TikTok Shopee Malaysia Class
27.2K subscribers
221 photos
4 videos
1 file
119 links
Disclaimer: Channel ini bukan saluran rasmi TikTok & Shopee. PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.

Dijadikan sebagai rujukan kepada 'newbies seller' dalam TikTok & Shopee.

Group Q&A: @shopeemyclass2
Nota TikTok: @tiktokshopMYclass
Download Telegram
FSV jenis 1⃣
👍1
FSV jenis 2⃣
👍1
FSV jenis 3⃣
👍2
FSV jenis 4⃣
👍1
Akhir kalam,
Sebagai sellers, kena lah faham semua ni.

Shopee dah deliver janji dia.

2-6 FSV for FS15

Memang dia bagi 2 lah bagi tiap user

Kalau buyer marah2, minta dia beli kat Lazada.
Banyak FSV(pun bersyarat jugak).

Atau PGMall.
Ni lagi banyak voucher

Atau kat Tiktok Shop.
Ni lagi meriah vouchers dia

Tapi tu lah.

Korang sellers ni, ada ke kat semua platform yang nak lead depa ke sana tu?

Kan dah rugi

Eh.
👍20
Halu Sellers!

Kalini saya nak share 3 suppliers yang menyenangkan korang nak upload product dalam Shopee dan Lazada

Eh. Lazada pun ada?
Ya. Bukan Shopee je.
Dah kenapa nak bina kolam dalam Shopee je?
Kemon gais.
Shopee + Lazada + PGMall + Tiktok Shop
Online presence is a must.
Gituh

Suppliers yang saya nak share ni, guna web yang korang cuma perlu integrate (synchronize / sync) web ni dengan kedai Shopee/Lazada.

Pastu akan auto-sync dan segala gambar, tajuk, description termasuk lah stock .

Senang diler. Takyah nak upload manual satu-satu.

Proses order pun senang. Topup je akaun dan nanti bila order masuk, supplier akan tolak kredit dan pos barang macam biasa.

AWB pun retrieve dari sistem.
Takyah nak submit manual pun.

Tapi tu lah tu

List produk depa ni, takdelah pelbagai dan banyak beribu ribu lemon macam supplier biasa yang takat guna web dan guna manual order.

Maybe sebab kos tinggi kot. Hu.

Pastu kan, lain web lain syarat dia.

Ada yang kata satu kedai Shopee hanya boleh sync dengan dia je. Tak boleh sync banyak2 suppliers.

Ada yang kenakan processing fee dsb

Korang kelebet la dulu T&C depa sebelum nak sync tuh ya

Btw, cara nak integrate, proses order, pembayaran segala, korang jangan lupa study lak.

Banyak tutorial dalam supplier web tu.

Saya share link je macam yang dijanjikan

😆


1️⃣ https://www.selloooh.com/

Ni top list saya

Saya guna selloooh (ingat, ada tiga 'o') untuk sync ke kedai Lazada saya yang ke-x

(Ya hampun berapa banyak Lazada kau ada ni? 😆Lazada boleh buka up to 20 accounts dengan IC yang sama. Pergh. Shopee boleh buka berapa kedai dengan satu IC? 3 je kan )

Supplier ni baru je buat auto-dropship.
Jadi akan ada lebih banyak produk masuk dalam web dia.
Sabaq sat kalau nampak cam boleh dibilang dengan jari je produk dia.

Saya suka sebab product range yang lebih segar. Web pun cantik dan comel. Lahhh

Bukan sekadar barang borong china yang dah biasa sangat orang buka DS.

Telegram: @selllooohpreview


2️⃣ https://www.savevalue2u.com.my/

Yang ni, boleh dikata antara pioneer autodropship kat Malaysia.

Banyak niche dan product yang korang boleh belek-belek dalam web ni.

Ramai gak dropship guna savevalue ni.

Dashboard dia, ok la.
Tak se-cute Sellooh (tiber) tapi sedap la juga mata memandang.

