isak berdoa kepada Allah. Kata ibu dalam doanya, “Ya Allah, aku ada tiga orang anak lelaki. Kalau tidak ketiga-tiganya berjaya, salah seorang daripada mereka pun jadilah, agar keluarga ini keluar dari belenggu kemiskinan”.
Ketika itu saya masih tidur-tidur ayam. Entah bagaimana, mendengarkan doa ibu itu airmata mula bergenang lalu hati kecil saya menyahut, “Ya Allah, kalau ditakdirkan hanya seorang sahaja yang berjaya maka biarlah yang seorang itu aku”.
Isakan tangisan ibu dan doa itu memberikan saya kekuatan untuk melakukan apa sahaja bagi berjaya dalam pelajaran dan memastikan masa depan yang cemerlang. Saya jadikan doa itu sebagai satu azimat. Ketika belajar di dalam kelas, mengulangkaji pelajaran di rumah, berkawan dan bermain, saya tetap ingat doa itu. Ia tidak pernah lekang dari ingatan saya.
Sepanjang zaman persekolahan saya belajar tanpa tuisyen. Cukup sekadar bimbingan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Maklumlah ketika saya bersekolah dahulu belum banyak kelas-kelas tuisyen seperti yang wujud hari ini. Malah tuisyen tidak begitu mendapat sambutan ketika itu. Kalau ada pun, yurannya terasa mahal untuk saya menghadirinya.
Ramai juga guru-guru yang merasakan orang miskin seperti saya tidak punya masa depan. Ia mungkin sekadar sangkaan saya sahaja, tetapi itulah yang bermain dalam fikiran ketika itu. Segala cacian, kejian dan herdikan sama ada dari guru, rakan dan orang sekeliling saya anggap sebagai satu cabaran. Saya tetap katakan dalam hati, “Akan aku buktikan satu hari nanti aku berjaya”.
Selepas SPM, saya mula menanti peluang untuk melanjutkan pelajaran. Agak panik juga ketika itu apabila ramai rakan yang mendapat tawaran temuduga untuk ke universiti sedangkan saya tidak menerima apa-apa surat. Tidak lama kemudian ada diantara rakan-rakan yang mula mendapat tawaran ke universiti sedangkan saya tetap dalam penantian.

Dengan perasaan hampa saya meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi hanya sekadar seminggu sahaja kerana tidak tahan dibuli oleh pelajar senior. Saya terpaksa ponteng minggu suaikenal yang diadakan di sekolah bagi mengelak sebarang kejadian buruk yang mungkin berlaku. Dalam masa inilah saya menerima sepucuk surat yang sangat-sangat bermakna iaitu tawaran untuk ke matrikulasi USM.
Sebak dan berderai airmata kami sekeluarga atas tawaran tersebut. Guru memberitahu saya bahawa tawaran itu dibuat mungkin atas kuota anak melayu luar bandar. Tanpa kuota sebegini saya mungkin tidak ke universiti. Tetapi itu semua tidak melemahkan semangat saya. Walaupun ketika itu terpaksa bersaing dengan ramai pelajar dari latar belakang yang jauh lebih baik dari saya, namun hasrat untuk membuktikan kemampuan diri sentiasa berkobar-kobar.
Saya memberikan sepenuh tumpuan dan bersungguh-sungguh di peringkat universiti hingga ada pensyarah yang memanggil saya dengan panggilan ‘bunga kembang lewat’. Iaitu potensi saya lambat terserlah. Sebenarnya bukannya lambat tetapi tekanan hidup, kemiskinan dan masalah keluarga adalah faktor yang melambatkan bakat dan kebolehan diasah.
Di universiti saya adalah antara pelajar yang sering mendapat markah tinggi. Kecemerlangan dan kesungguhan itu telah membolehkan saya terpilih untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral, saya bekerja di SEDC Terengganu.
Dalam tempoh bekerja itu USM menawarkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke University Of Queensland, Brisbane, Australia di bawah tajaan IDP. Hampir lima tahun masa dihabiskan di sana sebelum akhirnya dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada tahun 1994.
Semua kejayaan yang dimiliki ini menjadi kenyataan kerana doa seorang ibu. Sebab itulah penting untuk ibu bapa sering mendoakan anak-anak mereka. Satu petua yang ingin dikongsikan ialah, doakan anak-anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Sebab mungkin ketika itu mereka juga sebenarnya sedang mengingati kita.
AL-FATIHAH:
Tanggal 7 Disember 2017, jam 10, Malam Jumaat, ibu saya Allahyarhamah Fatimah binti Abdul Rahman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke pangkuan Yang Maha Pencipta. Saya mohon kepada semua yang mendapat manfaat daripada email Kelas Online Power Parenting Percuma ini mendoakan ibu saya agar 'Rohnya mendapat rahmah dan keampunan Allah swt dan dia ditempatkan ke dalam golongan mereka yang Solehah.' Amin.
Sila SHARE dan jemput kenalan tuan puan untuk ikuti Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini. Klik sahaja 👉👉 https://t.me/powerparenting

