RPIPSIS
56 subscribers
1.16K photos
29 videos
2 files
130 links
Bumi PSIS yang barakah menjadi impian kami ✨
Download Telegram
📢 HEBAHAN QURAN HOUR & QIAMULAIL 📢

Assalamualaikum WBT,
Politeknik Sultan Idris Shah menjemput semua pelajar untuk menyertai Quran Hour yang akan berlangsung seperti berikut:

📍 Tempat: Pusat Islam
🕰 Masa: Selepas Solat Sunat Witir
📅 Tarikh: Jumaat, 14 Mac 2025

✅ Wajib bagi pelajar Semester 1

Selain itu, kami juga menjemput semua untuk menghadiri Qiamulail pada:

📅 Tarikh: 15 Mac 2025
💡 Terbuka kepada semua!

Jangan lepaskan peluang untuk mengisi rohani dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebarkan & ajak rakan-rakan!

Anjuran: Rakan Pusat Islam PSIS

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🌙 PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI RAMADAN🌙

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami dari Rakan Pusat Islam ingin menjemput semua warga Politeknik Sultan Idris Shah untuk meluahkan kreativiti dan keindahan kata-kata dalam menyertai Pertandingan Mendeklamasi Puisi Ramadan secara Online sempena Bulan Islam yang penuh keberkatan ini.

✨Syarat-syarat✨
📌Tema: Puisi Bebas (Ramadan)
📌Durasi: 3-5 minit

📅 Tarikh Akhir Penyertaan: 12 Mac 2025
🏆 Hadiah Menarik Menanti Anda!
🤳🏻 Imbas QR untuk menyertai

Jangan lepaskan peluang ini! Mari sebarkan semangat Ramadan melalui bait-bait puisi yang menyentuh jiwa. 💚📖

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🎨 PERTANDINGAN POSTER DOODLE RAMADAN 🎨

Assalamualaikum WBT,
Politeknik Sultan Idris Shah menjemput semua pelajar untuk menyertai Pertandingan Poster Doodle Ramadan yang akan berlangsung seperti berikut:

📆 Tarikh Tutup : Selasa 11 Mac 2025
🖇️ Link : https://forms.gle/skHKH8AUZkeKFtKSA

(Terbuka kepada semua pelajar)

Jangan lepaskan peluang kerana hadiah menanti anda ❗️
#MembinaGenerasiHarapan ✨

Anjuran: Rakan Pusat Islam PSIS

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
📢 RAPATKAN SAF, SEMPURNAKAN SOLAT 📢

Meluruskan dan merapatkan saf adalah sebahagian daripada adab solat berjemaah. Rasulullah ﷺ bersabda:

"Luruskanlah saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk dalam kesempurnaan solat."
[al-Muktamad, 439/1]

✅ Disunatkan bagi imam memastikan saf lurus sebelum memulakan solat.
✅ Jemaah juga digalakkan untuk saling mengingatkan dalam merapatkan saf.

Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah ini agar solat kita lebih sempurna dan diberkati.

Jazakumullahu khairan!

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊

Allah SWT berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

[Surah Al-Baqarah 2:183]

Jom kita sambut Ramadan dengan penuh keimanan dan ketakwaan! Manfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini untuk meningkatkan ibadah, memperbanyak amal soleh, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ
[Surah Ar-Rum 30:41]

"Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mempertingkatkan ibadah dan menggalakkan ahli keluarganya beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan, bagi meraih keberkatan Lailatul Qadar.


MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI🌙

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."
[Hadis Riwayat Muslim]

Hadis ini menunjukkan keutamaan puasa enam hari di bulan Syawal, sebagai pelengkap kepada ibadah Ramadan dan peluang meraih pahala yang berlipat ganda.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🕊️ INFORMASI JUMAAT🕊️

TAJUK : KESUNGGUHAN

🌟 "Tidak ada yang boleh dicapai tanpa kesungguhan. Mencari ilmu memerlukan usaha, fokus dan tekad yang kuat." 🌟

Seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-'Ankabut ayat 69, usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan Allah pasti akan dibalas dengan kemudahan dan petunjuk dari-Nya.

✨ Teruskan berusaha dan kekalkan niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan. ✨

Jazakumullahu khairan!

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🕊 INFORMASI JUMAAT 🕊

Muhasabah diri adalah upaya seseorang untuk menyelidiki dirinya sendiri tentang segala perbuatan yang telah ia lakukan selama ini. Bila ia melakukan muhasabah setiap hari.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 69,“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊

Jadikan hari Jumaat ini lebih bermakna dengan menghayati firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 173:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."
📖 [Al-Imran 3:173]

Ayuh sama-sama kita tingkatkan kebergantungan kepada Allah SWT, sumber kekuatan dan pelindung sejati dalam setiap urusan hidup. Semoga hari-hari kita sentiasa diberkati dan dipandu oleh iman. 🌸

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
[SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA]

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam The Great PSIS.

