Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Semua ujian ini membuktikan bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling sabar dan tabah dan baginda menjadi contoh teladan dalam menghadapi cabaran hidup.
❀109😒10
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw ini mengingatkan kita untuk memperkukuh iman, memperbanyakkan selawat, serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan

Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah dari Tarbiah Sentap.
❀90
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Antara tanda kita benar-benar mencintai Rasulullah saw :

1. Mengikuti sunnahnya – dalam ibadah, akhlak, cara hidup, bahkan dalam hal-hal kecil.

2. Mendahulukan Baginda daripada diri sendiri – sebagaimana sahabat rela berkorban demi Nabi ο·Ί.

3. Banyak berselawat – kerana itu perintah Allah dan tanda cinta kita.

4. Rindu untuk bertemu Baginda – walaupun belum pernah melihatnya.

5. Menyebarkan ajarannya – menyampaikan Islam dengan hikmah dan akhlak mulia.

6. Menjaga larangan – meninggalkan maksiat kerana ingin menjadi umat yang Baginda redha.

Rasulullah saw sendiri bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu hingga aku lebih dia cintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya.” (HR. Bukhari & Muslim)
❀45
Dalam Islam kita memang diajar supaya menjauhkan diri daripada tempat maksiat walaupun kita tidak terlibat secara langsung.

β€’ Kalau kawan ajak ke tempat maksiat, tolak dengan baik.

β€’ Kalau terpaksa lalu, jangan berhenti dan jangan terlibat.

β€’ Pilih majlis ilmu, zikir, Qur’an atau tempat yang mendekatkan pada Allah.

Nabi juga mengingatkan, bila kita duduk di majlis yang penuh dosa, bimbang kita terseret sama atau hati menjadi gelap
❀97πŸ‘7
Bagaimana kita ingin menjauhi zina hati :

β€’ Jaga pandangan – jangan melihat perkara yang haram.

β€’ Sibukkan hati dengan zikrullah dan al-Quran.

β€’ Jauhi suasana maksiat atau pergaulan bebas.

β€’ Banyak berdoa: mohon agar hati dijaga daripada lintasan yang kotor.

β€’ Nikah bila sudah mampu, kerana itu cara halal menyalurkan fitrah.

Zina hati mungkin tidak sama berat dengan zina anggota, tetapi ia tetap mengotorkan jiwa
❀116πŸ‘6πŸ”₯6
Ulama kata: β€œCukuplah kematian sebagai penasihat.”

β€’ Ingat mati melembutkan hati – supaya tidak lalai dengan dunia.

β€’ Motivasi beramal soleh – kerana bekalan akhirat lebih utama.

β€’ Redha dengan ujian – dunia sementara, akhirat kekal.

β€’ Hidup ini pinjaman – bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Kalau kita selalu ingat mati, hati jadi lebih tenang dan mudah untuk buat persediaan.
❀112😒22πŸ‘5
Setiap orang pasti akan diuji, cuma bentuk ujian itu berbeza-beza:

β€’ Ada yang diuji dengan kesihatan (sakit, lemah badan).

β€’ Ada yang diuji dengan keluarga (hubungan renggang, kehilangan orang tersayang).

β€’ Ada yang diuji dengan harta (kemiskinan, hutang, kerugian).

β€’ Ada yang diuji dengan perasaan (kesedihan, kesepian, kekecewaan).

β€’ Ada juga yang diuji dengan kesenangan (rezeki melimpah, pangkat, kemewahan) – untuk melihat adakah dia bersyukur atau lalai.

Jadi kalau kita rasa ujian kita berat, sebenarnya orang lain pun ada ujian mereka – cuma bentuknya berbeza. Yang penting ialah sabar, doa, dan yakin bahawa ujian itu tanda kasih Allah untuk mengangkat darjat kita.
❀99😒10πŸ‘5
Bila hubungan dengan Allah renggang, hati jadi gelisah, tiada keberkatan, dan masalah terasa berat.

Bila jumpa punca, mulakan perbaikan perlahan-lahan: taubat dan ubah sikap.
❀122πŸ‘7😒7
Menutup aurat bukan sekadar pakaian tapi bukti taat kepada Allah. Ia tanda cinta kita pada Allah lebih daripada ikut hawa nafsu.

Aurat ditutup supaya wanita (dan juga lelaki) dihormati kerana akhlak dan ilmunya, bukan tubuhnya.

Ringkasnya : Tutup aurat itu ibadah, pelindung maruah, dan bukti ketaatan.
❀119πŸ‘2πŸ”₯2
Dalam al-Quran ada banyak surah dan ayat yang jadi doa perlindungan, tapi ulama sering sebut 7 surah utama yang sangat masyhur diamalkan untuk perlindungan diri, rumah, keluarga, dan daripada gangguan syaitan/jin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
❀105πŸ‘5
Kami nak ucapkan Terima Kasih dan Alhamdulilah.

Ramai yang telah jadikan koleksi buku Tarbiah Sentap sebagai β€œstarter pack” untuk hijrah.

Lepas tu, boleh tambah dengan baca tafsir Al-Qur’an, hadith, atau buku ulama lain.

Sebab buku kami banyak sentuh soal hati, iman, dan semangat untuk berubah jadi lebih baik.

Buku koleksi Tarbiah Sentap ditulis dengan gaya santai tapi tegas, sesuai untuk anak muda yang nak cari kekuatan hijrah.
❀45🀩4πŸ‘2😱1
Buku kami boleh dapatkan di mana? Jika online πŸ‘‡πŸ»

Tiktok Shop : https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8wcBfJfFlSM

Shopee : https://my.shp.ee/AUBK85x

Atau di kedai buku berdekatan anda seperti Mph dan Popular.
Kalau dengar lagu sekadar hiburan ringan yang tidak bercanggah dengan syariat

(contoh: lirik baik, tidak mengundang maksiat, tidak lalai dari solat), masih ada ruang kelonggaran.

Tapi kalau sudah buat hati lalai, leka dan jauh dari Allah, sebaiknya tinggalkan dan gantikan dengan perkara yang lebih bermanfaat.

(contohnya dengar alunan Al-Quran, zikir atau nasyid yang mendidik jiwa)
❀80πŸ‘10πŸ”₯7😱3