UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bil yuran pengajian sesi 20214 bagi pelajar yang telah dibatalkan bil terdahulu akan mula dijana secara berperingkat mulai minggu kedua November 2021 pada kadar kurang 20% seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan persetujuan Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

Tarikh akhir pembayaran bil bagi sesi 20214 adalah pada 23 Februari 2022.

Sekian, terima kasih.
Bagi pelajar yang hendak membuat pengemaskinian nombor akaun bank, sila ikuti tatacara di bawah πŸ‘‡
‼️PENGUMUMAN PENTING‼️ :

IKLAN PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 (KEMASUKAN MAC 2022)

PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 BAGI LEPASAN STPM /SETARAF, PENERAPAN ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) DAN PENERAPAN DIPLOMA SEMESTER AKHIR UiTM


KATEGORI PERMOHONAN :-

β€’ LEPASAN STPM / MATRIKULASI KPM / STAM / ASASI UiTM / ASASI SAINS UM / ASASIpintar UKM / DIPLOMA UiTM / KKB UiTM / DVM / DKM / DLKM / DIPLOMA IPT LAIN

β€’ LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM/KKB UiTM KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

β€’ LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

Dimaklumkan bahawa, tempoh bagi permohonan ke Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Sesi 2 2021 / 2022 adalah DILANJUTKAN dari 01 DISEMBER 2021 (RABU) kepada 07 DISEMBER 2021 (SELASA)

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.
https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat
https://selangkah.uitm.edu.my/

PERMOHONAN DI:
https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2798/ 2797/3277
Emel Rasmi Unit : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Live Chat @ TAWK.TO : https://tawk.to/bppuitm
FB rasmi : facebook.com/bppuitm.official
Laman Rasmi : pengambilan.uitm.edu.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar UiTM kini boleh membuat permohonan mini transkrip dan pembayaran secara atas talian melalui _iStudent Portal_ (https://istudent.uitm.edu.my) bermula 01 Disember 2021.

Sehubungan itu, kaedah permohonan yang digunakan sebelum ini tidak terpakai dengan serta merta. Walau bagaimanapun, pihak BHEA akan memproses semua baki permohonan yang telah diterima melalui email. Justeru, pelajar yang terlibat tidak perlu membuat permohonan semula secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERKARA: JEMPUTAN WEBINAR SIMFONI KASIH OKU BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN OKU TAHUN 2021

Assalamualaikum wrth. wbth. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena sambutan Bulan OKU UiTM 2021, Unit Perkhidmatan OKU, UiTM dan UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Webinar Simfoni Kasih OKU.

Webinar ini bermatlamatkan mengetengahkan tokoh OKU dalam masyarakat bagi mendapat inspirasi kejayaan dan memupuk sikap positif serta menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga OKU UiTM.

Semua staf dan pelajar dijemput menyertai program webinar yang dijadualkan seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Disember 2021 (Selasa)
Masa : 930 pagi - 11.30 pagi
Sesi 1
Tajuk : Menjiwai Perjuangan Kehidupan Seorang OKU: Kurang Upaya bukan Penghalang
Penceramah : Dr Ruzimi bin Mohamed
CEO Ozel Sdn. Bhd.


Sesi 2
Tajuk : Taklimat Kemudahan Warga OKU UiTM
Masa : 11.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Penceramah : Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda binti Alias
Pengarah Unit Perkhidmatan OKU, UiTM.

Link Youtube : https://youtu.be/dsw3ZNoyh9w

Penyertaan terbuka kepada semua staf/pensyarah UiTM dan peserta luar.
Jam latihan juga disediakan kepada staf dan pensyarah UiTM.
Peluang memenangi hadiah kuiz juga menanti setiap peserta.

Sekian, terima kasih.