Kami, Rakan Pusat Islam(RPI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025 kepada seluruh warga pekerja di Politeknik

marilah kita bersama-sama menghargai jasa, keringat dan pengorbanan semua warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan organisasi dan negara.
Dengan tema “Tenaga Dijana, Negara Dibina”, semoga hari ini menjadi inspirasi untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🤍

Hari Jumaat bukan sekadar hari biasa, tetapi hari agung yang dipenuhi peluang pahala. Hidupkan sunnah dengan mandi, memotong kuku, berselawat, bersedekah dan membaca Surah Al-Kahfi — amalan yang disukai Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu."
(HR Abu Daud)

Semoga setiap amalan kecil membawa keberkatan besar dan mendekatkan kita kepada syurga-Nya.

MAHABBAH INSANI , UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#jumaatbarakah
#sunnahjumaat
#rujukanpilihanikutan
SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI KEPADA PELAJAR PSIS 💫

Rakan Pusat Islam (RPI) PSIS ingin mengucapkan selamat menjalani minggu ulang kaji kepada mahasiswa/i PSIS. Semoga minggu ulang kaji ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar bagi mempersiapkan diri bagi menempuhi peperiksaan pada minggu hadapan.

Doa Supaya Mudah Faham Pelajaran

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊️

Ikhtilat ialah percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak syarie. Ia membuka jalan kepada kerosakan akhlak dan runtuhnya maruah.

Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
(Surah al-Isra’, 17:32)

Pergaulan tanpa batas membawa kepada fitnah dan dosa. Islam mengajar kita menjaga pandangan, adab, dan hubungan sesama jantina demi kehormatan diri dan masyarakat.

MAHABBAH INSANI , UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#jumaatbarakah
#sunnahjumaat
#rujukanpilihanikutan
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Kami dari Rakan Pusat Islam PSIS (RPI) mendoakan agar semua mahasiswa/i dipermudahkan menjawab dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Peperiksaan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.

Hadis Nabi SAW:
"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.”
(HR Muslim)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🕊️INFORMASI JUMAAT🕊️

Doa Memohon Keredaan Allah:

اللَّهُمَّ رَضِّنِي بِقَضَائِكَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا قُدِّرَ لِي

Maksudnya: "Ya Allah, redhakanlah aku dengan ketentuan-Mu, dan berkatilah aku dalam apa yang Engkau tentukan untukku."

Hadis Nabi SAW:

"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama."
(HR Bukhari & Muslim)

AMALAN SELEPAS PEPERIKSAAN:

Solat Sunat (Dhuha, Tahajud, Hajat, Taubat, Witir) sebagai tanda syukur dan pengharapan.

Berdoa dengan penuh tawakal, contoh:
"Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang redha, baik dalam senang mahupun susah."

Bersedekah sebagai tanda syukur dan pembersih jiwa.

Ingatlah: Kejayaan sebenar adalah ketika hati tenang menerima takdir Allah dengan penuh keimanan.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
📖 [Surah Ar-Rahman: 55:13]

Setiap hari kita diberi pelbagai nikmat oleh Allah SWT — udara untuk bernafas, kesihatan, rezeki, dan iman. Janganlah kita lalai dan kufur terhadap nikmat-nikmat ini. Bersyukurlah dan tingkatkan amal soleh sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. 🌅✨

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
✨ DOA UTAMA DI HARI ARAFAH✨

Rebutlah keberkatan Hari Arafah, kemuncak segala ibadah haji, bermunajat kepada-Nya, memohon segala apa yang dihajati.

Penuhi hari Arafah dengan zikrullah, istighfar dan doa, abdikan diri kepada Rabbul Jalil.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA ✨

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
📖 [Surah Al-An'am: 6:162]

Aidiladha bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi peringatan abadi tentang keikhlasan Nabi Ibrahim dan ketaatan Nabi Ismail.
Mari hayati makna pengorbanan, syukur atas nikmat, dan kukuhkan ketaatan kepada Allah SWT.🐄✨

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1447H 🌙

“Selamat Menyambut 1 Muharram 1447H"

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Hijrah sebagai titik tolak perubahan diri ke arah yang lebih baik — daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada keinsafan.

Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan jiwa, akhlak, dan amalan menuju redha Allah SWT. 💫

✨ Semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kekuatan untuk terus istiqamah di jalan kebaikan.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan