UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
*PEMAKLUMAN AWAL KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS FASA 2*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berkaitan kemasukan pelajar kembali ke kampus, adalah dimaklumkan bahawa pihak HEP sedang dalam proses penyediaan surat kebenaran memasuki kampus yang baharu (mengikut format terkini daripada PDRM).

Berikutan itu, sistem saring bagi pelajar mendapatkan surat tersebut adalah ditutup buat sementara waktu.

Sekian untuk makluman.


Terima kasih.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan, permohonan untuk pulang semula ke kampus di aplikasi SaringC19 bagi pelajar yang terlibat dalam Fasa 2 kuliah akademik telah dibuka. Pelajar yang telah membuat permohonan sebelum ini, perlu memohon semula dan mendapatkan surat terbaru. Permohonan boleh dibuat melalui link berikut:

https://saringc19.uitm.edu.my/#/IndexStudent
(Sila kemaskini ke versi 2.05.04)

Bagi permohonan pelajar yang memerlukan perkhidmatan bas yang diuruskan oleh MPP untuk kembali ke kampus, boleh mengisi maklum balas di link berikut:

https://forms.gle/DkXwQP8oqHmKs5iYA

Nota: Pemakluman ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan *Pemakluman Khas Berkaitan Pelajar Kembali Semula Ke Kampus*.

Terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
15 Mei 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berdasarkan pemakluman terbaru yang dibuat oleh kampus induk pada hari ni, skrin permohonan kembali semula ke kampus di aplikasi SaringC19 akan ditutup buat sementara waktu untuk penyelenggaraan dan akan dibuka semula pada malam ini.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berdasarkan pemakluman terbaru yang dibuat oleh kampus induk pada hari ni, skrin permohonan kembali semula ke kampus di aplikasi SaringC19 akan ditutup buat sementara waktu untuk penyelenggaraan dan akan dibuka semula…
Untuk makluman, sistem Saring C19 UiTM telah dibuka semula. Saudara/Saudari yang masih belum mendapatkan surat kebenaran di dalam sistem diminta untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan dikemudian hari.

Terima kasih.
Sekiranya anda adalah pelajar yang dipanggil untuk kembali ke kampus pada fasa kedua, bilakah tarikh pergerakan anda?
Anonymous Poll
22%
17 Mei 2021
15%
18 Mei 2021
20%
19 Mei 2021
42%
20 Mei 2021
UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned «Sekiranya anda adalah pelajar yang dipanggil untuk kembali ke kampus pada fasa kedua, bilakah tarikh pergerakan anda?»
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimajukan semula senarai terkini pelajar yang dipanggil kembali ke kampus fasa kedua untuk rujukan saudara/saudari.
Nota:
Senarai yang tidak mempunyai sebarang warna merupakan pelajar berkeperluan akademik (kategori 1) sahaja.
Untuk makluman saudara/saudari, sistem Saring C19 UiTM ditutup buat sementara waktu. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui telegram channel https://t.me/uitmkpg.

Maaf atas segala kesulitan.

Terima kasih.