Tapi barang dia memang banyak lah.

Saya ada akaun je. Tapi tak pernah sync dan jual. Saja nak test 😆


3️⃣
https://www.dropshipmalaysia.com.my/

Ni tak tau nak review cemana. Hahahaha.
Sebabnya tak pernah ada akaun dengan web ni

Korang p la tengok cemana. Kalau berkenan, on je lah.

Ada sesiapa pernah try? Kot la nak kongsi pengalaman ke. Silalah.

😆

.
.
.
Ada lagi satu, Tapi saya dengar macam bermasalah. So malas nak tepek ni. Start dengan K . #ytjt
.
.
.
Ok. Apa2hal pun, sebelum korang beria nak jadi DS, ambil tahu semua jenis fee yang ada kat Shopee dan platform lain

Pastu paling penting, tau cara kira margin.

Tau tak cara kira margin?

Hu

Sebab Shopee dan ecommerce lain akan makan margin korang melalui fee dan komisyen etc.

So kena la tahu cara kira margin.
Margin bukan mark up tau.
Jangan salah paham lak

Seperti biasa, ending post saya, cukup satu like saya share cara kira margin dan markup. 😂
👍45❤1💔1
Halu sellers!

Mulai harini, tiada lagi Free Shipping sepenuhnya dari Shopee

Penat je haku heksplen beria ritu. Tak sampai seminggu dia buat perangai loqlaq lak. Hahahaha. K k k. Sambung

Marilah kita kenali jenis-jenis FSV yang terbaru
[Rujukan: https://shope.ee/9ehCoHG2HB]

1️⃣ 2 Everyday 'Free Shipping' Voucher
> 1 sah guna harini je
> 1 lagi sah guna esok

2️⃣ 2 'Free Shipping' Voucher setiap bulan
> 1 untuk FS Sellers (FS15 & FS40)
> 1 untuk Mall

3️⃣ 1 'Free Shipping' Voucher penggalak
> Sekarang musim utk sellers yang aktifkan Self Collection
> Sebelum ni utk sellers yang aktifkan COD

4️⃣ 1 'Free Shipping' Voucher Kempen - Friday Free Shipping
> Sah untuk hari Jumaat dari jam 12.00pm-2.00pm je
(Sumpah tak ikhlas voucher hat ni 😆)
.
.
.
Hamboi sis. Gegham nampak. Sume nak di ' ' kan.
Maunya tak.

Sekarang semua capped at RM3 bagi SM.

Pastu harini new shipping rate.
Takde dah RM4.50

Sekilo pertama start dengan RM4.90

Kalau beli dari sellers FS15/RM40 dan guna FSV, still kena bayar RM1.90

Erm. Murah la jugak kan.

Tapi tu lah tu.

Berbuku gak hati sebab kata Free Shipping.

🙃

Ha kalau ada yang rasa cam tak berbaloi dan nak opt out, isi je borang ni k.

FS15 sellers opt out
https://shope.ee/2fXcCOEg7O

FS40 opt out
https://shope.ee/6UkKlY6GNW

CB10% opt out
https://shope.ee/1fjVKBz41j
👍7
👍2
#ShopeeXpertXplains

𝟕 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐨𝐩𝐭𝐢𝐦𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐂𝐏𝐀𝐒

KENAPA CPAS PENTING?
Sebab hanya FB Page boleh integrasikan data2 dari pelbagai sumber ini, ie embed kan data dari Shopee ke dalam Page.

MACAM MANA CPAS BOLEH MEMBANTU ANDA?
CPAS sangat Cost-efficient untuk kempen, kerana kita akan menggunakan 𝘾𝙖𝙩𝙖𝙡𝙤𝙜𝙪𝙚 𝙎𝙖𝙡𝙚𝙨 𝙊𝙗𝙟𝙚𝙘𝙩𝙞𝙫𝙚.

Setting audience ini kita akan target kepada customer yang pernah engage dlm masa 7-14 hari.

7 TIPS MENGOPTIMUMKAN CPAS ANDA
1. Set wider audience untuk kempen prospecting
2. Optimize lower-funnel events seperti view content, add to cart, purchase
3. Tetapkan conversion window kepada 7 days click atau 1 day viewing
4. Elakkan micro segmenting product catalogue kepada kurang dari 50 SKU
5. Run kempen sekurang-kurangnya 3-4 minggu, dengan at least bajet USD40/hari
6. Run kempen 2 minggu sebelum sales
7. Asingkan ads set by objective dan apply CBO untuk kempen tersebut.

Article Penuh: https://www.facebook.com/coachiraaziz
👍6❤1
Halu Sellers!

Ada tak new sellers yang teringin nak join SIP - Shopee International Platform?

Alaaaa yang boleh bukak kedai kat Singapura, Filipina & Taiwan tu

Untuk new sellers yang tazabar, korang boleh apply tau

Tapi syarat dia kena ada at least satu sale sebulan kat Shopee

Pastu Cancellation Rate bawah 10%

Pastu kena on Standard Delivery

Ha 3 tu je syaratnya 😆




Memula, kena sign up

Pastu tunggu shopee invite dalam temph 2-3 minggu dari tarikh korang sign up tu

Kalau dapat order, korang post out cam biasa je.

Tak yah beria sangat nak cari kapal kontena ke kapal terbang ke nak post ke Taiwan nun.

Gituh

Link untuk sign up:
https://shope.ee/7pG1Ywdezq
👍10
Tu lah korang

Sian shopee

Beria buat contest giveaway segala bagai

Tapi sellers malas nak layan

😂😂😂

Makanya depa pun rentikanlah Shopee Feed ni

Aigooooo

Haritu Shopee Story. Sekarang Shopee Feed pula

Maybe lepasni Shopee Live?

Eh. Takkanlah.

😅
👍14
Sejak notis pertambahan shipping channel / courier pada 8 Ogos yang lepas, ramai yang berdoa tak dapat courier bukan pilihan hati.

Tup tup 10 Ogos. Nohhhh rokiah.
Tak pasai dapat courier nun jauh di mata.

Bawak bertenang ya sellers.

Meh la isi 'change request form' ni

1. Pergi ke https://shope.ee/6f4mnrqqZe
2. Cari "change request form" dan klik
3. Isi borang dengan lengkap dan dokumen sokongan
4. Tunggu Shopee proses dalam 7 hari bekerja
5. Doa dan tawakal

Semoga membantu semua!

===

Bagi sellers yang tetiba dimasukkan ke dalam program FS atau CB, jangan risau. Katanya under trial untuk seminggu je (tapi kena verify dengan notis atau contact Shopee Agent) dan service fee takkan dipotong. Saja depa nak bagi 'rasa' jadi FS & CB Seller. Hu.

Tapi yang paling penting, kena isi borang di bawah cecepat.


FS15 sellers opt out
https://shope.ee/2fXcCOEg7O

FS40 opt out
https://shope.ee/6UkKlY6GNW

CB Opt Out
https://shope.ee/4ANTPT0VP6
👍13
Bagi mereka yg dapat trial FS & CB, sila opt out melalui notifikasi trial yang anda dapat. Maafkan kekhilafan saya. Bukan opt out hat biasa tu ya.
👍3
Ramai tak tahu sebenarnya ada 3 jenis program affiliate yang berbeza di Shopee.

1. Shopee Seller Affiliate

2. Shopee Affiliate Marketing Solutions

3. Shopee Affiliate/ Shopee Ambassador/ Shopee Squad
.
.
.
Program 1&2 adalah untuk sellers.

Memang dah ada dalam seller center.

Tak perlu mohon
.
.
.
Manakala program ketiga untuk bukan sellers.

Tapi ada je sellers yang jadi Ambassador/Affiliate

Asalkan x guna akaun Shopee untuk menjual

Kena mohon guna akaun Shopee sebagai pembeli je

Yang n
i, kena mohon; dengan syarat kena ada 1000 followers di personal account social media.

Jap.

Relevan lagi ke Shopee Affiliate ni?

Ke nak belajar pasal Tiktok Affiliate pula?

😅

Mai vote sat.

❤️ untuk sambung pasal semua program affiliate di Shopee

🔥 untuk macamana nak jadi Tiktok Affiliate.
🔥41👍20❤6
👍5
Sambungan:🔆 3 JENIS PROGRAM AFFILIATE DI SHOPEE🔆

1️⃣ AFFLIATE MARKETING SOLUTION

- Ada di marketing center di seller center. Terbuka kepada semua seller yang ada feature ni

- Seller tawarkan komisyen min 4% kepada Shopee Partner (content creator, influencer / KOL, in apps ads, web etc)

- Duit dalam seller wallet balance akan DITOLAK SELEPAS order completed. Validation sebulan.

2️⃣ SELLER AFFILIATE

- Terbuka kepada semua seller yang bukan Shopee Affiliate/Ambassador

- Apps > Me > My Shop > Seller Program

- Seller dapat komisyen tambahan jika buyer beli barang dari link affiliate kedai sendiri / produk sendiri

- Duit jualan tidak terjejas. Duit masuk Seller Wallet selepas sebulan validation

3️⃣ SHOPEE AFFILIATE/ AMBASSADOR

- Terbuka kepada individu yang ada lebih 1k followers di media sosial personal

- Daftar asing di Shopee Affiliate Platform

- Shopee Partner (content creator, influencer / KOL, in apps ads, web etc) dapat komisyen jika buyer buat belian lepas klik link affiliate Shopee kepunyaannya

- Komisyen / reward tertakluk kepada Shopee & seller AMS. Duit masuk Shopeepay / bank selepas 2 bulan validation

.
.
.
Boleh click link berikut untuk maklumat lanjut:

👉Affiliate Marketing Solution
https://seller.shopee.com.my/edu/article/13930

👉Seller Affiliate
https://seller.shopee.com.my/edu/article/8952

👉Shopee Ambassador / Affiliate
https://shope.ee/AJuiDSziPY
👍12❤2
TikTok Shopee Malaysia Class
Halu Sellers! Kalini saya nak share 3 suppliers yang menyenangkan korang nak upload product dalam Shopee dan Lazada Eh. Lazada pun ada? Ya. Bukan Shopee je. Dah kenapa nak bina kolam dalam Shopee je? Kemon gais. Shopee + Lazada + PGMall + Tiktok Shop…
Halu Sellers!

Dah tahu beza margin & mark-up?

Dalam memana marketplace, korang kena pandai kira margin

Margin.
Bukan markup tau

Sebab margin akan mengecil kalau marketplace kenakan banyak fees & bayaran

Margin dikira berdasarkan untung dan harga jual

Markup pula dikira dari untung dan kos

Tengok formula pengiraan kat gambar atas ni

Kenapa penting?

Sebab bila seller faham beza margin & markup, barulah tahu kita ni berniaga atau buat kebajikan.

Katalah margin 30%

Shopee fee: 2.12%
Komisyen: 2.12%
FS15 Program: 5.3%

30% - 2.12%-2.12%-5.3% = 20.46%

Tu baru fees tau

Belum lagi tekan ads, bagi voucher dan sebagainya.

Khas buat agent atau dropshippers pula, bila nak ambil stok atau signup jadi DS, tengok margin HQ boleh bagi berapa

Jangan cepat terpedaya bila HQ kata 'untung jual satu produk ni sekian sekian'

Kira dulu margin.

Sebab pernah jumpa HQ bagi untung per-product RM20.
Tapi harga jual RM250

Last-last budak tu dapat habuk je jual kat Shopee ni.

Nangis mat.
👍19❤2