RPIPSIS
56 subscribers
1.16K photos
29 videos
2 files
130 links
Bumi PSIS yang barakah menjadi impian kami ✨
Download Telegram
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami dari Rakan Pusat Islam ingin menyeru semua warga Politeknik Sultan Idris Shah untuk menunaikan ibadah Puasa Hari Arafah yang jatuh pada :

Hari : Ahad
Tarikh : 9 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 16 Jun 2024

Antara kelebihan puasa Arafah adalah :

1. Puasa Arafah adalah satu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.
2. Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🕌 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H 🕌

Harum mawar walau berduri,
Kembang mekar diwaktu dhuha;
Pantun diungkap penganti diri,
Salam lebaran AidilAdha.

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (٣٧)

“Daging(haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.”
[Al-Hajj: 37]

Semoga ibadah qurban kita diterima Allah dan diberkati dengan kebahagiaan serta kesejahteraan. Ikhlas daripada kami, Rakan Pusat Islam PSIS

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊

Umat Islam Hendaklah Takut kepada Allah SWT (Khauf)

Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (١٧٥

Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang
menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
[Ali-Imran: 175]

Sifat Khauf iaitu takut akan azab Allah dan kemurkaan-Nya merupakan sifat yang dituntut dalam diri seorang Muslim. Apabila seseorang hamba itu mempunyai sifat khauf, dia tidak akan mudah termakan hasutan nafsu yang mengajaknya ke dalam lembah kemaksiatan.

Semoga ayat ini dapat memberi peringatan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja yang perlu kita takuti dalam mengharungi ujian dan cabaran kehidupan di dunia ini.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT🕊

Allah Ya Wakil Yang Maha Menguruskan Amanah melaksanakan urusan pentadbiran di dunia ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai seorang hamba yang tidak berdaya, seharusnya kita menyerahkan segala urusan kita kepada Allah Ya Wakil agar menjadi wakil kita dalam menguruskan segala urusan kita. Dia Ya Wakil pasti menjadi wakil yang amanah dan sempurna dalam menguruskan urusan hamba2Nya yang menyerahkan urusan kepadaNya.

Menghayati sifat Allah Al-wakil menjadikan kita seorang yang mampu memikul amanah yang diberikan oleh Allah untuk mentadbir dan mengurus dunia. Dengan bergantung kepada Allah Ya Wakil, segala urusan menjadi mudah dan berjaya dilaksanakan dengan baik.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
✨ SALAM MAAL HIJRAH ✨

1 Muharram 1446 Hijrah

Kami dari Rakan Pusat ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.

- Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.

(Al-Nahl: 41)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT🕊

Sembahyang Mampu Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

Firman Allah SWT:

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (٤٥)

Maksudnya:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripda ibadat yang lain). Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan." [Al-'Ankabut: 45]

Semoga ayat ini dapat memberi peringatan kepada kita bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk sembahyang kerana sembahyang itu merupakan pertalian hubungan seorang hamba itu dengan-Nya.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT🕊

Takrif sedekah pada bahasa, ia dengan maksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih. Manakala pada istilah pula, ulama’ menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami dari Jawatankuasa Pusat Islam dan Rakan Pusat Islam ingin menjemput semua warga Politeknik Sultan Idris Shah ke Bacaan Yasin & Tahlil Doa Selamat Sempena Persaraan Tuan Haji Mohammad Yusof Bin Sulaiman yang akan diadakan pada :

📆Tarikh : 4 OGOS 2024
🗓Hari : AHAD
🕰Masa : SELEPAS SOLAT MAHGRIB
🏘Tempat : Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🕌 PENGAMBILAN EXCO BAHARU RPI 🕌

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk makluman semua, Rakan Pusat Islam sedang mencari pelajar yang dapat memberi komitmen terbaik dan bertanggungjawab dalam menguruskan kelab. Pengambilan exco terbuka kepada:

❗️PELAJAR SEMESTER 1 & 2 SAHAJA ❗️

Temu duga akan berlangsung pada :

Tarikh : 16 OGOS 2024 (JUMAAT)
Masa : SELEPAS ISYAK
Tempat : BILIK SEMINAR PUSAT ISLAM

Oleh itu, marilah rebut peluang keemasan ini.
Jumpa anda semua disana❗❗
هَيَّا ! هَيَّا ! هَيَّا !

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
📌 KEMPEN KAUNSELING & DISIPLIN 4 PENJURU📌

Berikut merupakan etika pemakaian bagi pelajar muslimin dan muslimat untuk ke Pusat Islam. Diharapkan semua pelajar lebih cakna dan peka terhadap etika pemakaian yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Anfal: 31)

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#MenciptaReformasiUnggul
#DesigningYourFuture
#psispergijauh
#RPIPSIS
#MPPPSIS
#PRSPSIS
#JPKKPSIS
INFORMASI JUMAAT🕊

Manusia dicipta untuk saling mengenali

Firman Allah SWT:

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ (١٣)

Maksudnya:
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." [Al-Hujurat: 13]

Semoga ayat ini dapat memberi peringatan kepada kita bahawa Allah mencipta hamba-Nya berbeza-beza antara satu sama lain tidak lain tidak bukan untuk mereka saling mengenali.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
MARI JAGA IKHTILAT 🚫

Saidina Abdullah Ibn Umar R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
-Riwayat Al-Tirmizi (2165)

Majoritinya ramai yang memahami apa itu ikhtilat, tapi berapa ramai yang dapat faham apa erti dan konsep sebenar ikhtilat itu sendiri.

