Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
6.49K subscribers
12.1K photos
541 videos
5 files
2.53K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SOROTAN PROGRAM KEMASYARAKATAN SSM DI JERANTUT

Saksikan sorotan program kemasyarakatan SSM yang dilaksanakan bagi menyantuni komuniti setempat di Jerantut, Pahang.

Empat program kemasyarakatan SSM telah dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2026, dengan sumbangan melebihi RM288,000 disampaikan menerusi Wakalah Zakat Korporat dan CSR bagi menyokong kemudahan kesihatan, institusi keagamaan, komuniti Orang Asli serta penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur ke arah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat.

Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Encik Aznorashiq Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan CSR (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI GIATMARA TUMPAT

Tumpat, 19 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah memberi taklimat pendaftaran perniagaan kepada para pelatih GiatMara Tumpat pada 20 September 2026.

Seramai 50 orang pelatih baru GiatMara tersebut yang mengikuti kursus Kimpalan, Perabot dan Automotif telah diberi pendedahan mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dan prosedur menjalankan perniagaan yang sah serta mempromosikan pendaftaran perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Taklimat dan kaunter pendaftaran perniagaan ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Khairul Izzat Kamaruzaman, Eksekutif Unit Pendaftaran SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KENYATAAN MEDIA: INDIVIDU DIDENDA RM7,000 SELEPAS MENGAKU BERSALAH BERI MAKLUMAT PALSU DALAM PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA SSM

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan BusinessToday Malaysia : SSM, INSKEN Join Forces To Expand Business Registration Access For Entrepreneurs

Pautan: https://www.businesstoday.com.my/2026/10/16/ssm-insken-join-forces-to-expand-business-registration-access-for-entrepreneurs/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM JALANKAN OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

Batu Berendam, 19 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah menjalankan Operasi Bersepadu di Pasar Borong, di sini pada 18 September 2026.

Operasi ini bertujuan memastikan setiap entiti perniagaan berdaftar dan mematuhi peruntukan akta yang dikawal selia oleh SSM.

Sebanyak 24 premis telah diperiksa sepanjang operasi tersebut. Hasil pemeriksaan, empat kesalahan telah dikenal pasti dan ditawarkan kompaun di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah terus menjalankan perniagaan selepas perakuan pendaftaran perniagaan tamat tempoh, gagal mempamerkan Sijil Perakuan Perniagaan, gagal mempamerkan nama dan nombor pendaftaran perniagaan di papan tanda premis serta tidak mencatatkan nama dan nombor pendaftaran perniagaan pada kepala surat, invois, bil dan dokumen lain yang digunakan oleh perniagaan.

Operasi ini dilaksanakan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Pejabat Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia. Operasi tersebut melibatkan seramai 74 orang pegawai dan anggota daripada agensi terlibat.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR FUTURE ENTREPRENEURS SYMPOSIUM DI KUCHING

Kuching, 20 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Future Entrepreneurs Symposium: Building Sustainable Business Through Compliance Effective Enforcement di Emart Batu Kawa, di sini pada 19 September 2026.

Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta terdiri daripada usahawan, bakal usahawan dan pemilik premis perniagaan. Turut diadakan “Taklimat Entiti Perniagaan di SSM” yang disampaikan oleh Encik Ashrol Isham dari Seksyen Operasi serta “Taklimat Pematuhan Syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad” oleh Encik Reck Rayyan dari Seksyen Penguatkuasaan.

Program turut disusuli dengan sesi walkabout premis dan hasil pemeriksaan mendapati semua syarikat yang terlibat mematuhi keperluan di bawah Akta Syarikat 2016.

SSM turut menyediakan reruai informasi bagi memberikan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan pendaftaran perniagaan, perkhidmatan serta aspek penguatkuasaan SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN BERSAMA PERKESO SELANGOR

Shah Alam, 20 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Selangor telah menganjurkan Operasi Bersepadu bersama PERKESO Selangor pada 21 September 2026. Operasi Bersepadu ini melibatkan seramai 17 orang pegawai dan anggota bersama PERKESO Selangor.

Hasil pemeriksaan semasa Operasi Bersepadu, SSM telah mengeluarkan sebanyak tiga kompaun di bawah Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 serta enam kompaun di bawah Akta Syarikat 2016.

Turut serta bersama adalah Encik Mohd Yazid Mohammed, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Selangor serta Encik Halzere Halim, Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pejabat Perkeso Negeri Selangor.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO TEMU BUAL WAKIL PENERIMA SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN SEMPENA PROGRAM KASIH SSM

Saksikan video temu bual bersama Dr. Nadzmi Mahfuz, Pegawai Perubatan Klinik Kuala Tahan, selaku wakil penerima sumbangan peralatan perubatan sempena Program Kasih SSM yang berlangsung pada 11 Oktober 2026.

Sumbangan berjumlah RM183,500 ini telah disempurnakan oleh Encik Aznorashiq Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
CGM GLOBAL CLIMATE GOVERNANCE SUMMIT 2026

Register today and join us virtually for Climate Governance Malaysia’s Global Climate Governance Summit (GCGS) 2026 on 27–28 October 2026!

As corporate climate strategies shift from voluntary target-setting to binding financial and regulatory obligations, this summit brings together central bankers, regulators, legal scholars, and institutional investors to examine how leadership can convert commitments into legally sound, investable corporate execution:

Day 1 — Capital, Statecraft and the Cost of Delay: Insights on transition finance, carbon markets, energy security, and corporate climate economics.

Day 2 — Rules, Nature and the Adaptation Imperative: Strategic briefings on climate litigation risks, disclosure liabilities, adaptation returns, and just transition frameworks.

Attendance is complimentary and open to the public.

🔗 Register now and view the full speaker lineup:
https://www.cgmalaysia.com/globalclimategovernancesummit2026

#GCGS2026
SSM SERTAI SESI ADVOKASI PROGRAM PASAR PATUH PERINGKAT CAWANGAN KERIAN

Kerian, 21 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menyertai Sesi Advokasi Program Pasar Patuh (3P) 2026 Peringkat Cawangan Kerian anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kerian pada 10 September 2026.

SSM Perak telah menyampaikan penerangan dan khidmat nasihat kepada para peniaga merangkumi fungsi dan peranan SSM, kepentingan pendaftaran perniagaan, tanggungjawab pemilik perniagaan, serta keperluan pematuhan terhadap perundangan yang ditadbir oleh pihak SSM.

Program ini telah diadakan di Pasar Sejahtera Tanjung Piandang melibatkan kerjasama dan penyertaan daripada beberapa agensi kerajaan dan rakan strategik lain, antaranya Majlis Perbandaran Kerian, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian dan Jabatan Meteorologi.

Sebanyak 44 lot kedai di Pasar Sejahtera Tanjung Piandang telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis mematuhi Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 .

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SERTAI PROGRAM PASAR PATUH 2026 DI GERIK

Gerik, 21 Oktober 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menyertai Sesi Advokasi Program Pasar Patuh (3P) 2026 Peringkat Cawangan Gerik anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Gerik di kawasan sekitar Pasar Awam, di sini pada 21 September 2026.

SSM turut memberikan penerangan dan khidmat nasihat kepada para peniaga berkaitan fungsi dan peranan SSM, kepentingan pendaftaran perniagaan, tanggungjawab pemilik perniagaan serta keperluan pematuhan terhadap perundangan yang ditadbir oleh SSM. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Rashidah Mohamad Hazizi, Eksekutif Penguat Kuasa SSM Negeri Perak.

Sesi ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran para peniaga mengenai kepentingan pematuhan perundangan serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Program ini turut melibatkan kerjasama Majlis Perbandaran Gerik dan Pejabat Kesihatan Daerah Gerik.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO TEMU BUAL PENERIMA SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KORPORAT KEPADA INSTITUSI KEAGAMAAN SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KOMUNITI SSM

Saksikan video temu bual bersama Encik Abu Jamil Awang Mahmud, Pengerusi Masjid Kampung Gol, selaku penerima sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM sempena Program Sentuhan Komuniti SSM yang berlangsung pada 11 Oktober 2026 di Masjid Kampung Gol, Jerantut, Pahang.

Sumbangan berjumlah RM70,000 kepada tujuh institusi keagamaan ini telah disempurnakan oleh Encik Aznorashiq Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PENDAFTARAN PERNIAGAAN ANDA TELAH TAMAT TEMPOH?

Tahukah anda? Urusan pembaharuan pendaftaran perniagaan kini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan pantas melalui Kiosk Tap.It!

Dengan lebih 500 Kiosk Tap.It di seluruh Malaysia, anda boleh mendapatkan perkhidmatan SSM di lokasi terpilih berhampiran anda.

Bukan sekadar pembaharuan pendaftaran perniagaan, anda juga boleh:

✅ Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan
✅ Pembelian Maklumat Perniagaan
✅ Pembayaran Kompaun Pendaftaran Perniagaan
✅ Pengaktifan ID Pengguna SSM4U

Untuk maklumat lanjut dan semakan lokasi Kiosk Tap.It yang terdekat, layari: https://www.tapitnetworks.com/location-ssm.

Pembaharuan pendaftaran perniagaan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui EzBiz Online di Portal SSM4U: https://www.ssm4u.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM