❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
856 photos
91 videos
9 files
482 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Apabila anak punya kesedaran yang tinggi tentang keadaan keluarganya dan pentingnya masa depannya, maka dia pasti berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impiannya.

Tahniah kepada Siti Madihah Situah, 24 tahun, yang menjadi pelajar terbaik di Majlis Konvokesyen UMK dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama dan Anugerah Pelajaran DiRaja.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/10/619453/anak-penebar-roti-canai-terima-anugerah-pelajaran-diraja

Join Channel Telegram Dr. Tengku Asmadi untuk Tip dan Info Parenting https://t.me/powerparenting
😱😱 APABILA ANAK TANYA SOALAN PELIK-PELIK

Anak-anak membesar dengan perasaan ingin tahu. Apabila anak bertanya, itu maknanya otaknya berfikir. Sebagai ibu bapa kita kena layan soalan-soalan anak ini. Malah anak akan terus bertanya selagi dia tidak puas hati dengan jawapan kita.

Kenapa anak bertanya?

1. Sebab dia ingin tahu
2. Sebab dia nak tarik perhatian kita
3. Sebab ada yang dia tidak bersetuju dengan kita

Contoh:

✅ Soalan: ‘Emak kenapa pokok warnanya hijau?’ (INGIN TAHU)

Untuk jawab soalan sebegini, jangan cakap, “Sebab Allah jadikannya hijau”. Memanglah jawapan itu betul tetapi ia tidak memuaskan hati anak. Jawab soalah berdasarkan umur anak. Jika dia sudah bersekolah, maka beritahu dia daun pokok itu hijau sebab wujudnya pigmen klorofil. Pigmen ini untuk menyerap cahaya matahari bagi membolehkan pokok membuat makanannya sendiri.

Kemudian baru masuk unsur ketuhanan. “Hebatkan Allah, yang mampu mencipta pokok sebegitu.”

Sebaliknya jika anak baru berusia 3-5 tahun, jawab soalan dengan lebih mudah. Misalnya, “Pokok hijau sebab dia nak serap cahaya matahari’. Kalau dia tanya lagi baru jawab lagi, “Sebab tanpa cahaya matahari pokok mati, kalau adik tak percaya cuba letakkan pasu pokok kecil itu di bawah kotak selama 1 minggu dan tengok apa jadi nanti”. Jawapan ini mendorong anak membuat kajian sendiri walau pun masih kecil.


✅ Soalan: ‘Emak, nampak tak mainan adik?’ (MAHUKAN PERHATIAN)

Soalan macam ini soalan mudah. Kalau ibu yang simpan, terus beritahu di mana letaknya. Jika anak sendiri yang simpan, suruh dia cari sendiri.

✅ Soalan: ‘Emak, kenapa asyik adik sahaja yang kena ambil air?’

Soalan ini soalan membantah. Maka kena jelaskan dengan bijak supaya dia tahu bahawa itu tandanya kita sayang dia dan dia dipercayai untuk lakukan kerja itu. Tambah unsur spiritual, “lagi pun apa yang dilakukan itu Allah suka, dapat pahala.”

Ada ketikanya soalan anak itu mencabar dan pelik. Usah risau, berikan jawapan yang betul dan usah merapu.

✅ Soalan: “Mak, kenapa zakar adik tegang?” Dalam bab ini ada ibu bapa panggil ‘bird’ atau ‘anu’. Usah begitu, sebut perkataan yang betul iaitu ‘Zakar’. Biar anak kenal anatomi badannya.

Soalan ini kena jawab dengan bijak. Semasa anak saya bertanya soalan ini saya jelaskan:

1. Sebab adik sihat maka zakar orang sihat akan menegang.
2. Itu tandanya nak kencing
3. Sebab aliran darah masuk ke dalam zakar lalu ia menegang. Ambil plastik ais krim batang yang kosong, tunjuk pada anak plastik itu lembik sebab tiada air. Sekarang masukkan air menggunakan paip. Lihat, plastik itu menegang.

✅ Soalan: “Mak, kenapa dalam perut mak ada baby?”

Nah soalan ini lagi mencabar, tetapi tetap kena jawab. Beritahu dia baby ada dalam perut sebab emak seorang perempuan. Hanya orang perempuan ada tempat untuk baby, orang lelaki tiada.

Soalan: “Tapi macam mana baby masuk dalam perut?”

Dulu baby kecil sahaja tapi dia makan dan minum dalam perut mak, maka dia membesar. Baby ada dalam perut sebab mak dan ayah tidur bersama. Apabila orang perempuan dan orang lelaki tidur bersama, baru boleh dapat baby. Kalau orang lelaki tidur dengan lelaki tak dapat baby. Orang perempuan tidur dengan orang perempuan pun tak dapat baby. kena orang lelaki tidur dengan orang perempuan baru boleh dapat baby. Tak per nanti adik dah besar nanti emak terangkan, boleh?”

