UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Datin Paduka / Prof / Tuan / Puan

SESI TAKLIMAT DAN KAUNTER PENDAFTARAN PELAKSANAAN SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor akan mengadakan sesi taklimat dan membuka kaunter pendaftaran pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) seperti butiran berikut:-

Tarikh : 28 Januari 2024 (Ahad) - HARI INI!
Masa : Sesi taklimat - 9:00 pagi - 9:30 pagi
: Kaunter pendaftaran - 9:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Ruang Legar, Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)


3. Sesi ini akan memudahkan warga kampus dengan membantu proses pengisian maklumat yang diperlukan dan menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan pelaksanaan sistem tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang di kalangan staf dan pelajar adalah dijemput untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Sekian, semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Terima kasih.
PERINGATAN AKHIR‼️
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, 29 Januari 2024 (esok) merupakan hari pertama peperiksaan akhir Sesi Januari 2024. Para pelajar diminta untuk memastikan telah bersedia dengan keperluan berikut:

• Kad Pelajar (KPS)
• Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan
• Alat tulis

Pakaian semasa menduduki peperiksaan adalah FORMAL. Pelajar juga digalakkan berpakaian formal bagi peperiksaan selain hari Isnin.

Pastikan anda tidak lewat dan hadir 45 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula.

Jangan lupa memohon keampuan daripada kedua ibu bapa serta guru-guru (pensyarah) dan minta doa restu mereka.

Semoga pelajar-pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat maju jaya! 🌹


Ikhlas daripada,

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Kata-kata memang mudah keluar, namun kebijaksanaan sejati terletak pada kekuatan pemikiran. Berbicara boleh dilakukan oleh ramai orang, tapi dalam menggali makna dari setiap kata-kata memerlukan sedikit orang yang berfikir.

Oleh itu, berfikirlah sebelum bercakap, kerana kebijaksanaan bukanlah tentang seberapa banyak kita berbicara, tetapi seberapa dalam kita berfikir sebelum mengucapkan kata-kata.

Petikan pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka

#MalaysiaMadani
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#GRU2025 #CakapBaikBaik
#PantunPujangga
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Pelaksanaan Pendaftaran Pelajar Baharu dan Sesi Perkualiahan Tiga Minggu Pertama Bagi Sesi II 2023/2024 (Mac - Ogos 2024).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hal Ehwal Akademik UiTM

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
[Pemakluman] Pelajar boleh membuat semakan liputan akses internet di kawasan masing-masing melalui laman sesawang https://jendela.my/ (Peta > Semak Liputan).

Pelajar bertanggungjawab memastikan kediaman/ lokasi menetap mempunyai akses internet serta tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada tiga minggu pertama semester hadapan.

#UiTM #UiTMDiHatiku
#UiTM25Tahun
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝟯 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶. 𝗞𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗚𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 (𝗦𝗞𝗣𝗚 𝟭) 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗲-𝟵𝟵 (𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟭 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯).

Sila imbas kod QR yang disediakan di poster atau klik pautan berikut: http://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023

Sistem kajian telah dibuka pada 27 November 2023 dan akan ditutup pada tarikh akhir 𝟮𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia Kajian Pengesanan Graduan, Bahagian Transformasi Universiti UiTM di alamat emel berikut: ge@uitm.edu.my

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat. Bangun awal, makan makanan yang berkhasiat, bersenam, dan refleksi diri untuk memperbaiki rohani dan insani dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis-majlis ilmu.

Kejarlah peluang dan luaskan pengalaman menerusi latihan praktikal (internship), bekerja separuh masa atau ‘freelance’, atau mengikuti aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan. Sebaiknya, kita gunakan masa terluang ini untuk mula membina portfolio masing-masing.

Bukan apa, waktu inilah kita boleh teroka kemahiran dan bakat kendiri! Boleh bina rangkaian industri, boleh juga kalau pergi melancong dan luaskan pengetahuan dengan budaya asing.

Tapi, jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati dan jaga diri serta keselamatan semua termasuklah insan yang tersayang.

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
Janji dan hutang merupakan dua perkataan yang berkait dengan integriti dan kejujuran seseorang.

Janji adalah tanda kepercayaan, dan membayar hutang adalah bentuk penghormatan terhadap diri sendiri dan orang lain.

Anda ada janji dan hutang yang belum dilunaskan?

Petikan pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#PantunPujangga
📌Untuk perhatian semua pelajar UiTM‼️
اندا سوده برسديا اونتوق كڤوتوسن ڤڤريقسأن ايسوق؟

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengucapkan Tahniah dan Syabas atas pencapaian mahasiswa untuk keputusan Peperiksaan Semester Oktober 2023 - Februari 2024.

تروسكن اوسها اندا

Ikhlas daripada seluruh Warga UiTM

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
Makluman Terkini‼️
‼️PENGUMUMAN‼️
.
HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA UiTM SESI 2 2023/2024 (KEMASUKAN MAC 2024)
.
Semakan surat tawaran Program Penerapan Pra Diploma ke Diploma UiTM boleh dibuat mulai 8 Mac 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang.
.
Panduan bagi menyemak surat tawaran dan pendaftaran dalam talian boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar seperti di bawah:
https://youtu.be/UxV6EaoUhZs
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Surat Tawaran : https://online.uitm.edu.my
Semak Syarat : https://selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 8067
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my
سلامت داتڠ

Di sini, pintu ilmu terbuka lebar untukmu, dan setiap langkahmu akan menjadi sebahagian dari perjalanan yang penuh pengetahuan, dan pencapaian. Semoga pengalamanmu di sini dipenuhi warna, membina hubungan yang erat, membawa kebahagiaan serta kejayaan dunia dan akhirat.

Bersiaplah untuk menjelajahi dunia ilmu pengetahuan yang luas dan menakjubkan! Semoga terus bersemangat!

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun