TikTok Shopee Malaysia Class
27.2K subscribers
221 photos
4 videos
1 file
119 links
Disclaimer: Channel ini bukan saluran rasmi TikTok & Shopee. PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.

Dijadikan sebagai rujukan kepada 'newbies seller' dalam TikTok & Shopee.

Group Q&A: @shopeemyclass2
Nota TikTok: @tiktokshopMYclass
Download Telegram
#ShopeeXpertXplains

[Perkongsian ShopeeXpert Suhaib]

Optimizing Listing Browsing Length

==========================================

Hi semua!

Bila kita bercerita tentang optimize listing, kandungan biasanya berkisarkan tajuk, video, gambar dan deskripsi produk.

Dalam webinar Shopee, di antara perkara yang trainer sentiasa tekankan ialah:

1. Tajuk yang dengan keywords yang relevan πŸ—
2. Gambar yang menarik perhatian πŸ”₯
3. Video yang mempamerkan unique selling point πŸ’₯
4. Deskripsi produk yang jelas dan terperinci ✍🏻

==========================================

Tetapi ramai yang tak optimize browsing length (time) untuk setiap listing.

Apa itu browsing length? βŒ›οΈ

Bila anda semua membuat kandungan di social media contohnya di tiktok, anda akan optimumkan tempoh video tersebut.

Kalau pendek sangat, tak cukup masa nak sampaikan semua kandungan jadi info tak disampaikan secara penuh.

Kalau panjang sangat nanti orang bosan pulak dan swipe up sebelum habis tengok.

Panjang kandungan di media sosial secara langsung mempengaruhi engagement rate.

Dalam konteks listing Shopee pula, β€œBrowsing Length” berapa jumlah lama masa yang diperlukan untuk seseorang untuk menonton video, melihat gambar dan membaca keseluruhan sesuatu listing?

Di Shopee, β€œBrowsing Length” yang optimum dapat meningkatkan kadar tukaran (conversion rate) anda.

Saya ada kompilasikan sedikit data dari pelbagai marketplace.

Saya kompilasikan mengikut kategori, boleh tengok setiap gambar untuk penerangan lebih lanjut.

1. Marketplace yang popular di pasaran antarabangsa
2. Marketplace yang popular di Malaysia
3. Shopee di Negara-negara lain
4. Shopee Malaysia (Ogos hingga November 2021)

==========================================

Berapa lama tempoh minimum?

Tiada.

sekiranya listing tersebut berjaya menarik pengguna dengan masa yang lebih singkat bermaksud listing tersebut sangat baik.

Tetapi sekiranya anda mengikut tips-tips yang disediakan oleh Shopee dan rakan-rakan shopeefam kita, listing tersebut sekurang-kurangnya akan mengambil masa 20 saat untuk dilayari secara penuh.

Berapa lama tempoh maksimum?

Berdasarkan data yang saya kompilasikan, rumusan saya adalah β€œbrowsing length” maksimum adalah sekitar 40 ke 50 saat.

Jika pembeli mengambil masa yang terlalu lama untuk melayari keseluruhan kandungan pada listing anda, kemungkinan besar mereka tidak akan menonton, melihat dan membaca kesemua kandungan tersebut.

Biasa kan baca Facebook post atau tengok video lepas tu rasa panjang sangat? sudahnya terus skip ke penghujung atau tak habiskan pun baca. πŸ˜†

Amalan baik (Best Practice) supaya listing tidak memakan masa yang terlalu panjang untuk dilayari?

1. Video maksimum 15-20 saat. Selain itu, video yang pendek juga mempunyai kelebihan dari segi kualiti disebabkan had saiz oleh sistem Shopee.

2. Gambar jangan terlalu sarat dengan tulisan, maksimum 30% tulisan dan 70% gambar.

3. Deskripsi dalam bentuk point/ bullet form (jelas, ringkas dan straight to the point).

4. Copywriting yang panjang diletakkan selepas deskripsi produk yang ringkas (hanya sebagai pilihan jika pembeli ingin membaca).