Biasanya anak anak angguk dan diam. Ada ketikanya tidak perlu cerita terlalu jauh.

Ada ketikanya kita tidak tahu jawapannya. Jika tidak tahu mak tunjukkan pada anak bagaimana cara mencari jawapan. Misalnya, cari dalam buku. Google di internet. Tanya ayah, abang atau kakak. Malah tanya cikgu jika anak sudah bersekolah.

✅ Soalan: “Ayah, ustaz ada sebut tanda akil baligh ialah mimpi basah. Mimpi basah tu apa?” Soalan ini diajukan kepada saya oleh anak yang berusia 10 tahun. Anak ini sudah besar dan boleh berfikir. Jadi berikan jawapan yang benar dan sampaikan dengan ayat yang dia mudah faham.
Usah berdolak dalih dan usah pula memarahi dia.
Saya terangkan pada anak dengan jelas. Mimpi basah itu maknanya nanti Imran akan mimpi seorang perempuan datang dalam mimpi. Imran akan mimpi melakukan sesuatu dengan perempuan dalam mimpi itu, mungkin bercium, mungkin berpeluk dan seumpamanya. Nanti zakar imran menegang dan akan terkeluar cecair pekat. Itu namanya air mani. Itu tanda akil baligh dan Imran WAJIB mandi hadas besar. Dah tahu cara mandi hadas? Ok mari ayah ajar.

Kenapa malu nak bercerita dan berterus terang dengan anak? Berikan pendidikan sebegini pada anak-anak. Ini namanya Pendidikan Seks, bukannya buat seks.

Ada ketikanya, soalan dibalas dengan soalan. Ada ketikanya kita mahu anak-anak terus berfikir dan memberikan jawapannya sendiri.

✅ Soalan: “Ayah, kenapa kita kena makan sayur?”

Ok, adik agak kenapa? Kita lontarkan soalan ini semula. Usah terperanjat kadang-kadang kita tidak menjangka anak mampu memberikan jawapan yang bernas.

KESIMPULANNYA:

▶️ Layan soalan anak
▶️ Berterus terang dalam memberi jawapan
▶️ Usah marah atau beremosi
▶️ Layan anak bagai seorang yang bijak dan dewasa
▶️ Ada soalan yang perlu dibalas dengan soalan
▶️ Ada soalan yang perlu diakui bahawa kita tidak tahu maka sama-sama mencari jawapan
▶️ Ada soalan tidak perlu dijawab dan hanya peru percaya sahaja terutamanya berkaitan akidah Semoga berjaya.

Sila JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Hj. Tengku Asmadi untuk Tip Mendidik Anak PERCUMA, klik sahaja https://t.me/powerparenting
🏆🏆🏆 TIP EMAS PARENTING


1. Kenalpasti kekuatan, kelebihan, bakat, tahap kemampuan, kebolehan, keunikan atau kehebatan anak. Fokus untuk menggilap potensi ini meski pun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan.

2. Guna Hukum 80/20 iaitu 80
peratus pujian dan ganjaran, 20 peratus teguran dan hukuman.

3. Elakkan daripada memberikan reaksi emosi yang negatif seperti marah, herdik, sindir dan seumpamanya.

4. Usah sama sekali membandingkan anak-anak. Sedari bahawa mereka berbeza watak dan cara.

5. Ibu bapa usah segan, malu atau KEDEKUT untuk minta bantuan orang lain terutamanya ketika berdepan dengan isu anak yang kita sukar tangani.

6. Berikan anak perhatian positif. Jika tidak nanti anak-anak akan lakukan perkara negatif untuk mendapatkan perhatian.

7. Pantau pengunaan gajet, media sosial dan internet anak-anak.

8. Terimalah hidup kita berubah apabila ada anak. Usah merungut, letih, jemu atau mengalah. Hidup adalah satu proses belajar. Dari semasa ke semasa ada sahaja perkara baru.

9. Tekad untuk menjadi contoh baik bagi anak.

10. Usah sama sekali berputus asa dengan anak-anak. Apa juga isunya hadapu dan lalui bersama.

Dapatkan lebih banyak Tip Power Parenting PERCUMA dengan JOIN Channel Telegram Parenting Dr. Tengku Asmadi. Klik https://t.me/powerparenting

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant
Hampir semua tingkahlaku dan sikap anak mereka perolehi daripada mempelajarinya bukannya mewarisinya. Mereka belajar daripada kita ibu bapanya.

Tingkahlaku itu tidak semestinya diambil secara langsung tetapi cara kita mengendalikan mereka membentuk dan mendorong sesuatu tingkahlaku. Ibu bapa boleh bimbing anak-anaknya dengan skil-skil tertentu untuk cemerlang.

