Dengan perasaan hampa saya meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi hanya sekadar seminggu sahaja kerana tidak tahan dibuli oleh pelajar senior. Saya terpaksa ponteng minggu suaikenal yang diadakan di sekolah bagi mengelak sebarang kejadian buruk yang mungkin berlaku. Dalam masa inilah saya menerima sepucuk surat yang sangat-sangat bermakna iaitu tawaran untuk ke matrikulasi USM.
Sebak dan berderai airmata kami sekeluarga atas tawaran tersebut. Guru memberitahu saya bahawa tawaran itu dibuat mungkin atas kuota anak melayu luar bandar. Tanpa kuota sebegini saya mungkin tidak ke universiti. Tetapi itu semua tidak melemahkan semangat saya. Walaupun ketika itu terpaksa bersaing dengan ramai pelajar dari latar belakang yang jauh lebih baik dari saya, namun hasrat untuk membuktikan kemampuan diri sentiasa berkobar-kobar.
Saya memberikan sepenuh tumpuan dan bersungguh-sungguh di peringkat universiti hingga ada pensyarah yang memanggil saya dengan panggilan ‘bunga kembang lewat’. Iaitu potensi saya lambat terserlah. Sebenarnya bukannya lambat tetapi tekanan hidup, kemiskinan dan masalah keluarga adalah faktor yang melambatkan bakat dan kebolehan diasah.
Di universiti saya adalah antara pelajar yang sering mendapat markah tinggi. Kecemerlangan dan kesungguhan itu telah membolehkan saya terpilih untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral, saya bekerja di SEDC Terengganu.
Dalam tempoh bekerja itu USM menawarkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke University Of Queensland, Brisbane, Australia di bawah tajaan IDP. Hampir lima tahun masa dihabiskan di sana sebelum akhirnya dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada tahun 1994.
Semua kejayaan yang dimiliki ini menjadi kenyataan kerana doa seorang ibu. Sebab itulah penting untuk ibu bapa sering mendoakan anak-anak mereka. Satu petua yang ingin dikongsikan ialah, doakan anak-anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Sebab mungkin ketika itu mereka juga sebenarnya sedang mengingati kita.
AL-FATIHAH:
Tanggal 7 Disember 2017, jam 10, Malam Jumaat, ibu saya Allahyarhamah Fatimah binti Abdul Rahman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke pangkuan Yang Maha Pencipta. Saya mohon kepada semua yang mendapat manfaat daripada email Kelas Online Power Parenting Percuma ini mendoakan ibu saya agar 'Rohnya mendapat rahmah dan keampunan Allah swt dan dia ditempatkan ke dalam golongan mereka yang Solehah.' Amin.
Sila SHARE dan jemput kenalan tuan puan untuk ikuti Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini. Klik sahaja 👉👉 https://t.me/powerparenting

Telegram
❤️ Power Parenting DTA
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Assalam semua,
Boleh pagi Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting

🎈🎈TANAM DALAM DIRI ANAK SIFAT JUARA
Anak-anak lebih mudah berjaya sama ada dalam akademik, sukan, ko-kurikulum dan kepimpinan apabila ibu bapa tanam dalam diri anak-anak sifat juara.
Untuk tanam sifat juara dalam diri anak-anak, lakukan perkara berikut:-
1) Sentiasa jangkakan kejayaan anak dalam apa juga yang dia lakukan. Dengan jangkakan kejayaan maka ibu bapa bersedia untuk memberikan yang terbaik pada mereka. Dari segi masa dan wang.
2) Latih anak untuk sentiasa berfikir positif. Setiap yang berlaku sama ada menang atau kalah, baik atau buruk, tetap ada hikmah dan ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk memperbaiki kelemahan dan bangkit semula.
3) Berikan anak-anak pujian, ganjaran, kata positif dan dorongan berterusan. Biar anak rasakan keyakinan kita padanya.
4) Sentiasa sediakan bahu untuk anak mengadu. Sentiasa menjadi pendengar yang baik. Terima keluhan mereka tanpa syarat.
5) Latih anak untuk bersaing dengan rekod dan pencapaiannya sendiri bukannya rekod dan pencapaian orang lain. Namun jadikan kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi.
6) Latih anak meletakkan sasaran dalam apa jua yang dia lakukan.
7) Usah cepat puashati. Ramai anak-anak yang cepat puashati dengan pencapaiannya. Sikap cepat puashati membantutkan perkembangan diri anak untuk pergi lebih jauh lagi.
LIKE and JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

🧩🏆 BILA ANAK BUAT SILAP
Anak-anak dewasa dengan belajar. Sama ada belajar secara formal, tidak formal. Belajar dari pengalaman hidup, kesilapan dan kegagalan.
Sewaktu anak kita baru pandai bertatih. Dia terjatuh banyak kali. Kita tidak marah. Setiap kali anak jatuh, kita dirikan dia semula, imbangi badan dia dia dan terus bertepuk dan bersorak, “adik pandai, adik pandai”. Anak kecil itu terus berusaha melangkah lagi.
Begitulah yang kita lakukan pada anak. Memberikan dia keyakinan dan dorongan.
Anak kecil usia setahun itu tidak faham apa makna ‘Adik pandai’. Tetapi dia teruja disebabkan persekitaran yang positif dengan tepukan dan sorakan. Ini yang dia faham.
Sayangnya, apabila dia mula masuk tadika dan kemudiannya ke sekolah, tepukan dan sorakan sudah semakin lenyap. Yang ada teguran, marah, kritikan, sindiran, ancaman, ugutan. Hilang sudah suasana positif yang pernah diperolehinya dulu.
Sebab itulah anak jadi malas, stres, memberontak dan negatif. Setiap kali dia buat silap, dia takut untuk mencuba lagi. Akhirnya jalan selamat ialah buat apa yang dia tahu sahaja. Kalau silap diamkan sahaja.
Usah begitu. Raikan kesilapan. Anak yang banyak buat silap dia banyak belajar. Biar silap sekarang daripada silap di masa hadapan.
Biar anak faham, silap itu proses kedewasaan dan kematangan. Biar dia belajar darinya.
Biar anak tahu bahawa dia buat silap sebab dia berani mencuba. Dia telah menguasai ketakutannya dalam dirinya.
SILALAH SHARE. Jangan lupa juga JOIN Channel Telegram Power Parenting Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video ini tentang tindakan seorang guru mendapatkan semula jam seorang pelajar yang telah dicuri dalam kelas. Pendekatan yang diambil mengubah pelajar yang mencuri itu dan dia ingat sampai ke tua. Think about it.
🌺🌺 BAGAIMANA NAK RAIKAN KESILAPAN ANAK?
Setelah posting saya sebelum ini bertajuk BILA ANAK BUAT SILAP, maka ada yang bertanya bagaimana caranya untuk RAIKAN KESILAPAN?
Raikan kesilapan bermakna tidak memarahi kesalahan anak jika itu pertama kali dilakukannya. Sebab ramai ibu bapa yang terus memarahi anaknya apabila anak membuat silap. Sedangkan anak itu sendiri dalam proses belajar erti hidup.
Berikut adalah benerapa langkah yang boleh diambil agar anak dapat rasakan bahawa dia diraikan:
✅ Tanya dia apa perasaannya? Apa juga yang dia rasakan sama ada kecewa, marah, sedih, geram, benci dan apa sahaja maka itu adalah haknya. Pastikan dia faham bahawa dia berhak rasa sebegitu asalkan perasaan itu tidak sampai menguasai tindakannya.
✅ Tanya dia adakah dia tahu apa silap dia? Biar dia ceritakan dan kita sebagai ibu bapa dengar dengan teliti. Bantu dia untuk menyedari kesilapannya itu.
✅ Tanya dia adakah dia sedar kesan dari kesilapannya terhadap dirinya dan orang lain? Biar anak faham bahawa dalam hidup ini apa sahaja yang kita lakukan akan ada kesannya sama ada baik atau buruk.
✅ Tanya dia apa perkara paling penting yang dia pelajari dari kesilapan ini? Bantu dia untuk mampu mencari hikmah dan kebaikan.
✅ Tanya dia apa yang patut dia lakukan agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi? Malah jika dia perlu senaraikan maka minta dia senaraikan.
✅ Beritahu dia apa hukuman yang menanti jika ia berulang lagi. Apa akibatnya? Pastikan anak tahu bahawa kita tidak mahu kesilapan yang sama diulangi. Kali pertama memang kita maafkan.
✅ Malah minta dia berjanji (jika perlu) untuk tidak ulangi lagi.
Sila SHARE dan JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

