Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Lepas solat adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Pada masa itu, hati masih lembut dan dekat dengan Allah. Kita boleh minta apa sahaja — besar atau kecil — asalkan perkara itu baik.
❤111
Ujian bukan kerana Allah benci, tapi kerana Dia mahu mengangkat darjat kita, menghapus dosa, dan menguatkan iman.

Macam seorang guru yang sayang muridnya — dia beri ujian supaya murid itu berjaya dan lebih baik. Begitu juga Allah dengan hamba-Nya.

"Sesungguhnya, apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
❤84😢9
Selepas mati, bermulalah hari yang sangat panjang iaitu hari akhirat.

Dalam Al-Quran, Allah sebut bahawa satu hari disisi- Nya boleh bersamaan seribu tahun (Surah As-Sajdah: 5) malah ada juga disebut lima puluh ribu tahun (Surah Al-Ma’arij: 4).

Maknanya, hari itu bukan seperti hari di dunia. ia panjang, penuh penantian dan perhitungan, di mana setiap manusia akan dibangkitkan, dihisab dan ditentukan nasibnya — syurga atau neraka.
❤78😢4
Solat Qabliyah Subuh ialah solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Subuh. Ia antara solat sunat yang sangat besar keutamaannya.

Rasulullah saw bersabda:

“Dua rakaat sunat Subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (Hadis riwayat Muslim, no. 725)

Maknanya: Nilai dua rakaat ini sangat besar di sisi Allah, lebih berharga daripada harta atau kenikmatan dunia.
❤93🔥5😱2
Elakkan gurauan atau mesej yang tidak perlu.

(Chat yang berlebihan tanpa sebab boleh buka pintu fitnah)

Hukum boleh jika ada keperluan dan dalam batas syarak, tapi haram jika ada unsur fitnah, godaan, atau niat yang tidak baik.
❤99👍17😢2
Jangan cepat putus asa. Allah sedang menguji tahap keimanan dan keteguhan hati kita.

Firman Allah: "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah: 153)
❤88😢6👍4
Husnul khatimah ialah pengakhiran hidup yang baik — sangat dianjurkan untuk diminta dan didoakan.

Rasulullah sendiri banyak berdoa agar diberikan pengakhiran yang baik. Kita digalakkan untuk sentiasa memohon kepada Allah supaya wafat dalam keadaan beriman, beramal soleh, dan diredhai-Nya.
❤86
𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗙𝗙𝗜𝗟𝗜𝗔𝗧𝗘 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣! 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝟱𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔

Kami dari Tarbiah Sentap ingin menjemput seluruh affiliate yang membantu kami mempromosikan koleksi buku Tarbiah Sentap untuk hadir ke acara 𝗔𝗙𝗙𝗜𝗟𝗜𝗔𝗧𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗟 𝗕𝗥𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗔𝗬 𝗚𝗔𝗧𝗛𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚.

Acara ini akan memberikan peluang kepada affiliate semua untuk :

1. Mengetahui lebih terperinci membuat video pendek tanpa pelanggaran

2. Penerangan tentang Mall Brand yang akan diadakan pada penghujung November ini.

3. Pengumuman pemberian hadiah (giveaway)

Butiran mengenai acara, masa dan tempat seperti yang tertera. Untuk kehadiran ke acara ini boleh menghubungi team kami : 0111 054 1745
❤13
Sifat wanita yang dicintai Allah Swt bukan diukur pada rupa paras atau harta, tetapi pada iman, akhlak, dan hati yang tunduk kepada-Nya.

Wanita yang dicintai Allah ialah wanita solehah, bertaqwa, sabar, menjaga maruah, dan sentiasa mengingati Allah.
❤115😢8🔥3
𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 ☺️

Kami ingin menjemput anda semua yang berada di sekitar Sabah untuk datang ke Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Pesta Buku ini berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 10 malam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap disini dan semestinya ada diskaun untuk anda semua.

Jumpa kami bermula hari ini sehingga 16 November!
❤14👍4🔥1