Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Dunia ini singkat, penuh ujian, tipu daya dan kesenangan sementara

Manakala Akhirat pula kekal selama-lamanya, tempat pembalasan yang adil

Semoga Allah jadikan hati kita sentiasa mengutamakan akhirat, tanpa melupakan tanggungjawab di dunia.

اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا
❤119😢17
Kain kafan bukan fesyen untuk dibanggakan, tetapi peringatan untuk direndahkan diri. Ia mengingatkan kita bahawa:

• Seindah mana pun pakaian di dunia, akhirnya kain putih sederhana juga yang membalut jasad.

• Pangkat, harta, jenama dan gaya tidak dibawa ke kubur.

• Yang tinggal hanyalah iman, amal dan taubat.

Semoga peringatan ini melembutkan hati kita, bukan untuk menghukum, tetapi untuk kembali kepada Allah dengan rendah diri.
❤119😢26😱2
Allah berfirman: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Az-Zariyat: 56)

Ini menunjukkan jin itu makhluk yang benar-benar wujud, bukan mitos. Rasulullah juga ada bersabda :

“Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti aliran darah.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
❤66😢14👍10
Persiapkan lah diri menyambut bulan Ramadan supaya kita masuk Ramadan dengan hati, jasad dan iman yang lebih bersedia 🤲🏻
❤129🔥14👍7🤩5😁2🎉2
Latih diri menuju Ramadhan yang bakal tiba ini dengan👇🏻

• Bersihkan hati
• Betulkan ibadah
• Kuatkan doa
• Urus masa
• Siapkan amal

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
❤86👍8🎉5🔥2
Pada malam Israk Mikraj, Allah Swt mewajibkan solat sebanyak 50 waktu sehari ke atas umat Nabi Muhammad.

Ketika Nabi saw turun dari Sidratul Muntaha, Baginda bertemu Nabi Musa AS, lalu Nabi Musa menasihatkan agar Baginda memohon keringanan kerana umat tidak mampu.

• Nabi saw kembali menghadap Allah beberapa kali
• Setiap kali dikurangkan 5 waktu
• Sehinggalah akhirnya tinggal 5 waktu solat sehari semalam

Ini adalah rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad.
❤131
Tujuan pembelahan dada ialah bagi membersihkan hati Rasulullah sebagai persediaan rohani sebelum menghadap Allah dalam peristiwa Israk Mikraj.

Pembelahan dada Nabi saw adalah tanda kemuliaan baginda, bukti kasih sayang Allah, dan peringatan kepada kita agar sentiasa menjaga kesucian hati.
❤100
Mikraj (المِعْرَاج) ialah peristiwa Nabi Muhammad diangkat naik ke langit dengan kehendak Allah, selepas Israk.

Israk adalah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Mikraj pula adalah apabila Nabi saw naik dari Masjidil Aqsa menembusi langit hingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan utama naik kelangit adalah untuk menerima perintah solat.
❤103👍5
Masuk maghrib hari ini malam israk mikraj. Peristiwa besar dalam sejarah Islam (perjalanan Nabi saw dan pensyariatan solat)

Israk Mikraj ini juga adalah peristiwa agung yang mengajar kita tentang solat dan ketaatan.

Salam Israk Mikraj 1447. Semoga peristiwa agung ini menguatkan iman dan memperbaiki solat kita.
❤87👍4
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐬𝐫𝐚' 𝐌𝐢𝐤𝐫𝐚𝐣 🌙
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐀𝐥-𝐀𝐪𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧

Musim sejuk kini adalah diwaktu kemuncak

Sudah ramai anak kecil mati kesejukan

kerana kekurangan selimut tebal dan bahan bakar


Sejak gencatan senjata..
Ramai yang fikir.. Palestin dah bebas.
Orang Gaza dah hidup aman dan tenang.
Tetapi realitinya..
Gaza bersendirian.
Tiada lagi tumpuan terhadap mereka.

Musim sejuk adalah musim mencabar bagi mereka.
Hujan lebat sepanjang masa.
Khemah sentiasa banjir.
Setakat ini dilaporkan sudah puluhan kanak-kanak mati disebabkan kesejukan.

Mari salurkan hadiah kelengkapan musim sejuk bagi mereka..
sebagai tanda ingatan kita pada mereka.

klik
https://komunitidakwahtarbiah.org/order/form/webisramikraj

atau Bank Transfer
MAYBANK
PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
5686 2103 7401
Reference : AQSA
❤30😢3😁1
Neraka Hutamah (ٱلْحُطَمَةُ) ialah salah satu nama neraka yang disebut secara jelas dalam Al-Quran, iaitu dalam Surah Al-Humazah (104:4–9)

• Dosa lidah (mengumpat, menghina) sangat berat di sisi Allah

• Harta bukan jaminan keselamatan akhirat

• Akhlak dan hati yang bersih lebih utama daripada kekayaan

"Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela… "

(Surah Al-Humazah: 1)
😢65❤17👍7