Boleh dihari Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting
Boleh dihari Jumaat ni saya minta satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.
Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain.
Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.
Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting
Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting
Telegram
❤️ Power Parenting DTA
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
🌺🌺 DENGAN ANAK-ANAK TOLONGLAH PEGANG JANJI
Ramai ibu bapa terlepas pandang perkara yang sangat penting ini, iaitu pegang janji. Tanpa sedar, kita kerap mungkiri janji dengan anak-anak. Lebih parah, kita rasakan ia hanya perkara kecil dan tidak rasa bersalah pun.
Apabila kita tidak tepati janji dengan anak-anak, mereka juga tidak tepati janji mereka pada kita. Dia berjanji nak solat 5 waktu, nak siapkan kerja sekolah, nak berkelakuan baik dan sebagainya. Semuanya mereka langgar. Sebab, mereka juga rasakan bahawa berjanji dengan ibu bapa itu tidak penting seperti mana ibu bapa janji dengan mereka.
Kita janji nak ajak mereka keluar makan, akhirnya dibatalkan atas urusan sibuk kerja. Jika sekali itu tidak mengapa. Ini banyak kali!
Kita janji nak berikan dia hadiah, pun sama juga. Alasannya tidak cukup duit lagi. Jika tidak mampu usah berjanji. Biar anak tahu kita tidak mampu. Itu lebih baik.
Kita janji nak hadir hari sukan dia, tidak hadir juga.
Akhirnya, bagi anak, janji itu adalah satu senjata untuk lepaskan diri. Sebab itulah kita mesti penuhi setiap janji, dan berjanji hanya apabila kita yakin kita boleh memenuhinya. Barulah anak-anak hormat pada ibu bapa. Barulah ibu bapa boleh gunakan senjata PEGANG JANJI itu untuk didik anak-anak. Sebab mereka tahu, jika berjanji mesti buat, seperti mana ibu bapanya telah tunjukkan contoh pada mereka.
Selamat Berjanji..
Sila SHARE dengan orang lain. Untuk dapatkan Tip Power Parenting PERCUMA, sila klik link berikut dan JOIN CHANNEL TELEGRAM Dr. Hj. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Education & Parenting Certified Coach

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video ini susulan dari topik PEGANG JANJI yang telah saya pos sebelum ini. Semoga bermanfaat.
Bagi ibu bapa yang ada anak-anak Tahun 6 sekarang dan berminat memasukkan anaknya ke Sek. Men. Agama di Wilayah Persekutuan, sila lihat poster di atas ☝️☝️☝️
Dengarkan interview saya dengan ngo Bapa Sepanjang Hayat setelah selesai sahaja program Parenting Talk di Singapore bulan lepas.
https://youtu.be/hWKYutLwzz4
Jangan lupa JOIN Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting

YouTube
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
Santai bersama keluarga adalah cara meluangkan masa secara berkualiti. Find Time dan Make Time. Jika tidak sampai bila pun alasan sibuk dan tiada masa.
Pejam celik anak-anak dah besar semuanya. Kita tidak mungkin dapat kembali ke masa lampau untuk nikmati saat mereka masih kecil. Manfaatkanlah saat-saat indah sebegini. Ia terapi perhubungan yang sangat berkualiti.
JOIN channel telegram Power Parenting saya https://t.me/powerparenting

Apabila anak punya kesedaran yang tinggi tentang keadaan keluarganya dan pentingnya masa depannya, maka dia pasti berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impiannya.
Tahniah kepada Siti Madihah Situah, 24 tahun, yang menjadi pelajar terbaik di Majlis Konvokesyen UMK dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama dan Anugerah Pelajaran DiRaja.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/10/619453/anak-penebar-roti-canai-terima-anugerah-pelajaran-diraja
Join Channel Telegram Dr. Tengku Asmadi untuk Tip dan Info Parenting https://t.me/powerparenting

Berita Harian
Anak penebar roti canai terima Anugerah Pelajaran Diraja | Berita Harian
BACHOK: Anak penebar roti canai mencatat kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.