Assalam semua,
Boleh pagi Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting

🎈🎈TANAM DALAM DIRI ANAK SIFAT JUARA
Anak-anak lebih mudah berjaya sama ada dalam akademik, sukan, ko-kurikulum dan kepimpinan apabila ibu bapa tanam dalam diri anak-anak sifat juara.
Untuk tanam sifat juara dalam diri anak-anak, lakukan perkara berikut:-
1) Sentiasa jangkakan kejayaan anak dalam apa juga yang dia lakukan. Dengan jangkakan kejayaan maka ibu bapa bersedia untuk memberikan yang terbaik pada mereka. Dari segi masa dan wang.
2) Latih anak untuk sentiasa berfikir positif. Setiap yang berlaku sama ada menang atau kalah, baik atau buruk, tetap ada hikmah dan ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk memperbaiki kelemahan dan bangkit semula.
3) Berikan anak-anak pujian, ganjaran, kata positif dan dorongan berterusan. Biar anak rasakan keyakinan kita padanya.
4) Sentiasa sediakan bahu untuk anak mengadu. Sentiasa menjadi pendengar yang baik. Terima keluhan mereka tanpa syarat.
5) Latih anak untuk bersaing dengan rekod dan pencapaiannya sendiri bukannya rekod dan pencapaian orang lain. Namun jadikan kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi.
6) Latih anak meletakkan sasaran dalam apa jua yang dia lakukan.
7) Usah cepat puashati. Ramai anak-anak yang cepat puashati dengan pencapaiannya. Sikap cepat puashati membantutkan perkembangan diri anak untuk pergi lebih jauh lagi.
LIKE and JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