Namun, sebagai mahasiswa, pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dilakukan untuk setiap urusan gerak kerja. Tiada halangan tetapi ianya haruslah mengikut prinsip dan cara yang telah ditetapkan dalam Islam. Cara tuturnya, pandangan dan segala aspek pergaulan mestilah dijaga serta tidak melampaui batas supaya tidak membawa fitnah kepada diri sendiri, masyarakat dan juga agama.

Semoga hidup kita diberkati dan sentiasa didalam jagaan Allah.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
·┈┉┅━••••༻༺••••━┅┉

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

🇲🇾 SELAWAT SEMARAK MERDEKA & AMBANG KEMERDEKAAN🇲🇾

MAULID AKBAR

🗓️ TARIKH : 30 OGOS 2024 (JUMAAT)
🕰️ WAKTU : 9:00PM - 12:00AM
🏬 TEMPAT : DEWAN SERI LANG, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

TEMA
Hitam & Putih

Kita tampilkan juga tetamu istimewa iaitu :
1. Habib Nael Ben Taher
2. Ustaz Abdurrahman Al Yamani
3. Kumpulan Qasidah Hadrah Al-Ikhwan

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :-
Irshad : 010-8635812
Naim : 019-7244366

❗️KEHADIRAN AKAN DIREKODKAN BAGI TUJUAN MERIT❗️

Tulus ikhlas :
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR & RAKAN PUSAT ISLAM POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Jazakumullahu khairanjaza’

·┈┉┅━••••༻༺••••━┅┉

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#MenciptaReformasiUnggul
#GengPOLYCC
#TVETForAll
#DesigningYourFuture
INFORMASI JUMAAT 🕊

Allah SWT Berfirman :

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْـًٔا وَأَقْوَمُ قِيلًا

[Surah al-Muzzammil 73: 6,]

Semoga dengan kita bangun malam, baca al-Quran dengan cara dengar dan diam, menghayati maksudnya, kita akan mendapat rahmat Allah.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
📌KEMPEN KAUNSELING & DISIPLIN 4 PENJURU📌

Berikut merupakan panduan kedudukan solat jemaah.

Firman Allah SWT:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk.” (Surah Al-Baqarah: 43)

Semoga panduan ini dapat membantu kita semua dalam memperbaiki amalan solat jemaah dan mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Solat yang sempurna adalah asas kepada kehidupan yang sejahtera dan berkat.

MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI

#MenciptaReformasiUnggul
#DesigningYourFuture
#psispergijauh
#RPIPSIS
#MPPPSIS
#PRSPSIS
#JPKKPSIS
INFORMASI JUMAAT 🕊

Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
[Riwayat al-Bukhari (1032)]

Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam hadith di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat.
[Lihat: Fath al-Bari, 518/2]

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
INFORMASI JUMAAT🕊

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة أَنَّ رَسُولَ الله صلى اُلله عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ إِذَا مَاتَ الِإنسَان انقَطع عَنه عَمَله إِلا من ثلاثة إِلا من صدَقَة جَارِية أَوْ عِلمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلد صَالِح يَدْعُو لَهُ

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084)

Semoga kita semua sering membuat kebaikan serta mendapat ganjaran pahala yang berterusan sehingga kita meninggal dunia.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI I 2024/2025 📚

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kami dari Rakan Pusat Islam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Cuti Pertengahan Semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Sultan Idris Shah. ✨

Surah Al-Mu’minun Ayat 3 :

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna”

Salah satu ciri orang beriman adalah mereka tidak terlibat dalam hal yang sia-sia dan mereka mengisi masa lapang dengan hal-hal yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

YOU CAN ANYTHING, BUT NOT EVERYTHING. TAKE A BREAK!

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
🎉 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 🇲🇾 🎉

Sifat cintakan tanah air merupakan salah sifat yang terpuji dan amat dituntut. Akan tetapi, agama melarang sifat ta’assub (fanatik) terhadap sesuatu bangsa atau kaum kerana agama ini bersifat rahmat kepada seluruh alam.

Allah SWT Berfirman di dalam Al-Quran :

{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ }

[Surah Adh-Dhāriyāt: 56]

Maksudnya : “Tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rujukanpilihanikutan
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
السَّلَام عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dukacita dimaklumkan bahawa Program Usrah dan Kuliah Maghrib akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Penangguhan ini hanya berlangsung selama seminggu, iaitu dari 03 hingga 05 September 2023 (Isnin hingga Rabu), bagi memberi laluan kepada penganjuran Pesta Konvokesyen PSIS.

Sekian, terima kasih atas perhatian anda.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rujukanpilihanikutan
#rpibukanbiasabiasa

Syukran.