Tarbiah Sentap
29.2K subscribers
3.25K photos
718 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Solatlah di awal waktu dan banyakkan membaca Al-Quran.

Kadang-kadang kita rasa masa tak pernah cukup. Tapi bila kita dahulukan solat, hati jadi lebih tenang dan urusan terasa lebih mudah.

Banyakkan juga membaca Al-Quran. Bukan kerana kita sudah baik, tetapi kerana kita mahu menjadi lebih baik.

Dekatkan diri dengan Allah, sebelum kita mencari ketenangan daripada dunia.
❀136πŸ‘4
Pakaian terakhir kita adalah kain kafan.

Kenderaan terakhir kita adalah van jenazah.

Dan destinasi terakhir kita adalah tanah.

Jadi, masihkah kita terlalu sibuk mengejar dunia, sedangkan kita tahu ke mana akhirnya kita akan pergi?

Semoga sebelum sampai ke sana, kita sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah.
❀68πŸ‘9
Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Semoga Malaysia terus dilimpahkan rahmat, keamanan dan keberkatan.

Semoga kita semua dapat hidup dalam suasana yang saling menghormati, membantu dan menjaga keharmonian bersama.

Semoga Malaysia sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah 🀲🏻
❀56
Assalamualaikumwarahmatullah buat semua orang sabah, kami nak khabarkan berita baik!

π“π€π‘ππˆπ€π‡ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 π€πŠπ€π 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 sempena... 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 ππ”πŠπ” 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”

Jumpa kami nanti di SICC, Kota Kinabalu. Kami berada di sana bermula pada 23 sehingga 27 September dari jam 9.30 pagi sehingga 10 malam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap disini dan semestinya ada diskaun untuk anda semua!

Jumpa Tarbiah Sentap disanaaa 😍
❀30🀩4
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga apa yang nampak di luar, sampai terlupa untuk menjaga apa yang ada di dalam hati.

Tanpa kita sedar, hati boleh dipenuhi rasa iri, dengki, sombong, ujub, marah dan terlalu cintakan dunia.

Sebab itu, jangan hanya periksa keadaan diri. Periksalah juga keadaan hati.

Semoga Allah bersihkan hati kita daripada segala penyakit yang kita sendiri tak sedari.
❀52😒33
❀9
Boleh tahu disini siapa yang aktif di Thread?
Anonymous Poll
36%
πŸ™‹πŸ»β€β™‚οΈ
67%
πŸ§•πŸ»
😱14❀2😁2πŸ‘1
Kalau siapa dah aktif di Thread, kami pun ada juga disana!

ini thread kami, jom ramai - ramai follow kami disana pula πŸ‘‡πŸ»

https://www.threads.com/@tarbiahsentapofficial?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==
❀17πŸ‘4😱2🀩2
Korang, dah release di you tube Tarbiah Sentap.

Siapa dah tengok boleh tinggalkan komen di video ni 😍

Dijanjikan parody Kudrat ni bermanfaat untuk semua, jom tonton sekarang πŸ‘‡πŸ»

https://youtu.be/vKCU7HqaEFA?si=aWOhKlVNt5EpJHP1
❀13πŸ”₯12
🎢 WATCH 2GETHER: ADNIN ROSLAN 🎬

Jadilah antara yang terawal dengarkan secara eksklusif 6 lagu baharu serta muzik video daripada Ustaz Adnin sempena kempen Nasyid Friday.

Dan istimewa untuk Watch2gether kali ini, Ustaz Adnin akan lancarkan buku terbaharu beliau.

β€’ 23 Oktober 2026 (Jumaat)

β€’ 9.00 malam

β€’Masuk percuma

β€’ Terhad kepada 200 peserta terawal.

β€’ Makanan ringan disediakan

Daftar sekarang melalui kod QR pada poster. Jumpa disana!
❀19πŸ‘2πŸ”₯1
Qalbu ialah hati batin yang menjadi tempat bersemayamnya iman, niat dan kesedaran rohani.

Jagalah hati, kerana keadaan hati mempengaruhi perbuatan kita.

Semoga Allah sentiasa menjaga qalbu kita, melembutkan hati kita untuk menerima kebenaran, dan menetapkan iman kita hingga akhir hayat.
❀54😒21πŸ‘4
π—•π—œπ—¦π— π—œπ—Ÿπ—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯π—”π—›π— π—”π—‘π—œπ—₯π—”π—›π—œπ— .

Bersedia untuk sebuah karya baharu daripada Ustaz Adnin? Sesuatu bakal tiba.

Semoga setiap helaian yang bakal dibaca menjadi asbab bertambahnya ilmu, kuatnya iman dan dekatnya kita dengan Allah.

Agaknya, kali ni tentang apa pula? Tunggu. Nantikan.
❀24🀩10πŸ”₯4😱2πŸ‘1
Nabi Muhammad Saw juga pernah merasai kehilangan sejak kecil.

Jadi, kalau hari ini kita sedang bersedih kerana kehilangan seseorang, ingatlah bahawa kesedihan itu bukan tanda kita lemah.

Rasulullah Saw sendiri melalui kehilangan dan kesedihan. Namun, setiap ujian mengajar kita untuk terus bersabar dan bergantung harap kepada Allah.

Nantikan buku terbaru Ustaz Adnin yang bakal membawa kita lebih dekat mengenali insan paling mulia, Nabi Muhammad SAW.

π˜Ύπ™Šπ™ˆπ™„π™‰π™‚ π™Žπ™Šπ™Šπ™‰!
❀37πŸ‘3