==========================================

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Shopeefam yang beragama Islam.

Tahun ni hari pertama saya nak berbuka dengan Tepung Pelita Paya Jaras, dah dua tahun kempunan. Korang semua termasuk yang bukan beragama Islam, nak cari makanan apa kat Bazaar? 🍜πŸ₯™πŸ₯—πŸ₯˜πŸšπŸ°πŸͺ
πŸ‘5
Di peringkat global, tempoh lawatan setiap halaman adalah diantara 40 hingga 70saat.

Perasan tak marketplace yang dominan di benua barat mempunyai tempoh lawatan yang lebih lebih singkat berbanding dari marketplace di Asia?

Di antara sebabnya adalah kurangnya penggunaan video di dalam listing mereka.

Selain itu, setiap listing mereka mempunyai nombor variasi yang rendah. Berbanding di Asia yang tekniknya sumbat sebanyak boleh variasi ke dalam satu listing. Faktor ini yang menyebabkan tempoh lawatan di Asia lebih lama berbanding di Barat.
πŸ‘8
Di peringkat Malaysia, tempoh lawatan setiap halaman adalah sekitar 46 hingga ke 70 saat.

Zalora dan FV tidak mempunyai video pada listing mereka. Variasi produk untuk setiap SKU juga rendah, jadi tempoh lawatan lebih rendah berbanding marketplace yang lain.
Di antara Shopee di benua Asia, tempoh lawatan mempunyai data yang agak konsisten. Selain Shopee Malaysia, purata tempoh lawatan adalah sekitar 50 saat.

Dan melihat kepada data ini berbanding Marketplace lain di peringkat global dan Malaysia, Shopee berjaya mencatat jumlah halaman setiap lawatan yang tinggi (8 hingga 10 halaman setiap lawatan). Ini salah satu data yang membuktikan Shopee masih diantara marketplace yang terbaik untuk kita berada.

Bukan nak kipas Shopee ye, tapi ini kesimpulan daripada data yang direkodkan
πŸ‘1
Data untuk Shopee Malaysia sahaja juga konsisten. Cuma bermula Oktober 2021, jumlah masa yang dihabiskan pada setiap halaman meningkat hingga lebih 10 saat.

Tidak mengejutkan kerana kelonggaran aktiviti yang dibenarkan menyebabkan pelawat mempunyai lebih banyak pilihan. Jadi mereka mengambil lebihi lebih masa untuk membuat keputusan.

Berbanding ketika PKP, pengguna lebih cenderung untuk membuat keputusan membeli dengan lebih cepat kerana kurang pilihan
Hi Semua Seller di Shopee!

Shopee ada menganjurkan Bazaar sempena bulan puasa ini.

Tarikh : 14 – 27 April 2022 (14 days)
Masa : Monday-Thursday : 4pm-10pm & Friday -Sunday : 4pm -12am
Tempat : Discovery Park @ Gamuda Cove
Harga : RM500 atau RM700 satu booth selama 14 Hari! Nak beli lebih dari 1 booth? Ada harga promo!

Nak tahu lebih lanjut? Sila hubung Relationship Manager di Shopee (Adli : 60 12-235 6473 atau Syahmina : 60 19-669 5464, Yass : 60 16-446 5531)

Booth sape cepat die dapat!
πŸ‘5
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#ShopeeXpertXplains
Assalamualaikum & Hi gais.

First Impression Matters.

Bayangkan kedai fizikal di dalam Mall. Apabila kedai kita tidak menarik, pengunjung tidak akan tergerak hati untuk masuk ke dalam.

Shop Decoration akan membantu membuktikan kedai kita wujud, authentic dan boleh dipercayai, seterusny lebih mudah untuk kita membantu pengunjung untuk masuk ke dalam Sales Funnel kita.

Shop Decoration juga membantu dalam menaikkan conversion sebanyak 70% dalam marketplace secara general. Dan membantu menaikkan store ranking dan performance.

ELEMENT DALAM SHOP DECORATION KITA
1. HERO Product
2. Promosi
3. Discounts
4. Banner

IMAGE REQUIREMENT
1. High resolution
2. White background
3. Jangan stretched image
4. Pelbagai sudut (angle)
5. Hanya guna gambar umum dan jika ada hak penggunaan sahaja.

Untuk video penuh, click link ini:
https://youtu.be/qH9AvzxWsO8

Untuk belajar Canva For Shopee secara percuma selama 20 hari, rujuk post di ini:
https://www.facebook.com/100063527468678/posts/409011784559734/
πŸ‘6❀1
#ShopeeBintangSharing

Perkongsian Shopee Bintang Zarini

Campaign 4.4 adalah campaign paling awesome bagi saya.

Sales paling banyak masuk dalam sehari.

Seronok tengok live sales masuk duk laju berubah menaik duit masuk.

1174 unit melibatkan 22 produk terjual dalam sehari.

Apa saya lakukan untuk sales 4.4 adalah

1. Upgrade listing produk dari segi tajuk, gambar, description, video
2. Buka bundle deal
3. Buka add on gift dan add on diskaun
4. Shocking sales waktu voucher boleh claim di hari campaign
5. Banyakkan iklan di fb sendiri juga tarik ke shopee guna seller affiliate
6. Decoration kedai bagi susun elok ikut kategori jadi mudah customer nak beli barang apa
7. Buka voucher kedai special untuk hari campaign
8. Buka follow prize juga untuk customer baru boleh guna voucher follow.
9. Search ads bid ranking 1 ke 4 untuk hari campaign berjalan
10. Buka shop search dan naikkan bid hari campaign

Saya bagi 10 tips dulu. Kawan kawan boleh tambah lagi.
Campaign 4.4 paling awesome sejak 2 tahun saya join shopee.
πŸ‘7
#ShopeeBintangSharing

Perkongsian tips daripada Shopee Bintang Zarini Jaafar

Di shopee ni selain kita menjual kita boleh juga dapat komisen dari iklan yang kita promote.
Selain jualan produk, Ada 2 lagi income boleh buat di shopee iaitu :

1. Seller Affiliate- promot kedai sendiri dan dapat komisen
2. Shopee Ambassador atau Shopee affiliate - dapat komisen melalui promot link kedai or produk orang lain.

Jadi ada 3 peluang income di shopee. Bukan hanya jualan sahaja.
Tak nak buat jualan, promot kedai orang lain pun dapat komisen juga.

Saya ada ketiga tiga income ni melalui shopee. Rugilah tak rebut ketiga tiga income yang shopee tawarkan ni.
πŸ‘11
Mulai 9 May 2022, seller kena bayar shipping fees untuk kes Return Refund jika kesalahan dari seller.

Read more here:
https://www.facebook.com/100063527468678/posts/422603166533929/?d=n
πŸ‘3
πŸ‘2
#ShopeeXpertXplains by Shopee Xpert Zhi Wei Ooi

When we want to design our store thru store decoration, I think we have this first question.
What do we want to tell our customer?

What do we want to portrait our store and brand in the eye of customer? What are the first impression that we would like to give

Here are Tips for Picking Your Brand Colors

1. Choose a Color that is Authentic to Your Brand

2. Choose a Color That Embodies Your Brand Personality

3. Choose a Color That Appeals to Your Audience

4. Choose a Color That Differentiates Your Brand

Here are also color selection tips for your brand and decoration :

Red is associated with activity, strength, and stimulation.

Yellow (Citron) is associated with optimism, happiness, and cheerfulness.

Orange is associated with liveness and energy.

Green is associated with nature and the outdoors.

Brown is associated with nature and earthiness.

Blue is associated with competence, communication, and efficiency.

Pink is associated with nurturing and softness.

Alright guys, now you know how to choose the color for your brand, now it's time to build your own brand and beautify your shop deco.

Learn something? Like this post and comment "yes"
πŸ‘15