UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
[𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲-𝟵𝟰] Mesti semakin tak sabar semua bakal graduan bagi Istiadat Konvokesyen ke-94 UiTM yang akan bermula pada 10 - 29 September 2022 nanti kerana hanya tinggal 6 hari sahaja lagi!

Pastikan anda sudah membuat senarai semak perkara-perkara penting yang diperlukan nanti untuk berkonvo ye.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web: https://bit.ly/3PWzOEO

#keluargaUiTM
#uitmdihatiku
#konvouitm94
HEBAHAN KEPUTUSAN LEPASAN PENERAPAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 1 2022

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
➜ Penerapan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
➜ Lepasan Diploma UiTM (Mohon Program Perubatan, Pergigian & Farmasi)

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 1 2022 (Oktober 2022) bagi kategori di atas boleh disemak mulai 27 September 2022 (Selasa) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 27 September 2022 hingga 05 Oktober 2022 sahaja.
FAQ BHEA UiTMPG SESI 1 2022_2023.pdf
151.3 KB
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

SOALAN LAZIM KEMASUKAN SESI 1 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar boleh membuat rujukan perihal kemasukan pada Sesi 1 2022/2023 (Oktober 2022 - Februari 2023) ke UiTM Kampus Pasir Gudang melalui soalan lazim yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik seperti dilampirkan. Diharapkan agar semua pelajar dapat lebih bersedia secara fizikal dan mental untuk mengikuti kuliah yang akan dijalankan pada semester hadapan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
27 September 2022 | Selasa
Sumber:
Unit Pengurusan Kolej
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 1 2022

Kategori lepasan:
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM

Kepada pemohon program Sarjana Muda sesi 1 2022 kategori di atas yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat ke UiTM sebelum ini, permohonan rayuan masih dibuka sehingga 04 Oktober 2022 (Selasa) jam 11:59 malam.


Kategori lepasan:
➜ Lepasan STPM
➜ Lepasan STAM
➜ Lepasan Matrikulasi KPM
➜ Lepasan Asasi UiTM
➜ Lepasan ASASIpintar UKM
➜ Lepasan Asasi Sains UM
➜ Lepasan Diploma UiTM / KKB UiTM
➜ Lepasan Diploma IPT Lain

Kepada pemohon program Sarjana Muda sesi 1 2022 kategori di atas yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat ke UiTM sebelum ini, permohonan rayuan di UPUOnline masih dibuka sehingga 04 Oktober 2022 (Selasa) jam 05:00 petang.

Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.
[𝗣𝗲𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻] Kajian Pengesanan Graduan atau Tracer Study merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status graduan selepas menamatkan pengajian.

Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas graduan berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di UiTM.

Dapatan dari kajian ini dapat membantu UiTM untuk memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan supaya selari dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, yang visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global.

Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan GE UiTM.

#keluargauitm
#uitmdihatiku
#kajianpengesanangraduan
HEBAHAN PERMOHONAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA KEMASUKAN MAC 2023

📣📣 Perhatian kepada Pelajar-Pelajar Pra Diploma Sesi 1 2022/2023 (Kemasukan Oktober 2022)

Adalah dimaklumkan permohonan penerapan Pra Diploma ke Diploma akan dibuka pada 24 Oktober 2022 sehingga 21 November 2022 melalui pautan online.uitm.edu.my

Pembelian No Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN): Program 6- Penerapan Pra Diploma ke Diploma

#pptuitm #pptoutreach #uitmdihatiku #unipurple
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada
Semua Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

PENTING: TARIKH AKHIR PROSES DAFTAR DAN GUGUR KURSUS SESI 1 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan kalendar akademik UiTM Sesi 1 2022/2023, tarikh akhir proses daftar/ gugur kursus adalah pada 30 Oktober 2022 (Ahad). Sehubungan itu, BHEA ingin mengingatkan agar semua pelajar dapat memastikan telah membuat pendaftaran kursus melalui student portal selewat-lewatnya pada hari ini, jam 11.59 malam.

3. Pelajar yang tidak membuat pendaftaran kursus berpotensi untuk diberikan status Gugur Taraf (GT) yang akan dikuatkuasakan pada 14 November 2022.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
30 Oktober 2022 | Ahad

#UiTMDihatiku
#KeluargaUiTMJohor
#UiTMJohorPrihatin
PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA & PROGRAM PROFESIONAL (SEPENUH MASA) SESI 2 2022/2023 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1️⃣ Program Sarjana Muda
*
2️⃣ Program Profesional

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).

* Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.