🧩🏆 BILA ANAK BUAT SILAP
Anak-anak dewasa dengan belajar. Sama ada belajar secara formal, tidak formal. Belajar dari pengalaman hidup, kesilapan dan kegagalan.
Sewaktu anak kita baru pandai bertatih. Dia terjatuh banyak kali. Kita tidak marah. Setiap kali anak jatuh, kita dirikan dia semula, imbangi badan dia dia dan terus bertepuk dan bersorak, “adik pandai, adik pandai”. Anak kecil itu terus berusaha melangkah lagi.
Begitulah yang kita lakukan pada anak. Memberikan dia keyakinan dan dorongan.
Anak kecil usia setahun itu tidak faham apa makna ‘Adik pandai’. Tetapi dia teruja disebabkan persekitaran yang positif dengan tepukan dan sorakan. Ini yang dia faham.
Sayangnya, apabila dia mula masuk tadika dan kemudiannya ke sekolah, tepukan dan sorakan sudah semakin lenyap. Yang ada teguran, marah, kritikan, sindiran, ancaman, ugutan. Hilang sudah suasana positif yang pernah diperolehinya dulu.
Sebab itulah anak jadi malas, stres, memberontak dan negatif. Setiap kali dia buat silap, dia takut untuk mencuba lagi. Akhirnya jalan selamat ialah buat apa yang dia tahu sahaja. Kalau silap diamkan sahaja.
Usah begitu. Raikan kesilapan. Anak yang banyak buat silap dia banyak belajar. Biar silap sekarang daripada silap di masa hadapan.
Biar anak faham, silap itu proses kedewasaan dan kematangan. Biar dia belajar darinya.
Biar anak tahu bahawa dia buat silap sebab dia berani mencuba. Dia telah menguasai ketakutannya dalam dirinya.
SILALAH SHARE. Jangan lupa juga JOIN Channel Telegram Power Parenting Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video ini tentang tindakan seorang guru mendapatkan semula jam seorang pelajar yang telah dicuri dalam kelas. Pendekatan yang diambil mengubah pelajar yang mencuri itu dan dia ingat sampai ke tua. Think about it.
🌺🌺 BAGAIMANA NAK RAIKAN KESILAPAN ANAK?
Setelah posting saya sebelum ini bertajuk BILA ANAK BUAT SILAP, maka ada yang bertanya bagaimana caranya untuk RAIKAN KESILAPAN?
Raikan kesilapan bermakna tidak memarahi kesalahan anak jika itu pertama kali dilakukannya. Sebab ramai ibu bapa yang terus memarahi anaknya apabila anak membuat silap. Sedangkan anak itu sendiri dalam proses belajar erti hidup.
Berikut adalah benerapa langkah yang boleh diambil agar anak dapat rasakan bahawa dia diraikan:
✅ Tanya dia apa perasaannya? Apa juga yang dia rasakan sama ada kecewa, marah, sedih, geram, benci dan apa sahaja maka itu adalah haknya. Pastikan dia faham bahawa dia berhak rasa sebegitu asalkan perasaan itu tidak sampai menguasai tindakannya.
✅ Tanya dia adakah dia tahu apa silap dia? Biar dia ceritakan dan kita sebagai ibu bapa dengar dengan teliti. Bantu dia untuk menyedari kesilapannya itu.
✅ Tanya dia adakah dia sedar kesan dari kesilapannya terhadap dirinya dan orang lain? Biar anak faham bahawa dalam hidup ini apa sahaja yang kita lakukan akan ada kesannya sama ada baik atau buruk.
✅ Tanya dia apa perkara paling penting yang dia pelajari dari kesilapan ini? Bantu dia untuk mampu mencari hikmah dan kebaikan.
✅ Tanya dia apa yang patut dia lakukan agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi? Malah jika dia perlu senaraikan maka minta dia senaraikan.
✅ Beritahu dia apa hukuman yang menanti jika ia berulang lagi. Apa akibatnya? Pastikan anak tahu bahawa kita tidak mahu kesilapan yang sama diulangi. Kali pertama memang kita maafkan.
✅ Malah minta dia berjanji (jika perlu) untuk tidak ulangi lagi.
Sila SHARE dan JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

Boleh dihari Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting
Boleh dihari Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting
Telegram
❤️ Power Parenting DTA
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
🌺🌺 DENGAN ANAK-ANAK TOLONGLAH PEGANG JANJI
Ramai ibu bapa terlepas pandang perkara yang sangat penting ini, iaitu pegang janji. Tanpa sedar, kita kerap mungkiri janji dengan anak-anak. Lebih parah, kita rasakan ia hanya perkara kecil dan tidak rasa bersalah pun.
Apabila kita tidak tepati janji dengan anak-anak, mereka juga tidak tepati janji mereka pada kita. Dia berjanji nak solat 5 waktu, nak siapkan kerja sekolah, nak berkelakuan baik dan sebagainya. Semuanya mereka langgar. Sebab, mereka juga rasakan bahawa berjanji dengan ibu bapa itu tidak penting seperti mana ibu bapa janji dengan mereka.
Kita janji nak ajak mereka keluar makan, akhirnya dibatalkan atas urusan sibuk kerja. Jika sekali itu tidak mengapa. Ini banyak kali!
Kita janji nak berikan dia hadiah, pun sama juga. Alasannya tidak cukup duit lagi. Jika tidak mampu usah berjanji. Biar anak tahu kita tidak mampu. Itu lebih baik.
Kita janji nak hadir hari sukan dia, tidak hadir juga.
Akhirnya, bagi anak, janji itu adalah satu senjata untuk lepaskan diri. Sebab itulah kita mesti penuhi setiap janji, dan berjanji hanya apabila kita yakin kita boleh memenuhinya. Barulah anak-anak hormat pada ibu bapa. Barulah ibu bapa boleh gunakan senjata PEGANG JANJI itu untuk didik anak-anak. Sebab mereka tahu, jika berjanji mesti buat, seperti mana ibu bapanya telah tunjukkan contoh pada mereka.
Selamat Berjanji..
Sila SHARE dengan orang lain. Untuk dapatkan Tip Power Parenting PERCUMA, sila klik link berikut dan JOIN CHANNEL TELEGRAM Dr. Hj. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Education & Parenting Certified Coach

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video ini susulan dari topik PEGANG JANJI yang telah saya pos sebelum ini. Semoga bermanfaat.