Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
𝐒𝐀𝐓𝐔 ππ”πŠπ”, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍

Buku tarbiah kami ditulis untuk mereka yang sedang mencari jalan pulang menjadi insan yang lebih baik.

𝟐 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ 𝐀𝐍𝐃𝐀 π€πŠπ€π ππ„π‘π‰π”πŒππ€ πŠπ€πŒπˆ πƒπˆ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 ππ”πŠπ” 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀.
❀43
Assalamualaikumwarahmatullah semua untuk hari pertama Tarbiah Sentap di PBAKL.

Terima kasih kepada pengunjung yang datang tak henti dari pagi sehingga tengahari ni.

Jangan lepaskan peluang korang datang PBAKL singgah ke booth kami di DEWAN TUN RAZAK, TINGKAT 3.

Boleh dapatkan buku kami dari pelbagai genre. Promosi untuk setiap kombo dan freegift exclusive dari Tarbiah Sentap! Jumpa disinii
❀44🀩3😱1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi singgah, berkunjung dan memberikan sokongan di Booth Tarbiah Sentap.

Kehadiran anda amat bermakna buat kami. Semoga setiap ilmu dan manfaat yang diperoleh menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Kita jumpa lagi tahun hadapan.

Assalamualaikumwarahmatullah.
❀29πŸ‘1😁1
Salam Maal Hijrah 1448H. Selamat Tahun Baru Islam.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah buat kita semua.

Semoga setiap langkah kita sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Allah Swt.
❀64
Kita sedang berada di alam dunia.

Persoalannya, adakah bekalan kita sudah cukup untuk perjalanan yang seterusnya?

Semoga Allah mempermudahkan hisab dan mengurniakan Husnul Khatimah.
❀84😒32
Ketauhilah, lakonan tidak mengubah hukum asal sesuatu perbuatan.

Jika sesuatu perbuatan haram di luar lakonan, maka ia juga kekal haram ketika berlakon. Berlakon bukan alasan untuk menghalalkan perkara yang diharamkan.

Berpegang tangan, berpelukan dan adegan mesra antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tetap perlu dielakkan.

Taat kepada Allah lebih utama daripada tuntutan watak.
❀95πŸ‘23😒7πŸ”₯1
Alhamdulillah, dengan izin Allah, buku Parenting Akhir Zaman berjaya terjual 10,000 naskhah hanya dalam tempoh sebulan.

Semoga setiap helaian yang dibaca menjadi asbab lahirnya generasi yang lebih dekat dengan Allah.

Buku "Parenting Akhir Zaman" hadir sebagai panduan buat ibu bapa yang tidak mahu sekadar melihat anak berjaya di mata dunia, tetapi lebih takut jika anak gagal di sisi akhirat.
❀40
Pembelian buku Parenting Akhir Zaman boleh klik link disini :

https://vt.tiktok.com/ZS96Wj5KPHGRa-xrZyo
❀1
Jika Nafsu lawwamah ialah jiwa yang belum konsisten, kadang-kadang taat, kadang-kadang tergelincir.

Namun apabila melakukan dosa atau kelalaian, ia mencela diri, menyesal, dan kembali bertaubat kepada Allah.

Ini lebih baik dari Nafsu Ammarah, kerana tanda hati masih hidup.
❀83
Tetapi misi utama adalah jiwa yang cenderung menuju arah yang benar, maka ketenangan Ilahi (al-sakinah) akan turun kepadanya.

Limpahan kemurahan Ilahi akan terus-menerus mengalir ke dalamnya sehingga ia mencapai ketenteraman melalui mengingati Allah dan tetap teguh dalam mengenal ketuhananNya.

Al-Quran menamakan keadaan jiwa ini sebagai β€˜jiwa yang tenang’ (Nafs al-mutma’innah).
❀66
Apabila hati resah, jiwa sempit, dan jalan terasa buntu, kembalilah kepada Allah melalui solat.

Di situlah ketenangan dan kekuatan bermula.

Berdasarkan firman Allah:

"Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.”

(Surah Al-Baqarah: 45)
❀77