Anjuran:

Unit Perkhidmatan OKU
UiTM Cawangan Johor
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

πŸ”₯ *FORUM MANA-MANA RANCAK, BERJAYA!! - KEMAHIRAN INSANIAH: MEMBINA JATI DIRI MAHASISWA* πŸ”₯

πŸ“Œ *Ayuh sertai kami bersama barisan ahli panel yang hebat bagi mengupas mengenai isu terkini berkenaan kemahiran insaniah dalam usaha memantapkan kualiti graduan yang dihasilkan.*

*Maklumat program adalah seperti berikut:*

πŸ“Œ Tarikh: *15 Disember 2021 (Rabu)*
πŸ•° Masa: *8:30 -10:30 Malam*
πŸŽ₯ Platform: *YouTube UiTM Johor (https://www.youtube.com/watch?v=jVVyzgfmsLg)*
πŸ’ Perasmi: *Penolong Rektor, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang*

"Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa bilangan graduan yang menganggur meningkat 22.5% tahun lepas kepada 202,400 di mana kekurangan pekerjaan berkaitan kemahiran meningkat kepada 31.2% tahun lepas. Ini jelas menunjukkan kita mempunyai isu struktur yang serius apabila ia berkaitan dengan kekurangan pekerjaan berkaitan kemahiran untuk graduan." - Dr Rais Hussin dan Jason Loh Seong Wei, EMIR Research

πŸ—£ *3 Ahli Panel HEBAT:*

πŸ’‘ *Tuan Jef Hazimin bin Jaafar (Pengasas AirLiurEmas.com)*
πŸ’‘ *Tuan Hanif Marzuki bin Mohd Saupi (Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia)*
πŸ’‘ *Tuan Muhammad Hanapi bin Jamaludin (Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia)*

πŸ“Œ *Objektif program:*

✨ Melatih serta memupuk kemahiran insaniah mahasiswa dalam topik berkaitan pemikiran pemimpin
✨ Meningkatkan potensi mahasiswa dalam membina jati diri melalui penajaman kemahiran insaniah
✨ Menggalakkan mahasiswa untuk berfikir secara kreatif dan kritis

πŸ“Œ Maklumat lanjut boleh didapati di *https://linktr.ee/SULAM_J4HPD2323*

πŸ“Œ Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

πŸ“± *Tuan Nik Rafiuddin*: wa.me/60136698051
πŸ“± *Tuan Hazim*: wa.me/60182022540

Sekian, terima kasih.

Kelas Kokurikulum Pemikiran Pemimpin 2 (HPD232)
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

#UiTM
#UiTMJohor
#UiTMDihatiku
#KitaUiTM
#KeluargaUiTM
#UiTMPG
#SULAM
#HPD232
#MBM
#YouthVentures
#AirLiurEmas
#ManaManaRancak
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PEMAKLUMAN CUTI RASMI BENCANA*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan pemakluman Pejabat Naib Canselor UiTM berkaitan cuti bencana, semua kuliah (fizikal/atas talian) dan penilaian pentaksiran yang *dijadualkan* sepanjang tempoh 20 - 25 Disember 2021 adalah *DIBATALKAN*.

3. Walau bagaimanapun, kuliah ganti akan diadakan pada minggu ulang kaji (30 Januari - 06 Februari 2022) untuk membolehkan para pelajar melengkapkan keperluan akademik bagi setiap kursus.

4. Semua warga diminta untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti demi menjaga kesejahteraan dan kepentingan bersama.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
19 Disember 2021 | Ahad
Assalam dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada Pemakluman Naib Canselor: Cuti Bencana Berikutan Banjir Kilat Luar Biasa Bagi Semester Akademik Sesi 1 2021/2022.

Oleh itu, para pelajar di kolej adalah dibenarkan pulang ke kampung bermula 20 Disember 2021 (Isnin) sehingga 25 Disember 2021 (Sabtu). Cuti Bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti perayaan sehingga 1 Januari 2021 (Sabtu) seperti Kalendar Akademik.

Ibu bapa yang hadir untuk mengambil pelajar haruslah kekal di dalam kereta semasa berada di kawasan kampus.

Bagi pelajar yang pulang kampung diminta untuk melakukan Saliva Test (tanggungan sendiri) sebelum kembali ke kampus bagi memastikan Safe Travel Bubble di kampus terpelihara.

Bagi pelajar kolej yang tidak pulang ke kampung masih tertakluk dengan SOP kebenaran keluar masuk kampus pada hujung minggu bermula 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

19 Disember 2021 | 9:00 PM