👽😈X-Files 👾🤖
451 subscribers
3.06K photos
20 videos
24 files
9.02K links
Artikel dan Bahan2 berkenaan UFO, Ekstraterestrial, Teknologi Eksotik,
Sejarah Alternatif, Perkara Ghaib (Occult), Supernatural, Teori Konspirasi, SaiFai, Teknologi Eksotik serta pelbagai kompilasi perkara Pelik, Ajaib, Esoterik dan membingungkan.
Download Telegram
Forwarded from Odie Homie - iluminasi
*Makam Christopher Columbus Akhirnya Ditemui*

By Moustapha Abbas

Bagi sesetengah orang Eropah, Christopher Columbus ialah penjelajah yang mendedahkan perihal Dunia Baru kepada kuasa-kuasa benua berkenaan. Bagi aktivis orang asli terutama di Carribean, inilah individu yang memulakan usaha membunuh orang asli - langkah yang diteruskan oleh Conquistador di Amerika Tengah dan Selatan. Tetapi di mana lokasi sebenar makam pelayar Itali abad ke-15 itu?

Dalam tempoh 55 tahun hayat Columbus, beliau mengetuai pelayaran ke Dunia Baru sebanyak empat kali iaitu 1492-93, 1493-96, 1498-1500 dan 1502-1504. Keempat empat pelayaran ini ditaja oleh Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II dan permaisurinya Isabella.

Sebelum ekspedisi-ekspedisinya merentas Lautan Atlantik, Columbus pernah berlayar ke Ireland dan Iceland dengan kapal layar Portugal. Beliau juga pernah menjadi ejen gula bagi pihak Genoa di mana pada satu ketika, beliau tiba di Madeira, Portugal. Columbus juga pernah berlayar ke pantai barat Afrika dan singgah di kubu Portugal, São Jorge da Mina di Ghana.

Tetapi sayang, Columbus mati dalam keadaan miskin dan dinafikan hak satu persepuluh bagi setiap harta yang dibawa dari Dunia Baru. Keadaan ini berlaku selepas Raja Ferdinand II menyingkirkannya sebagai Gabenor Hispaniola (kini sebahagian daripada pulau Greater Antilles).

Columbus dikebumikan di Valladolid pada tahun 1506. Tiga tahun selepas itu, makamnya digali semula dengan mayatnya dipindahkan ke makam keluarganya di Seville. Sepanjang sejarah, mayat beliau dipindahkan beberapa kali sebelum kembali ke Seville.

Mengikut wasiatnya, rangka Columbus kemudiannya dibawa ke Santo Domingo, Republik Dominica pada 1544. Lebih 250 tahun kemudian, ia dibawa ke Havana, Cuba. Akhirnya, selepas lebih 300 tahun dibawa menyeberangi Lautan Atlantik, rangkanya dibawa kembali ke Seville dan itulah lokasi persemadiannya sehingga hari ini.

Tetapi sejak itu, ia mencetuskan perdebatan tentang lokasi sebenar makam Columbus. Ini kerana Republik Dominica mendakwa beliau dimakamkan di sebuah rumah api yang cantik di Santo Domingo.

Bagi menamatkan kontroversi tentang lokasi makam ini, para penyelidik dari Universiti Granada mengambil sampel DNA dari makam yang didakwa sebagai makam terakhir Columbus. Analisis yang dibuat pada 2005 mengesahkan ia sememangnya rangka Columbus. Bagaimanapun, sejarawan tidak menolak jika sebahagian rangka masih disimpan dalam makam di Santo Domingo.

Tetapi bagaimana pula dengan makam pertama Columbus? Mengikut keterangan sejarawan dari Muzium Tentera Laut Sepanyol, beliau dikatakan dikebumikan di Biara San Francisco, Valladolid. Hari ini, biara tersebut tidak wujud dan digantikan dengan satu zon komersial berhampiran Plaza Mayor, Valladolid.