✅ Anak yang pemalu perlu diajarkan dengan Skil Sosial.
✅ Anak yang pendiam diajarkan tentang Skil Berkomunikasi.
✅ Anak yang tidak teratur masa dan jadualnya diajarkan tentang Pengurusan Masa.
✅. Anak yang pemarah, mudah melenting diajarkan tentang Pengurusan Stres.

Bukannya nak ajar sampai jadi pakar, tetapi ajar mereka beberapa perkara yang asas sebagai bekalan hidup berdepan dengan situasi hariannya.

Anak-anak yang mampu lalui hidupnya seharian dengan berkesan akan berjaya dalam hidupnya..

Klik dan join Channel Parenting Dr. Tengku Asmadi .. https://t.me/powerparenting
Subhanallah. Alhamdulillah. Tanpa diduga saya menerima komen menarik di facebook saya hari ni. Hati mana yang tidak merasa gembira apabila program motivasi yang saya jalankan membuahkan hasil. Meski pun telah lebih 20 tahun, peserta masih ingat dengan kursus Motivasi Alihan Pelajar yang mereka hadiri. Insyaallah Cuti Sekolah ini saya rancang program di KL, Ipoh, JB, Kuantan dan Alor Setar. Dijemput untuk jenguk di web rasmi http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
Subhanallah. Tabarokallah. Testimoni tentang Kursus Motivasi Alihan Pelajar lagi. Semoga Allah rahmati Puan Ziey sekeluarga.
Assalam semua,

Boleh dihari Jumaat ni saya minta tolong satu perkara mudah? Yang mana jika tuan puan lakukan pahalanya dan kebajikannya kita kongsi bersama. Ia bakal berpanjangan hingga ke kubur sebab janji Allah ilmu yang bermanfaat itu akan bantu kita di sana.

Saya mohon tuan puan panjangkan tentang Channel Power Parenting Dr. Tengku Asmadi ini kepada kawan-kawan agar ilmu percuma Parenting saya ini sampai ke seramai mungkin orang lain. Saya sasarkan 10k followers.

Sebab tidak semua tahu wujudnya channel percuma ini. Channel yang sarat dengan tip-tip Parenting.

Minta mereka join channel ni dengan KLIK Link berikut kemudian klik JOIN 👉👉 https://t.me/powerparenting

Semoga ada keberkatan dari Allah buat tuan puan.

Terima kasih.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder Power Parenting
🧲🧲 TAHUKAH ANDA?

Apabila berbicara dengan anak-anak kedudukan aras mata mempunyai peranan dan kesan psikologi pada anak secara langsung.

Jika memberikan arahan atau mahukan sesuatu dipatuhi atau dalam mood tegas, pastikan kedudukan aras mara ibu bapa lebih tinggi daripada aras mata anak.

Sebaliknya jika tujuan berbicara itu mahu wujudkan komunikasi dua hala, mahu anak rasai dekatnya kita dengannya maka pastikan aras mata kita sama paras dengannya.

Cubalah ..

Klik dan join Channel Telegram Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting
CHANNEL TELEGRAM POWER PARENTING BERSAMA DR. TENGKU ASMADI

Nak tahu cara didik anak?
Nak perbetulkan komunikasi dengan anak-anak?
Buntu apabila berdepan dengan kerenah dan masalah anak?

Jika begitu dapatkan Tip Parenting PERCUMA bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi

Klik dan JOIN Channel Telegram beliau


https://t.me/powerparenting

Boleh juga join Group Telegram Power Parenting bagi yang mahu berdiskusi dan berchatting.

Ok ini link Chat Room Parenting ..

https://t.me/parentingchatroom


Sila Share

Jom ...
Klik dan Join Channel Telegram Parenting Dr. Hj. Tengku Asmadi https://t.me/powerparenting
❤️❤️ ILMU PARENTING ITU PENTING

Ilmu Parenting ni ramai yang ambil mudah. Akhirnya kita besarkan anak-anak ikut naluri dan tabiat kita sendiri. Kalau betul caranya, alhamdulillah. Kalau silap? Habislah.

Kita tidak boleh undurkan masa untuk memperbaiki kesilapan kita dalam mendidik. Cara kira mendidik membentuk cara fikir (mindset), sistem nilai (values), sikap, akhlak dan tingkahlaku anak.

Sebab itulah perlu ambil tahu ilmu parenting ini. Tambahan pula anak yang berbeza memerlukan pendekatan Parenting yang juga berbeza. Menggunakan satu pendekatan untuk semua anak umpama membeli satu saiz kasut untuk dipakai oleh semua kaki.

Fikirkan ..

Untuk ilmu parenting PERCUMA, ikuti Channel Telegram Power Parenting saya. Klin dan join https://t.me/powerparenting

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant