UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟭𝟬𝟬

Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-100. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 akan berlangsung bermula pada 13 November hingga 12 Disember 2024 mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ UiTM Shah Alam - 13 November hingga 28 November 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sarawak - 4 Disember hingga 5 Disember 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sabah - 11 Disember hingga 12 Disember 2024

Graduan dinasihatkan membaca soalan-soalan lazim (FAQ):
https://bit.ly/FAQKonvoUiTM100

Group Telegram Konvo UiTM ke-100: https://bit.ly/TeleKonvo100

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-100, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZBBcTnVbHKY0JSaMF6t8YPC&si=v39LJaMbktz6zZeC

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#KonvoUiTM100
📣 PENGUMUMAN 📣

1️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN SESI 2 2024/2025.

2️⃣ PERMOHONAN TAHUN AKHIR DIPLOMA UiTM (PENERAPAN) KE PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN SESI 2 2024/2025.


3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL AMBILAN SESI 2 2024/2025.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: online.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798
📧 pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443172 / 0355443167
📧 pengambilan@uitm.edu.my
🔖 HEBAHAN IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2024/2025, AMBILAN MAC 2025

Permohonan program Pra Diploma UiTM dibuka melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 1 November 2024 - 31 Januari 2025 .

PROGRAM YANG DITAWARKAN
▪️ Pra Diploma Perdagangan (BA002|BA003)
▪️ Pra Diploma Sains (AS007|AS008)
▪️ Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002|AS003)
▪️ Pra Diploma Agroteknologi (AT001|AT002)
▪️ Pra Diploma Pengajian Islam (IC001|IC002)

🔀 Laman Panduan Pra Diploma: https://sites.google.com/uitm.edu.my/prauitm

👇 TIGA LANGKAH MUDAH
1️⃣ Isi Borang Permohonan Nombor Pin PERCUMA Pra Diploma https://bit.ly/pinpra (Bermula 1 November 2024)
2️⃣ Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan.
3️⃣ Emelkan dokumen2 diperlukan yang telah disahkan. Rujuk https://bit.ly/pradoc

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀

@followers
@topfans

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA

Unit Diploma & Pra Diploma
📲Emel: pra.shahalam@uitm.edu.my
📲NO Tel: 03-5544 3178 |3193 | 3165
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SISTEM VALIDASI DIBUKA BAGI SESI 1 2024/2025 (20244)

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem validasi melalui portal pelajar telah dibuka bagi tempoh 01 - 17 Nov 2024. Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki membuat proses validasi dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah kelak. Keperluan cetakan salinan adalah seperti berikut:

• 1 Salinan - Simpanan Pelajar
• ⁠1 Salinan - Simpanan PA
• ⁠1 Salinan - Serah di kaunter BHEA

Perhatian dan tindakan semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
JEMPUTAN KE PEMBUKAAN BOOTH KAD PRIHATIN SISWA JOHOR BAGI PENYALURAN BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Tarikh: 11 November 2024 (Isnin)
Masa: 10:00 pagi - 3:00 petang
Tempat: Medan Selera Sri Mersing

*Semua pelajar dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat dan bantuan pelajaran selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
10 November 2024
PERHATIAN‼️

TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025 (SESI 20244)

Semua pelajar UiTMPG,

Sila pastikan pembayaran yuran pengajian bagi Semester Oktober 2024 - Februari 2025 (Sesi 20244) telah dilakukan selewat-lewatnya pada 29 November 2024 untuk mengelak daripada dikenakan tindakan GUGUR TARAF (GT).

Sekiranya pelajar mempunyai kekangan untuk membuat pembayaran yuran pengajian sebelum tarikh tersebut, sila mohon penangguhan pembayaran yuran dengan kadar segera selewat-lewatnya pada 29 November 2024 melalui kaedah berikut:

• Portal Pelajar > Klik fee deferment atau;
• https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Selamat bercuti kepada semua pelajar. Manfaatkan cuti yang ada dengan aktiviti berfaedah.

Jumpa di minggu kuliah ke-7! 🌹
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar UiTMPG,

PERMOHONAN RAYUAN DAFTAR/ GUGUR KURSUS LEWAT/ LUAR TEMPOH SESI 1 2024/2025 DIBUKA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, sistem permohonan rayuan daftar/ gugur kursus lewat/ luar tempoh bagi Sesi 1 2024/2025 (20244) telah dibuka. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai keperluan tersebut boleh menghantar permohonan melalui portal pelajar atau laman sesawang iStudent dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.

Perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
HEBAHAN : KEMPEN CASHLESS TRANSACTION (UiTM-PAYNET)

2. Untuk makluman warga kampus, UiTM Cawangan Johor sedang menyertai Kempen Cashless Transaction dengan kerjasama pihak PayNet.

3. Sehubungan dengan itu, warga kampus (pelajar dan staf) amat digalakkan membuat sebarang pembayaran / transaksi secara dalam talian / QR Code di semua premis Ruang Niaga UiTM Kampus Pasir Gudang seperti di Medan Selera Sri Mersing, kedai di Bangunan Budisiswa dan pasar malam bagi memastikan peratusan transaksi di UiTM Kampus Pasir Gudang mencapai target yang tinggi.

4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan / Saudara / Saudari amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Peringatan akhir‼️
Perhatian kepada pelajar yang mendaftar sebagai calon persedirian bagi MUET Sesi 3/2024
Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat ‼️📣📣📣
🔥 MODUL ASPIRASI UTAMA (USAHA, TAKWA, MULIA) 🔥

Modul UTAMA (Usaha, Takwa, Mulia) merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan memupuk nilai Kemahiran Insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, jati diri, kesihatan mental serta melatih pelajar dalam mendepani cabaran masa depan negara selaras hasrat di peringkat Bahagaian Hal Ehwal Pelajar UiTM Se-Malaysia.

Modul UTAMA ini diwajibkan kepada semua pelajar Semester 1. Semua peserta akan diberikan e-merit dan sarapan juga disediakan.

📅 Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
**Pendaftaran dan sarapan jam 7:30 pagi di Medan Selera Sri Mersing
📍 Lokasi: Pusat Islam, Perpustakaan Tun Dr Ismail dan sekitar kampus

Sebarang persoalan boleh hubungi:
07-3818035
Unit Kepimpinan Pelajar,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
‼️PENTING‼️ 📣📣📣

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGOPERASIAN JADUAL WAKTU KULIAH AKADEMIK SESI 1 2024/2025 BAGI TAHUN 2025
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

SISTEM PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20244 DIBUKA SEMULA

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA SEMULA bagi tempoh 12 - 20 Disember 2024. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 10 Januari 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SESI 1 2024/2025 SEMPENA CUTI KHAS PERAYAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua pelajar UiTMPG, iklan permohonan MUET Sesi 1/2025 di Pusat Peperiksaan UiTM Kampus Pasir Gudang akan dikeluarkan pada HARI INI jam 12.00 tengah hari melalui saluran telegram ini.

Mohon semua pelajar bersedia kerana slot adalah terhad untuk 200 orang sahaja.

Stay tuned! 😉