UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
HEBAHAN KEPUTUSAN LEPASAN PENERAPAN/DIPLOMA KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2022

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
➜ Lepasan Diploma UiTM

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 2 2022 (Mac 2023) bagi kategori di atas boleh disemak mulai 13 Mac 2023 (Isnin) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 13 Mac 2023 hingga 19 Mac 2023 sahaja.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 2/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 2/2023 yang dijadualkan pada Jun 2023 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm. Sila pastikan butiran peribadi yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan permohonan tidak sah dan tidak diproses. Nombor PIN MEC akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan telah menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://forms.gle/Z9a3Ud4F67vv7Gcx8 selewat-lewatnya pada 03 April 2023 (Isnin), jam 11.59 malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 160 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip/Emel No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja).

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i,

PENUTUPAN PERMOHONAN MUET SESI 2/2023 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, slot MUET Sesi 2/2023 di UiTM Kampus Pasir Gudang telah penuh dan secara rasminya adalah DITUTUP.

3. Pelajar yang belum sempat mendaftar boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang disenaraikan di laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia atau menunggu pembukaan sesi berikutnya.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i

PEMBUKAAN PERMOHONAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA KE PROGRAM SARJANA MUDA DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA SESI AKADEMIK 1/2023 (AMBILAN OKT 2023)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, permohonan penerapan bagi pelajar-pelajar semester akhir diploma ke program sarjana muda dan juga penerapan pra diploma ke diploma Sesi 1/2023 (Ambilan OKT 2023) akan mula dibuka mulai 05 April hingga 01 Mei 2023.

3. Sehubungan itu, pelajar terlibat dinasihatkan membuat permohonan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan tidak menunggu di saat akhir bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Tatacara permohonan adalah seperti berikut:

i. Beli No. Pin Penerapan Sem Akhir Diploma ke Sarjana Muda (Program 7) / No. Pin Penerapan Pra Diploma ke Diploma (Program 6) di BSN - Harga RM10
ii. Log masuk ke borang permohonan melalui Student Portal atau di online.uitm.edu.my
iii. Isi borang permohonan
iv. Hantar dan simpan salinan borang permohonan sebagai rujukan

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
05 April 2023 | Rabu

Sumber: Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
[𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗲-𝟵𝟲]
Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tahniah kepada semua bakal bergelar graduan Universiti Teknologi MARA. Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-96 akan berlangsung daripada 20 Mei 2023- 14 Jun 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Graduan juga digalakkan untuk mengikuti telegram Konvo UiTM Ke-96 di: https://t.me/+MhfbdQm8UhZjMDRl

#MalaysiaMadani
#UiTMDiHatiku
#GRU2025
#konvouitm96
#keluargaUiTM
MEMO - PENUTUPAN KAUNTER BHEA SEMPENA AIDILFITRI.doc.pdf
201.5 KB
MEMO PENUTUPAN OPERASI KAUNTER BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK SEMPENA AIDILFITRI 2023/1444H
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor

Semua Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN PERMOHONAN RAYUAN PEMBATALAN GUGUR TARAF (RPGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, status Gugur Taraf (GT) telah dikenakan pada 17 April 2023 kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sistem permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) telah dibuka untuk tempoh 17 - 26 April 2023 sahaja. Sehubungan itu, pelajar diminta untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
20 April 2023 | Khamis
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor

Semua Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

PERINGATAN AKHIR: PEMAKLUMAN PERMOHONAN RAYUAN PEMBATALAN GUGUR TARAF (RPGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, status Gugur Taraf (GT) telah dikenakan pada 17 April 2023 kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sistem permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) telah dibuka untuk tempoh 17 - 26 April 2023 sahaja. Sehubungan itu, pelajar diminta untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PEMAKLUMAN PENTING ‼️
Perhatian‼️📣📣📣
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Video
TARIKH-TARIKH PENTING BERKAITAN PEMBAYARAN YURAN BAGI SEMESTER MAC – OGOS 2023

Saudara/saudari pelajar yang dihormati,

Sebagai seorang pelajar, saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh penting yang perlu dipatuhi terutamanya bagi tindakan yang berkaitan pembayaran yuran.

Sila layari Academic Calendar (uitm.edu.my) untuk mengakses kalendar akademik yang sedang berkuatkuasa.

Keprihatinan saudara/saudari amatlah dihargai bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Terima kasih!!
Perhatian‼️📢📢📢