UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berdasarkan pemakluman terbaru yang dibuat oleh kampus induk pada hari ni, skrin permohonan kembali semula ke kampus di aplikasi SaringC19 akan ditutup buat sementara waktu untuk penyelenggaraan dan akan dibuka semula…
Untuk makluman, sistem Saring C19 UiTM telah dibuka semula. Saudara/Saudari yang masih belum mendapatkan surat kebenaran di dalam sistem diminta untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan dikemudian hari.

Terima kasih.
Sekiranya anda adalah pelajar yang dipanggil untuk kembali ke kampus pada fasa kedua, bilakah tarikh pergerakan anda?
Anonymous Poll
22%
17 Mei 2021
15%
18 Mei 2021
20%
19 Mei 2021
42%
20 Mei 2021
UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned «Sekiranya anda adalah pelajar yang dipanggil untuk kembali ke kampus pada fasa kedua, bilakah tarikh pergerakan anda?»
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimajukan semula senarai terkini pelajar yang dipanggil kembali ke kampus fasa kedua untuk rujukan saudara/saudari.
Nota:
Senarai yang tidak mempunyai sebarang warna merupakan pelajar berkeperluan akademik (kategori 1) sahaja.
Untuk makluman saudara/saudari, sistem Saring C19 UiTM ditutup buat sementara waktu. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui telegram channel https://t.me/uitmkpg.

Maaf atas segala kesulitan.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rentetan daripada hebahan Pekeliling Naib Canselor UiTM Bil.7/2021 yang dikeluarkan semalam, pihak UiTM Cawangan Johor akan mengeluarkan pemakluman rasmi pada hari ini, 18/05/2021.

Sehubungan itu, semua pelajar yang belum memulakan perjalanan dicadangkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan sehingga pemakluman rasmi dikeluarkan. Manakala pelajar yang sedang dalam perjalanan kembali ke kampus atau telah tiba di kampus, pelajar dibenarkan untuk meneruskan perjalanan / pendaftaran seperti yang telah dirancang.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersama ini disertakan Pemakluman Pengoperasian Akademik UiTM Cawangan Johor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor perlu mematuhi peraturan tersebut.

Sekian, harap maklum.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatikan kepada semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang.

Seperti sedia maklum, pemakluman pengoperasian akademik UiTM Cawangan Johor dalam tempoh PKP 3.0 telah dikeluarkan pada 18 Mei 2021. Sehubungan itu, pelajar yang telah disenaraikan dibawah kategori B40/kategori 2 boleh mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus melalui sistem Saring C19 UiTM dan pergerakan dibenarkan sehingga 20 Mei sahaja. Senarai pelajar yang terlibat adalah seperti yang telah dikeluarkan (warna BIRU sahaja).

Sila pastikan anda telah mencetak surat kebenaran tersebut untuk ditunjukkan dipintu masuk utama kampus. Pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kampus.


PENTING:
Pelajar TIDAK DIBENARKAN hadir ke kampus tanpa surat kebenaran.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelajar yang menjalani isolasi di kampus dibenarkan mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan sekiranya tidak sihat.

Waktu operasi Unit Kesihatan :

*Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang*
*Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang*

(Waktu rehat : 1:00 - 2:00 petang)

Jika terdapat kecemasan, sila hubungi 07-381 8715.

Peringatan :

1. Hanya pelajar yang ingin mendapatkan rawatan sahaja dibenarkan ke Unit Kesihatan
2. Pelajar hanya dibenarkan ke Unit Kesihatan sahaja dan kembali ke ruang isolasi semula setelah selesai menerima rawatan.
3. Sila maklumkan ke Unit Kesihatan di talian 07-3818710/8715/8716 sebelum mendapatkan rawatan.
4. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan (memakai face mask, scan QR code yang telah disediakan).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/Saudari,

Berikutan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 28 Mei 2021 berkaitan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi, semua pelajar adalah diminta untuk kekal bertenang dan menunggu pemakluman rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak universiti dalam masa terdekat.

Semua pelajar dinasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mencetuskan panik dalam kalangan warga.

Akhir sekali, semua pelajar diminta untuk sentiasa memastikan pematuhan SOP yang telah digariskan oleh MKN dan KKM bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sekian, terima kasih.

#StaySafe
#KitaJagaKita
#PatuhSOP

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
28 Mei 2021