UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SEMUA PLATFORM PEMBAYARAN BIL PELAJAR

Makluman kepada semua pelajar UiTM.

Berikutan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke atas pengurangan 20% yuran sesi 1 2021/2022, pihak UiTM akan menguruskan kerja-kerja pengeluaran/pengemaskinian bil pelajar.

Oleh yang demikian, semua platform pembayaran bil pelajar UiTM akan ditutup sementara bermula dari 27 Oktober 2021 sehingga 2 November 2021.

Pelajar tidak boleh membuat bayaran ke atas sebarang bil pelajar sepanjang tempoh tersebut.

Proses bayaran boleh dilakukan semula bermula 3 November 2021.

Sekian, terima kasih.
Sumber Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar
#UiTMprihatin
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN URUSAN SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA) DAN RINGKASAN MAKLUMAT PENDAFTARAN AUTOMATIK 18 TAHUN KE ATAS

1. Sebagaimana yang telah sedia maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sedang dalam proses ke arah pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik bagi warganegara berumur 18 tahun ke atas selaras pindaan terkini kepada Perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Sehubungan itu, satu pameran awam bagi urusan semakan Pra-Pendaftraran Pemilih Autimatik (SPPA) telah dimulakan bermula 1 Oktober 2021 - 31 Oktober 2021 di 81 tempat semakan seluruh Negeri Johor dan juga secara aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sehingga 31 Disember 2021 yang belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak dan membuat pengesahan butiran pendaftaran mereka sebelum proses selanjutnya bagi pewartaan nama meraka sebagai pemilih secara automatik dilaksanakan.

2. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif untuk mewar-warkan urusan ini agar mahasiswa peka dan mengambil tindakan membuat semakan serta pengesahan terhadap butiran mereka yang bakal diwartakan. Tempoh ini juga boleh digunakan oleh mereka yang belum mendaftar untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara memandangkan sebelum 31 Disember 2021, SPR akan mengguna pakai alamat terkini mereka dalam rekod JPN untuk urusan pewartaan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PERMOHONAN PERUBAHAN TEMPOH KEBERADAAN DI DALAM KAMPUS*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti sedia maklum, UiTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kemasukan kategori pelajar berkeperluan ke kampus bermula 15 Oktober 2021 mengikut senarai yang telah dikeluarkan melalui pautan https://bit.ly/KEMBALIKEKAMPUS_20214.

3. Bagi memastikan pengoperasian kampus berjalan dengan lancar, permohonan perubahan tempoh keberadaan pelajar di dalam kampus akan *DITUTUP* sepenuhnya pada *31 Oktober 2021 (Ahad)*. Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak akan memproses sebarang permohonan selepas tarikh tersebut.

4. Sehubungan itu, pelajar yang berhasrat untuk membuat perubahan tempoh keberadaan di dalam kampus perlu menghantar permohonan rasmi *sebelum 31 Oktober 2021*. Manakala pelajar yang telah mendapat kelulusan perlu berurusan dengan pihak Unit Pengurusan Kolej (UPK) pada waktu pejabat sahaja bagi urusan penjanaan bil baharu. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Let us join e-Ocluf (Open Day Club Festival) 2021 | 28 - 30 October 2021!
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i

*PEMAKLUMAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2021 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET Sesi 3/2021 yang dijadualkan pada Januari 2022. Semakan senarai calon boleh dilakukan melalui pautan https://bit.ly/MUET3J4.

3. Borang permohonan untuk menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2021 di UiTMPG juga *DIBUKA* sehingga *31 Oktober 2021 (Ahad) jam 5.00 petang SAHAJA* untuk memberi ruang kepada calon yang hendak membuat pengemaskinian maklumat atau pelajar yang telah membeli nombor PIN MEC tetapi belum mendaftar di mana-mana pusat peperiksaan.

*Pautan Borang Permohonan: https://forms.gle/WLLcrCKUiuARFkSZ6*

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum wbt. Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Mahasiswa/Mahasiswi,

Pihak Unit Hal Ehwal Islam, ingin menjemput semua warga UiTM Cawangan Johor ke majlis bacaan Yaasin dan Tahlil buat warga UiTM yang telah kembali kepada pencipta tengahari tadi. Butirannya adalah seperi berikut:-

Tarikh : *6 November 2021 (Sabtu)*
Masa : *7:20 Malam*
Tempat : *Pusat Islam, UiTM Kampus Pasir Gudang*
Atau Link Maya : *https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m58918936deb73b838e0b49abde438b31*

Majlis ini akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Afiq Hazwan bin Abu Bakar dan UST Naqib Zharfan Basysyasy bin Omar, Imam dan Bilal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Kita semua mendoakan agar *Allahyarham Muhammad Zarif Isyraf Bin Zulkifli* yang telah kembali ke Rahmatullah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Moga Allah SWT memberkati usaha kita semua.

Penghargaan dan ucapan terima kasih atas kelapangan serta kesudian kepada semua yang menyertai majlis ini.

Sekian.
Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bil yuran pengajian sesi 20214 bagi pelajar yang telah dibatalkan bil terdahulu akan mula dijana secara berperingkat mulai minggu kedua November 2021 pada kadar kurang 20% seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan persetujuan Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

Tarikh akhir pembayaran bil bagi sesi 20214 adalah pada 23 Februari 2022.

Sekian, terima kasih.
Bagi pelajar yang hendak membuat pengemaskinian nombor akaun bank, sila ikuti tatacara di bawah 👇
‼️PENGUMUMAN PENTING‼️ :

IKLAN PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 (KEMASUKAN MAC 2022)

PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 BAGI LEPASAN STPM /SETARAF, PENERAPAN ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) DAN PENERAPAN DIPLOMA SEMESTER AKHIR UiTM


KATEGORI PERMOHONAN :-

• LEPASAN STPM / MATRIKULASI KPM / STAM / ASASI UiTM / ASASI SAINS UM / ASASIpintar UKM / DIPLOMA UiTM / KKB UiTM / DVM / DKM / DLKM / DIPLOMA IPT LAIN

• LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM/KKB UiTM KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

• LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

Dimaklumkan bahawa, tempoh bagi permohonan ke Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Sesi 2 2021 / 2022 adalah DILANJUTKAN dari 01 DISEMBER 2021 (RABU) kepada 07 DISEMBER 2021 (SELASA)

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.
https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat
https://selangkah.uitm.edu.my/

PERMOHONAN DI:
https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2798/ 2797/3277
Emel Rasmi Unit : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Live Chat @ TAWK.TO : https://tawk.to/bppuitm
FB rasmi : facebook.com/bppuitm.official
Laman Rasmi : pengambilan.uitm.edu.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar UiTM kini boleh membuat permohonan mini transkrip dan pembayaran secara atas talian melalui _iStudent Portal_ (https://istudent.uitm.edu.my) bermula 01 Disember 2021.

Sehubungan itu, kaedah permohonan yang digunakan sebelum ini tidak terpakai dengan serta merta. Walau bagaimanapun, pihak BHEA akan memproses semua baki permohonan yang telah diterima melalui email. Justeru, pelajar yang terlibat tidak perlu membuat permohonan semula secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERKARA: JEMPUTAN WEBINAR SIMFONI KASIH OKU BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN OKU TAHUN 2021

Assalamualaikum wrth. wbth. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena sambutan Bulan OKU UiTM 2021, Unit Perkhidmatan OKU, UiTM dan UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Webinar Simfoni Kasih OKU.

Webinar ini bermatlamatkan mengetengahkan tokoh OKU dalam masyarakat bagi mendapat inspirasi kejayaan dan memupuk sikap positif serta menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga OKU UiTM.

Semua staf dan pelajar dijemput menyertai program webinar yang dijadualkan seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Disember 2021 (Selasa)
Masa : 930 pagi - 11.30 pagi
Sesi 1
Tajuk : Menjiwai Perjuangan Kehidupan Seorang OKU: Kurang Upaya bukan Penghalang
Penceramah : Dr Ruzimi bin Mohamed
CEO Ozel Sdn. Bhd.


Sesi 2
Tajuk : Taklimat Kemudahan Warga OKU UiTM
Masa : 11.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Penceramah : Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda binti Alias
Pengarah Unit Perkhidmatan OKU, UiTM.

Link Youtube : https://youtu.be/dsw3ZNoyh9w

Penyertaan terbuka kepada semua staf/pensyarah UiTM dan peserta luar.
Jam latihan juga disediakan kepada staf dan pensyarah UiTM.
Peluang memenangi hadiah kuiz juga menanti setiap peserta.

Sekian, terima kasih.

Anjuran:

Unit Perkhidmatan OKU
UiTM Cawangan Johor