UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned «Sekiranya anda adalah pelajar yang dipanggil untuk kembali ke kampus pada fasa kedua, bilakah tarikh pergerakan anda?»
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dimajukan semula senarai terkini pelajar yang dipanggil kembali ke kampus fasa kedua untuk rujukan saudara/saudari.

Nota:
Senarai yang tidak mempunyai sebarang warna merupakan pelajar berkeperluan akademik (kategori 1) sahaja.

Untuk makluman saudara/saudari, sistem Saring C19 UiTM ditutup buat sementara waktu. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui telegram channel https://t.me/uitmkpg.
Maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih.
Maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih.
Telegram
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
FASA 2_PELAJAR MENUMPANG.pdf
Ralat: Dimajukan semula senarai terkini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rentetan daripada hebahan Pekeliling Naib Canselor UiTM Bil.7/2021 yang dikeluarkan semalam, pihak UiTM Cawangan Johor akan mengeluarkan pemakluman rasmi pada hari ini, 18/05/2021.
Sehubungan itu, semua pelajar yang belum memulakan perjalanan dicadangkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan sehingga pemakluman rasmi dikeluarkan. Manakala pelajar yang sedang dalam perjalanan kembali ke kampus atau telah tiba di kampus, pelajar dibenarkan untuk meneruskan perjalanan / pendaftaran seperti yang telah dirancang.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.

Bersama ini disertakan Pemakluman Pengoperasian Akademik UiTM Cawangan Johor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor perlu mematuhi peraturan tersebut.
Sekian, harap maklum.

Perhatikan kepada semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang.
Seperti sedia maklum, pemakluman pengoperasian akademik UiTM Cawangan Johor dalam tempoh PKP 3.0 telah dikeluarkan pada 18 Mei 2021. Sehubungan itu, pelajar yang telah disenaraikan dibawah kategori B40/kategori 2 boleh mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus melalui sistem Saring C19 UiTM dan pergerakan dibenarkan sehingga 20 Mei sahaja. Senarai pelajar yang terlibat adalah seperti yang telah dikeluarkan (warna BIRU sahaja).
Sila pastikan anda telah mencetak surat kebenaran tersebut untuk ditunjukkan dipintu masuk utama kampus. Pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kampus.
PENTING:
Pelajar TIDAK DIBENARKAN hadir ke kampus tanpa surat kebenaran.
Sekian, dimaklumkan.
Terima kasih.
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pelajar yang menjalani isolasi di kampus dibenarkan mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan sekiranya tidak sihat.
Waktu operasi Unit Kesihatan :
*Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang*
*Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang*
(Waktu rehat : 1:00 - 2:00 petang)
Jika terdapat kecemasan, sila hubungi 07-381 8715.
Peringatan :
1. Hanya pelajar yang ingin mendapatkan rawatan sahaja dibenarkan ke Unit Kesihatan
2. Pelajar hanya dibenarkan ke Unit Kesihatan sahaja dan kembali ke ruang isolasi semula setelah selesai menerima rawatan.
3. Sila maklumkan ke Unit Kesihatan di talian 07-3818710/8715/8716 sebelum mendapatkan rawatan.
4. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan (memakai face mask, scan QR code yang telah disediakan).

Saudara/Saudari,
Berikutan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 28 Mei 2021 berkaitan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi, semua pelajar adalah diminta untuk kekal bertenang dan menunggu pemakluman rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak universiti dalam masa terdekat.
Semua pelajar dinasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mencetuskan panik dalam kalangan warga.
Akhir sekali, semua pelajar diminta untuk sentiasa memastikan pematuhan SOP yang telah digariskan oleh MKN dan KKM bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sekian, terima kasih.
#StaySafe
#KitaJagaKita
#PatuhSOP
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
28 Mei 2021

PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UiTM KAMPUS PASIR GUDANG
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), BHEA UiTM kampus Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk menyediakan sepenuhnya perkhidmatan secara atas talian. Semua informasi terutama berkaitan dengan pelajar dan pensyarah akan dimasukkan di dalam Google Sites HEA UiTMPG. Maklumat di dalam sites ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan serta arahan KPT/MKN/KKM dan UiTM. Pautan adalah seperti berikut:
Google Sites HEA UiTMPG: https://sites.google.com/uitm.edu.my/heauitmpg
Sekian dimaklumkan.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
30 Mei 2021 | AHAD

Google
ANJUNG
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Johor berperanan dalam menguruskan hal ehwal akademik pelajar dan membantu pihak pentadbir akademik universiti dan pensyarah dalam memastikan misi, visi dan objektif akademik UiTM Cawangan Johor tercapai.
Bahagian…
Bahagian…
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
*GARIS PANDUAN BAGI PENGURUSAN PELAJAR DALAM TEMPOH PKP*
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Merujuk kepada Pekeliling Bilangan 8 Tahun 2021, Pekeliling Pelaksanaan Pengoperasian UiTM Bagi Pelajar Dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 : 1 - 14 Jun 2021. Semua pelajar mestilah mematuhi, memahami dan melaksanakan arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pengurusan UiTM.
3. Semua pelajar yang berada di kampus atau di rumah masing-masing adalah diwajibkan untuk membuat Deklarasi Harian Saringan Risiko Covid-19 setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu.
4. Pelajar yang berada di kampus diminta kekal berada di kampus masing-masing.
5. Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah dilaksanakan secara dalam talian.
6. Tiada sebarang pergerakan masuk dan keluar pelajar dalam tempoh PKP fasa 1. Pelajar yang belum kembali ke kampus hendaklah kekal di rumah masing-masing.
7. Pergerakan pelajar hanya di sekitar kolej kediaman dan Medan Selera Sri Mersing (MSSM) / koperasi / kedai runcit di Budisiswa dengan SOP dan tidak secara berkumpulan.
8. Hanya sukan atau riadah secara individu sahaja dibenarkan bermula 7:00 pagi hingga 8:00 malam (bagi yang berada di kampus).
9. Bagi sebarang keperluan mendesak, pelajar boleh berhubung dengan pihak SRK (seperti di lampiran).
10. Pergerakan pelajar yang berada di kolej bagi tujuan vaksinasi hendaklah dirujuk kepada Unit Kesihatan di talian 07-381 8709 (waktu pejabat) bagi tindakan selanjutnya.
11. Medan Selera Sri Mersing (MSSM) / koperasi / kedai runcit di Budisiswa adalah dibenarkan beroperasi antara 8:00 pagi hingga 8:00 malam.
12. Pelajar diingatkan untuk mengelakkan 3S/3C (Sesak, Sempit dan Sembang dekat) serta mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn) atau kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan patuhi amaran KKM.
Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Mei 2021 | Isnin