RPIPSIS
56 subscribers
1.16K photos
29 videos
2 files
130 links
Bumi PSIS yang barakah menjadi impian kami ✨
Download Telegram
*INFORMASI JUMAAT🕊️*

Ya Allah, keraskanlah siksaan-Mu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Yusuf. Ya Allah, kami hanya mampu mempersembahkan sebuah DOA, kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin, Allahumma Aamiin. 🤲🏼

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
*INFORMASI JUMAAT🕊*

“Tanpa menahan hawa nafsu, maka manusia sama sekali tidak akan sampai pada Tuhannya. Ketahuilah bahwa kedekatan manusia terhadap Allah swt menurut kadar kebersihan jiwanya”

(Habib Umar bin Hafiz)

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🇵🇸 EXPRESSION STAND WITH PALESTIN 🇵🇸

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga PSIS, Rakan Pusat Islam akan menganjurkan program di atas yang akan berlangsung pada :

📆Hari : Isnin - Sabtu
🕰️Masa : 6 - 11 p.m.
🗓️Tarikh : 30 Oct - 4 Nov 2023
🕌Tempat : Ruang Legar Pusat Islam
💎Anjuran : Rakan Pusat Islam

Para pelajar yang mempunyai luahan berkaitan apa yang berlaku di Palestine boleh turut serta untuk menulis dan menampal luahan di tempat yang disediakan.

Semoga dengan adanya luahan ini dapat kita serba sedikit meningkatkan sikap kemanusian dalam diri.

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🇵🇸 *PSIS BERSOLIDARITI*🇵🇸

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, bagi menzahirkan solidariti warga PSIS kepada Palestin di atas serangan kejam yang dilakukan oleh rejim Israel, kami dari *Jawatankuasa Pusat Islam* dengan kerjasama *Rakan Pusat Islam (RPI), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK)* akan mengadakan *PSIS Bersolidariti* yang akan dilakukan pada:

*✏ Hari* : Khamis
*📅Tarikh* : 2 November 2023
*⏰Masa* : 9 - 10:30 p.m.
*🏘️Tempat* : Dataran Kamsis

Sehubungan dengan itu, dijemput seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah untuk turut serta menunjukkan solidariti buat Palestin dalam himpunan kali ini.

*Meski taruhannya nyawa dan darah,*
*Sikit pun kalian tak menyerah kalah,*
*Hanya kepada Tuhan kami berserah,*
*Tewaskan musuh-Mu Ya Allah!*


#PsisStandWithPalestin
#TogetherwithPalestin
#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
💎*INFORMASI JUMAAT*💎

TIDAK MENGINGATI ALLAH TANDA HATI MATI

Rasulullah membayangkan bahawa salah satu tanda hati yang mati adalah jiwa yang tidak mengingati Allah. Sabda Rasulullah:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ، وَالَّذِي لَا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَقِّ وَالْمَيِّتِ

Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah adalah seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati. "
(Hadis riwayat al-Bukhari)

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Solat Malam

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ

Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam dan bertahajud

2. Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan spiritual membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊️

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
(SURAH AL-QAMAR, 54:17)

"Allah swt berfirman dan Rasulullah saw juga menerangkan bahawa orang yang membaca Al-Quran akan beroleh petunjuk ke jalan kebenaran, mendapat syafaat pada hari kiamat, mendapatkan ketenangan jiwa dan pelbagai kelebihan lain."

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊️

Peringatan yang amat bermakna dari Rasulullah SAW kepada kita. Kerdilnya kita di sisi Allah SWT, keperluan, keutamaan dan hajat kita di atas muka bumi ini sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Oleh itu, berpadalah dalam kita menyukai atau membenci sesuatu perkara atau manusia kerana ia mungkin berubah di suatu masa yang lain.

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊

Mukmin Yang Terperlihara

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

Pengajaran:

1.  Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.

2.  Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.

3.  Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
📌 Bacaan Yasin & Solat Hajat Sempena Minggu Peperiksaan 📌

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bersempena dengan minggu peperiksaan yang bakal tiba, Rakan Pusat Islam akan mengadakan bacaan yasin dan solat hajat secaraa berjemaah pada:

🗓Tarikh : 7/12/2023
📅Hari : Khamis
🕑Masa : Selepas Solat Maghrib
🕌Tempat : Pusat Islam PSIS

📌Pakaian : Sopan & menutup aurat
📌 Makanan disediakan terhad kepada 300 pax

Muslimin & Muslimat Digalakkan Hadir

Doa memohon kemudahan

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
"Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaa, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa"

Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan”
Riwayat Ibnu Hibban .

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

💫 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 💫

Kami dari Rakan Pusat Islam PSIS ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada semua pelajar PSIS. Semoga anda semua berjaya menghadapi peperiksaan akhir ini.

Kami mendoakan kejayaan yang terbaik buat anda semua InshaAllah. 🤲🏼

Allah berfirman :
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (٥)
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا (٦)

" Maka, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. "

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
Manfaat Berselawat Ke Atas Nabi

عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن
أولى الناس بي يوم القيامة أكثر الناس على صلاة

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah
SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling
aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(HR at-Tabrani No: 9679)

• Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah dalam membantu umatnya menempuh cabaran dalam kehidupan, lebih-lebih lagi pada saat hambanya menghadap kesukaran hidup.

• Hamba Allah yang sentiasa membaca selawat pada setiap masa terumatanya pada waktu pagi ,nescaya Allah akan membuka pintu rezeki buat mereka.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
بسم الله الرحمن الرحيم

Kami dari Rakan Pusat Islam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Semoga Tahun 2024 membawa seribu makna kepada kita semua Insyaallah.

Ingatlah walau sebagaimana penat sekali pun kita mengharungi tahun demi tahun Ingatilah firman Allah SWT :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
بسم الله الرحمن الرحيم

Kami dari Rakan Pusat Islam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Cuti Semester kepada semua warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Semoga kita sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT Insyaallah.

NABI MUHAMMAD (SAW) BERSABDA: "ADA DUA KEBERKATAN YANG RAMAI ORANG HILANG: (IAITU) KESIHATAN DAN MASA LAPANG UNTUK BERBUAT KEBAIKAN.
(BUKHARI 8/421)

Maka dari itu, marilah kita mengisi masa lapang sepanjang cuti semester dengan beribadah kepada Allah SWT dan melakukan perkara yang berfaedah.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊️

Ilmu, rezeki dan amalan adalah keperluan hidup harian kita sebagai seorang Muslim. Ilmu sebagai panduan agar kita tidak hidup dalam kesesatan. Rezeki pula agar keperluan fizikal kita dipenuhi, tidak lapar dan dahaga. Manakala, amal pula adalah keperluan batin, untuk memastikan jiwa terus hidup.

Justeru, tanpa ilmu yang benar dan juga badan yang sihat, pasti kita tidak dapat melakukan amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah SWT.

Amal doa ini setiap pagi, InshaAllah. 🤲🏼

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🕌SALAM REJAB 🕌

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Petang ini selepas waktu asar (12/1/2024) adalah bersamaan dengan 1445H, kita telah pun masuk ke dalam bulan Rejab 1445H. Ini bermakna kita sudah semakin hampir untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Malam pertama bulan Rejab adalah malam mustajabnya berdoa. Berdoalah kepada Allah. Bersempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, marilah kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab ;

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
✨✨ IRSYAD AL-HADITH ✨✨

📍Kelebihan Bulan Rejab📍

Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab, Antaranya ialah:

_Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]

para ulama’ dalam masalah ini, cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu. Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Oleh itu, sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Qur’an dan juga sunnah Rasulullah SAW. Amin.

(IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-47: KELEBIHAN DAN AMALAN DALAM BULAN REJAB)
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊️

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Berdoalah kalian kepadaku maka Aku akan perkenankan doa kalian, sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada menyembahku mereka akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

Tidak semestinya apabila kita memanjatkan doa pada hari ini, maka doa itu akan dimakbulkan hari ini juga.Kadangkala doa itu mengambil masa yang panjang untuk dimakbulkan.
Dalam tempoh sebelum termakbulnya doa itu mungkin terselit seribu satu rezeki dan hikmah lain yang mungkin kita terlepas pandang. Bersangka baik dengan Allah. Jangan kita berhenti berdoa dan berputus asa. Kerana kemanisan termakbulnya doa itu terkandung dalam kesabaran.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT 🕊️

Terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat. Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

Bagaikan satu amalan, kebanyakan umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai waktu untuk bersedekah. Sebahagian para ulama ada menukilkan tentang keutamaan sedekah pada hari mulia berkenaan.

Umpamanya, Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊

Amalan Sunnah Pada Hari Juamaat

1. BACA AL-KAHFI pada malam Jumaat & siangnya.

2. BERSEDEKAH untuk pahala berganda-ganda.

3. BERZIKIR& BERSELAWAT sebanyak mungkin.

4. BERSUGI & BERSIWAK untuk kesihatan mulut & gigi.

5. MANDI SUNAT JUMAAT potong kuku, cabut bulu, gunting misai

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa