UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PEMAKLUMAN CUTI RASMI BENCANA*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan pemakluman Pejabat Naib Canselor UiTM berkaitan cuti bencana, semua kuliah (fizikal/atas talian) dan penilaian pentaksiran yang *dijadualkan* sepanjang tempoh 20 - 25 Disember 2021 adalah *DIBATALKAN*.

3. Walau bagaimanapun, kuliah ganti akan diadakan pada minggu ulang kaji (30 Januari - 06 Februari 2022) untuk membolehkan para pelajar melengkapkan keperluan akademik bagi setiap kursus.

4. Semua warga diminta untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti demi menjaga kesejahteraan dan kepentingan bersama.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
19 Disember 2021 | Ahad
Assalam dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada Pemakluman Naib Canselor: Cuti Bencana Berikutan Banjir Kilat Luar Biasa Bagi Semester Akademik Sesi 1 2021/2022.

Oleh itu, para pelajar di kolej adalah dibenarkan pulang ke kampung bermula 20 Disember 2021 (Isnin) sehingga 25 Disember 2021 (Sabtu). Cuti Bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti perayaan sehingga 1 Januari 2021 (Sabtu) seperti Kalendar Akademik.

Ibu bapa yang hadir untuk mengambil pelajar haruslah kekal di dalam kereta semasa berada di kawasan kampus.

Bagi pelajar yang pulang kampung diminta untuk melakukan Saliva Test (tanggungan sendiri) sebelum kembali ke kampus bagi memastikan Safe Travel Bubble di kampus terpelihara.

Bagi pelajar kolej yang tidak pulang ke kampung masih tertakluk dengan SOP kebenaran keluar masuk kampus pada hujung minggu bermula 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

19 Disember 2021 | 9:00 PM
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

*PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2022*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2022 yang dijadualkan pada Mac 2022 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm. Nombor PIN MEC akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan telah menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang melalui pautan https://forms.gle/oKfbiyqP6UDy6zyt5 *selewat-lewatnya pada 12 Januari 2022 (Rabu), jam 12.00 tengah hari*. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip/Emel No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda wajib mempunyai MUET. Untuk makluman. kemasukan bersyarat ke program sarjana muda tanpa keputusan MUET tidak terpakai pada semester hadapan.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja).

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Makluman bagi pelajar yang telah menjelaskan yuran Sesi Akademik 1 2021/2022 (20214) sebelum 𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 dan belum menerima pemulangan 20% yuran.

Untuk makluman pelajar, pihak Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP) telah memproses bayaran pemulangan 20% yuran pada fasa 1, November 2021 dan fasa 2, Disember 2021. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak berjaya diproses bayaran pemulangan kerana tidak mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar.

Mohon kerjasama saudara / saudari supaya dapat mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar dengan segera selewat-lewatnya pada 14 Januari 2022 supaya pembayaran Fasa 3 dapat diproses dengan jayanya pada penghujung Januari 2022 nanti. Sila semak email yang didaftarkan di portal pelajar untuk maklumat lanjut.

Diingatkan di sini supaya saudara / saudari berhati-hati ketika mengemaskini maklumat akaun bank dengan mangambil kira perkara-perkara berikut:

𝟭. 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿. (𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 / 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 / 𝗮𝘆𝗮𝗵 / 𝗶𝗯𝘂 / 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗹𝗹).
𝟮. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. (𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 / 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁).
𝟯. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.
𝟰. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.

** Nota: Pemulangan yuran tidak termasuk pelajar berikut:
𝟭. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻-𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹, 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗔𝗖𝗖𝗔
𝟮. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗟𝗭𝗦) – 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗟𝗭𝗦.
𝟯. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗹 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟬% 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝗹 (𝗕𝗶𝗹 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭𝟰 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭)
𝟰. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.

Untuk maklumat terkini berkenaan kewangan pelajar, sila layari telegram Rasmi Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar di https://t.me/JPKPUiTM
Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar
#UiTMprihatin
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

*PERINGATAN MESRA: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2022*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2022 yang dijadualkan pada Mac 2022 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm. Nombor PIN MEC akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan telah menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang melalui pautan https://forms.gle/oKfbiyqP6UDy6zyt5 *selewat-lewatnya pada 12 Januari 2022 (Rabu), jam 12.00 tengah hari*. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip/Emel No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda wajib mempunyai MUET. Untuk makluman. kemasukan bersyarat ke program sarjana muda tanpa keputusan MUET tidak terpakai pada semester hadapan.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja).

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

*PERINGATAN AKHIR: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2022*

*PENANGGUHAN UJIAN BERTULIS MUET SESI 3/2021*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Perhatian kepada semua calon peperiksaan MUET Sesi 3/2021, tarikh ujian bertulis telah dipinda kepada *22 Januari 2022 (Sabtu)*.

3. Sehubungan itu, semua calon diminta untuk memastikan telah mencetak slip baharu sebelum hadir ke lokasi peperiksaan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Pusat Peperiksaan MUET
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

Saudara/i,

*JADUAL PENILAIAN AKHIR SESI 1 2021/2022*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Akhir Sesi 1 2021/2022 akan dilaksanakan sepanjang tempoh *07 - 23 Februari 2022*. Sehubungan itu, berikut dilampirkan jadual penilaian akhir untuk rujukan saudara/i.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*TARIKH AKHIR AKTIVITI SESI 1 2021/2022*

2. Berikut merupakan tarikh akhir aktiviti-aktiviti bagi Sesi 1 2021/2022 untuk rujukan dan tindakan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Permohonan selepas tarikh yang dibenarkan tidak akan diproses berikutan sistem akan ditutup sepenuhnya.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
TARIKH AKHIR AKTIVITI SESI 1 20212022.png
1.1 MB
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

PERINGATAN MESRA: TARIKH AKHIR AKTIVITI SESI 1 2021/2022

2. Berikut merupakan tarikh akhir aktiviti-aktiviti bagi Sesi 1 2021/2022 untuk rujukan dan tindakan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Permohonan selepas tarikh yang dibenarkan tidak akan diproses berikutan sistem akan ditutup sepenuhnya.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
*AHAD | 6 FEBRUARI 2022*

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

*⚜️ MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER 2021-FEBRUARI 2022⚜️*

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Unit Hal Ehwal Islam (HEI) UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat.

Majlis ini diadakan sempena Peperiksaan Akhir Semester Oktober 2021 - Februari 2022 yang akan bermula pada 7 Februari sehingga 23 Februari 2022 serta *Amanat oleh Penolong Rektor*.

Berikut adalah perincian majlis yang telah ditetapkan:
📍Tarikh: *6 Februari 2022 (Ahad)*
📌Masa : *7:30 PM - 8:30 PM*
📱 Platform: *Cisco Webex*
🔗 Link: https://uitm.my.webex.com/uitm.my/j.php?MTID=mbe845c3f5b9abf383dc72e16acb335b9

Oleh itu, *semua warga UiTM Kampus Pasir Gudang dijemput hadir* ke majlis ini untuk menambah keberkatan bagi *mendoakan para pelajar dalam peperiksaan akhir* dan *memohon perlindungan kesihatan dan keselamatan warga kampus dari wabak Covid-19 yang sedang merebak pada masa kini.*

*Makanan turut disediakan di kolej masing-masing.*

Sekian, terima kasih.

*_PEMIMPIN BERWIBAWA, PERINTIS TRANSFORMASI MAHASISWA_*

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2021/2022