Bagi memastikan bahawa lokasi ini merupakan lokasi tepat Biara San Francisco, sampel tanah dari lot komersial itu diambil dan dibandingkan dengan sampel tanah dari makam Columbus di Seville. Dan hasilnya lot tersebut merupakan lokasi asal biara berkenaan.
Forwarded from Odie Homie - iluminasi
*Kisah Lelaki Yang Dilahirkan Berkaki Tiga Frank Lentini*

Oleh Namri Sidek

Anda tahu 'Air Cap Badak' penawar demam panas? Mesti tahu kan. Pengeluar produk air itu adalah sebuah syarikat bernama Cap Kaki Tiga.

Logo syarikat itu walaupun kini telah dimodenkan, masih lagi memaparkan ilustrasi tiga kaki bersambung ibarat roda. Logo tersebut mungkin hanyalah rekaan imaginasi perekanya satu masa dahulu.

Tetapi tahukah anda kisah seorang lelaki yang dilahirkan mempunyai tiga kaki, cukup mirip dengan logo syarikat di negara kita itu?

*Lahir dengan organ kembar yang tidak sempurna*

Bagi Francesco 'Frank' Lentini, dapat lahir ke dunia sudah merupakan satu perkara hampir ajaib berlaku kepadanya. Ini kerana situasi dia unik sejak dari dalam rahim lagi.

Semasa dalam kandungan janin yang sepatutnya membentuk dua bayi kembar berbeza berlaku tidak normal, menyebabkan keganjilan yang dinamakan kembar heteropagus atau kembar parasitik, boleh menyebabkan kelahiran kembar siam yang bercantum berlaku.

Bagi sesetengah kembar yang lebih ganjil situasinya, akan wujud kemungkinan di mana bayi yang selamat akan menyerap bahagian tubuh kembarnya sehingga dia mengalami penambahan organ yang sukar dijangka.

Keganjilan genetik ini amat jarang berlaku dianggarkan hanya ditemui dalam nisbah 1 per 1 juta kelahiran.

Lentini lahir pada 18 Mac 1889 di Sicily, Itali merupakan anak kelima daripada 12 orang adik beradik. Berbeza dengan adik beradiknya, Lentini lahir dalam keadaan unik mempunyai kembar tidak sempurna bercantum dengan badannya di bahagian pinggang. Sindrom ini secara saintifiknya dinamakan kembar jenis 'dipygus.'

Kembar dipygus membuatkan janin yang selamat terbentuk, akan mengalami pencapahan pada tulang belakang membentuk organ tambahan pada bahagian tertentu.

Bagi Lentini, dia lahir dengan tiga kaki, 4 tapak kaki dan dua zakar hasil organ kembarnya yang tidak menjadi, bersambung di bahagian pinggul.

*Sukar diterima keluarga pada awal usia*

Menerima anak yang luar biasa, kedua ibu bapanya pada awalnya sukar menerima takdir apa yang berlaku.

Bagaimanapun, mereka cuba menjaga Lentini dengan baik, membawa bayi itu menemui pakar perubatan untuk sekurang-kurangnya membuang kaki ketiga yang terbentuk.

Kedua-duanya dimaklumkan sekiranya tindakan diambil, nyawa Lentini bakal berdepan risiko maut. Lentini membesar dalam suasana sukar berkaki tiga, diherdik dan dihina kerana keadaannya.

Keadaan ini memaksa kedua ibu bapanya membuat keputusan sukar menghantar Lentini tinggal dengan makciknya. Bagi membantu anak saudaranya, makciknya mendaftarkan Lentini ke dalam sekolah orang-orang kurang upaya.

Di sinilah Lentini mula menyedari situasinya walaupun aneh, jauh lebih baik berbanding ramai lagi pelajar lain yang senasib sepertinya. Apa yang memperkuatkan azamnya, pelajar-pelajar ini yang jelas lebih kritikal tahap kurang upaya mereka, mampu hidup dengan baik.

Perspektif baru ini membuatkan Lentini berubah pandangan terhadap kecacatannya. Apa yang selama ini dirasakan beban, boleh dilihat sebagai satu kelebihan.

Pertemuan Lentini ketika berusia 6 tahun dengan seorang pengurus persembahan bernama Vincenzo Magnano mengubah hidup Lentini. Buat pertama kali, seorang individu lain melihat potensi besar dalam kecacatan Lentini.

Selepas Magnano berjaya meyakinkan kedua ibu bapa Lentini untuk membenarkan Lentini ke Amerika Syarikat bagi menyertai kumpulan persembahannya, Lentini ke Amerika Syarikat pada usia 8 tahun.

Kedua ibu bapanya turut berhijrah ke sana, kerana itulah syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan persetujuan mereka.

*Mula digelar 'Lentini Yang Hebat'*

Lentini memulakan latihan bagi memastikan dirinya bersedia. Selepas kempen promosi dijalankan, Lentini dipilih menyertai karnival teater jalanan kendalian Magnano.

Penampilan Lentini individu berkaki tiga menarik perhatian ramai yang berpusu pusu hadir.

Selepas cakap-cakap orang tentang keanehan Lentini bermain bola dengan tiga kaki tersebar - reputasi Lentini yang unik, aneh dan jarang dapat dilihat mula membolehkan Lentini melompat ke arena sarkas lebih besar.
Black Cumin Seed — Natural alternative for Ivermectin!

Nigella sativa has been used as traditional medicine for centuries. The oil from its seeds are effective against many diseases like cancer, cardiovascular complications, diabetes, asthma, kidney disease — also effective against cancer in blood system, lung, kidney, liver, prostate, breast, cervix & skin.

Anticancer Activities of Nigella Sativa 
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3252704/

Black seeds can also treat respiratory conditions such as allergies, flu, congestion, cough, asthma & emphysema. Black cumin seed has been noted in ancient texts & historical documents for providing therapeutic attributes & supporting the body to heal naturally. 💪🏽

Honey and Nigella Sativa (black cumin seeds) for Covid-19
https://covid.us.org/2021/10/20/honey-and-nigella-sativa-black-cumin-seeds-for-covid-19/

BLACK CUMIN SEED OIL 👇🏽
https://www.starseedfuel.com/supplements
*_KISAH-KISAH PARA NABI DAN RASUL_*

*NABI IDRIS A.S.*

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris: berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta h-buahan yang beraneka warn dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berk "Hail saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.
"Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya

yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
Kisah Perjanjian Keamanan Pertama di Dunia - Perjanjian Kadesh

Oleh Osman Affandi

Perjanjian damai terawal yang diketahui masih terpelihara telah dibuat pada 1271BC dan ditandatangani oleh firaun Mesir, Ramses II (Ramses the Great), dan Hattusilis III, Raja Het.

Dua salinan perjanjian itu dibuat - satu dalam hieroglif, satu lagi dalam bahasa Mesopotamia Akkadia (atau Babylonia Assyria). Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak bukan sahaja bersetuju untuk menamatkan bertahun-tahun peperangan antara Mesir dan Hatti (di Turki masa kini).

Perjanjian damai itu juga menandakan persetujuan pakatan bersama sekiranya berlaku pencerobohan asing atau dalam negeri dan ekstradisi pemberontak, pelarian dan politik. Keamanan yang dicapai kekal selama 40 tahun sehingga kejatuhan Empayar Hittite.
Penemuan bersejarah

Pada dinding Kuil Karnak di Luxor, Mesir dan pada kuil Firaun Ramesses II Thebes, terdapat ukiran yang menggambarkan pertempuran hebat melawan "Raja Khatti yang Agung" dan perjanjian damai yang dipalsukan dengan mereka.

Tulisan hieroglif yang dikenali sejak zaman dahulu, pertama kali diterjemahkan oleh Jean-François Champollion pada awal abad ke-19, mencetuskan minat baharu di kalangan orang barat di Mesir Purba. Pada tahun 1858, telah dikenalpasti bahawa Raja Agung Khatti adalah orang Het yang memerintah di Anatolia (Turki pada zaman ini).

Lapan tahun kemudian, pada tahun 1906, ahli arkeologi Jerman Hugo Winckler menemui dan menggali ibu kota Hittite, Hattusa, dalam runtuhan berkubu Boğazkale di Turki.

Dalam tinggalan istana terbesar, mereka menemui 10,000 tablet tanah liat yang ditulis dengan cuneiform yang mendokumentasikan banyak aktiviti diplomatik orang Het. Pencarian itu juga menemui tiga tablet di mana teks perjanjian tertulis yang teksnya sepadan dengan yang terdapat pada dinding kuil Mesir.
Perjanjian Kadesh

Perjanjian damai Mesir-Het, juga dikenali sebagai Perjanjian Kadesh, ialah perjanjian damai pertama yang direkodkan di dunia. la juga merupakan satu-satunya perjanjian purba di Timur yang versi kedua-dua pihak masih terpelihara rapi sehingga ke hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani untuk menamatkan permusuhan yang lama antara Empayar Hittite dan Mesir, yang telah berjuang selama lebih dua abad untuk mendapatkan penguasaan ke atas tanah Mediterranean timur.

Konflik itu memuncak dengan percubaan pencerobohan Mesir pada 1274 SM yang berjaya digagalkan oleh orang Het di kota Kadesh di Sungai Orontes (kawasan yang kini dikenali sebagai Syria). Pertempuran Kadesh mengakibatkan kedua-dua pihak mengalami korban yang besar, tetapi kedua-duanya juga tidak dapat mengiktiraf kemenangan dalam pertempuran atau peperangan tersebut.

Konflik berterusan tanpa konklusif selama kira-kira lima belas tahun lagi sebelum perjanjian itu ditandatangani. Walaupun ia sering disebut sebagai "Perjanjian Kadesh", ia sebenarnya telah ditandatangani lama selepas pertempuran itu malah perkataan "Kadesh" juga tidak disebut dalam ks perjanjian dalam tersebut..
Perjanjian itu dianggap telah dirundingkan oleh perantara tanpa kedua-dua raja pernah bertemu secara peribadi. Kedua dua pihak mempunyai kepentingan bersama dalam berdamai; Mesir menghadapi ancaman yang semakin meningkat daripada "Orang Laut", manakala orang Het bimbang tentang peningkatan kuasa Assyria ke timur.

Perjanjian itu telah disahkan pada tahun ke-21 pemerintahan Ramesses II (1258 SM) dan terus berkuat kuasa sehingga Empayar Hittite tumbang ke tangan Assyria, hampir satu abad kemudian.

Perjanjian damai antara Ramesses II dan Hattušiliš III adalah luar biasa kerana setiapa apa yang dipersetujui dinyatakan secara jelas dalam perjanjian tersebut. Seperti mana-mana perjanjian moden, perjanjian itu dibahagikan kepada beberapa perkara dan setiap pihak membuat ikrar persaudaraan dan keamanan antara satu sama lain dari segi objektif.

Mereka bersetuju bahawa mereka tidak akan melakukan tindakan pencerobohan terhadap satu sama lain, akan menghantar pulang pelarian politik dan penjenayah masing-masing dan mereka akan membantu satu sama lain dalam menyekat pemberontakan daripada musuh masing-masing.

Selepas membentuk pakatan dengan Hatti, Ramesses mula memfokuskan kekayaan dan tenaganya ke arah projek bangunan domestik, yang membawa kepada projek pembinaan yang meluas seperti pembinaan kuil Abu Simbel yang megah. Terdapat juga bukti bahawa Ramesses cuba mewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih kuat dengan Hatti dengan mengahwini seorang puteri Hittite.
*_KISAH-KISAH PARA NABI DAN RASUL_*

*NABI NUH A.S. (01)*

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.

Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera ke****an mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan "Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.

Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air

yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam

menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan

adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka

buat dengan tangan mereka sendiri. Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada

mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya

di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap

perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka terbyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.
Berkata mereka kepada Nabi Nuh: "Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya la akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dpt diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran-ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soal-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semua.nya.Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."