UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Saudara/Saudari yang dihormati,

Sila ambil perhatian dengan tarikh akhir bayaran yuran sesi 20232 (Semester Mac-Ogos 2023)

1 SEPTEMBER 2023

ELAK DARIPADA MEMBUAT PEMBAYARAN DI SAAT-SAAT AKHIR!!
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2023 yang dijadualkan pada Oktober 2023 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 (tidak termasuk caj RM1) dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUET32023 selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2023 (Isnin), jam 11.59 malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 160 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MUET SESI 3/2023 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

Dukacita dimaklumkan bahawa slot menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2023 di UiTM Kampus Pasir Gudang TELAH PENUH dan secara rasminya adalah DITUTUP.

Pemakluman lanjut akan diberikan kemudian bagi pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran. Manakala pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dinasihati untuk mendaftar sebagai calon persendirian melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
06 OGOS 2023 | AHAD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan

KAJIAN PELAKSANAAN STRUCTURED ASSESSMENT MECHANISME (SAM) SESI MAC 2023 – OGOS 2023 (UNTUK PELAJAR SAHAJA)

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. BPPA berhasrat mendapatkan maklumbalas pelaksanaan Structured Assessment Mechanisme (SAM) terhadap pelajar UiTM.

3. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar dan seterusnya memantapkan pengurusan pentaksiran dan penilaian di UiTM. Berikut disertakan pautan yang perlu diisi oleh pelajar : https://bit.ly/SAM_MAC2023

4. Pihak kami memohon kerjasama setiap PTJ untuk membuat hebahan kepada pelajar. Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PM Ts Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad
Pengarah BPPA, UiTM
Mohon perhatian semua pelajar berkaitan tarikh akhir bayaran bil dan yuran pengajian. Pihak UiTM tidak bertanggungjawab sebarang tindakan yang dikenakan atas kelewatan tindakan pelajar.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN MEDIUM SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2022/2023

Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM boleh membuat semakan keputusan peperiksaan akhir Sesi 2 2022/2023 (Mac - Ogos 2023) melalui MyStudent (https://mystudent.uitm.edu.my) bermula 08 September 2023 (Jumaat), 9.00 Pagi.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
06 September 2023 | Rabu
Assalamualaikum WBT dan
Salam Sejahtera

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR (SESI OKTOBER 2023 – FEBRUARI 2024)

Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan zakat pelajar UiTM Cawangan Johor akan dibuka bermula 21 September 2023 (Khamis) hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat).

Sehubungan dengan itu, permohonan akan dilakukan secara atas talian melalui laman
web:
https://linktr.ee/uzswuitmjohor

Disertakan juga syarat permohonan dan senarai dokumen sokongan sebagai rujukan untuk perhatian dan tindakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

KAMPUS SEGAMAT
Ustazah Mahasin (07-9352193/2295)
Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)

KAMPUS PASIR GUDANG
Dr. Mohd Rilizam (07-3818459)

Sekian, terima kasih

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR
Aktiviti Pendaftaran Kursus
Kalendar Akademik
Semester Oktober 2023 - Februari 2024 (2024)
(Program Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana & PhD)
Skim Bantuan Zakat 2023

PENDAFTARAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DALAM NEGARA
PERINGKAT SIJIL, DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER PERTAMA

SYARAT AM
❇️ Warganegara Malaysia beragama Islam.
❇️ Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor.
❇️ Mendapat surat tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan.
❇️ Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
❇️ Terbuka untuk kemasukan pendaftaran SEMESTER PERTAMA SAHAJA.

KADAR BANTUAN
⭐️ Sijil RM500
⭐️ Diploma RM1,000
⭐️ Ijazah RM1,500

Layari laman sesawang berikut untuk membuat permohonan https://epayment.maij.gov.my
Perhatian kepada Semua Pelajar Sesi Akademik Oktober 2023 - Mac 2024 (20234)

Sepertimana semua sedia maklum, tarikh akhir bayaran yuran pengajian adalah pada 23 November 2023 (Khamis). Kegagalan pembayaran dibuat dalam tempoh boleh menyebabkan anda di gugur taraf.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk menjelaskan yuran sebelum tarikh tersebut, pelajar boleh memohon penangguhan pembayaran yuran sebelum 20 November 2023 melalui pautan berikut : https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ (tertakluk kepada kelulusan oleh pihak fakulti/HEA).

Mohon kerjasama semua pelajar untuk mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Universiti sepertimana yang dinyatakan dalam kalendar akademik bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran & peperiksaan/penilaian akhir.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP),
Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

#uitmdihatiku