UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SISTEM PERMOHONAN MINI TRANSKRIP DAN DOKUMEN PELAJAR

Untuk makluman, sistem permohonan mini transkrip dan dokumen pelajar akan ditutup sementara bermula 31 Januari 2025 (hari ini), jam 5.00 petang bagi memberi laluan kepada proses peperiksaan akhir.

Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai keperluan boleh membuat permohonan dengan kadar segera selewat-lewatnya jam 4.30 petang hari ini bagi tindakan HEA selanjutnya. Sistem akan dibuka semula pada 14 Mac 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Januari 2025 | Jumaat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, peperiksaan akhir Sesi Februari 2025 akan berlangsung sepanjang tempoh 03 - 20 Februari 2025. Sehubungan itu, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang boleh merujuk dan memahami panduan peperiksaan akhir yang telah disediakan sebagai persiapan awal.

Pelajar juga boleh rujuk taklimat ringkas yang telah disediakan melalui pautan https://youtu.be/mcombc7nTnA.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
TATACARA SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI FEB 2025 (UNTUK PELAJAR)

๐Ÿ“Œ Semak Tarikh dan Masa Peperiksaan

โ€ข Portal Pelajar, atau;
โ€ข https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm

๐Ÿ“Œ Semak Lokasi dan Kedudukan Peperiksaan

โ€ข โ http://10.92.1.23/emas/emas.php (guna wifi UiTM sahaja)
โ€ข Pilih โ€œJadual Peperiksaan Pelajarโ€
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR FEB 2025.pdf
Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa ๐Ÿ‘‡

โœ… Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal
โœ… Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam)
โœ… โ Kalkulator (jika berkaitan)
โœ… Pas masuk (kad pelajar & slip peperiksaan)
โœ… Pakaian mengikut SRD peperiksaan
โœ… Datang awal (8.30 pagi masuk dewan)

Semoga semua pelajar beroleh kejayaan ๐ŸŒน
PERINGATAN MESRAโ€ผ๏ธ

Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) sepanjang peperiksaan seperti poster di atas.

Nota:
โ€ข Jaket fakulti โŒ
โ€ข Seluar jeans โŒ
โ€ข Jubah (Jumaat) โŒ
โ€ข Kurta (Jumaat) โŒ
UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned ยซKepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa ๐Ÿ‘‡ โœ… Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal โœ… Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam) โœ… โ Kalkulator (jika berkaitan) โœ… Pas masuk (kad pelajar &โ€ฆยป
Peringatan kepada semua pelajarโ€ผ๏ธ

Sepanjang pengajian di UiTM, elakkan dari melakukan tindakan yang boleh memperjudikan masa depan diri sendiri. Anda datang dengan harapan, biarlah pulang dengan kejayaan.

Semoga berjaya ๐ŸŒน
PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUOnlineยฎ๏ธ BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

๐Ÿ“Œ FASA 1
๐Ÿ—“๏ธ 10 Februari 2025 โ€“ 14 Mac 2025 

๐Ÿ“Œ FASA 2 *
๐Ÿ—“๏ธ 14 April 2025 โ€“ 18 Mei 2025

* program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa 2.

๐Ÿ—๏ธ PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUOnlineยฎ๏ธ MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
๐Ÿ—“๏ธ Bermula 9 Februari 2025

๐Ÿ“ 350 Kaunter Cawangan
๐Ÿง 700 mesin ATM BSN
๐ŸŒ Perbankan Internet myBSN

Jangan lepaskan peluang untuk merebut 350 program yang disediakan untuk lepasan SPM manakala 1,131 program ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT.

Pautan Kenyataan Media:
https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/kenyataan-media-permohonan-upuonline-r-bagi-kemasukan-ke-ipta-dan-mara-bpt-sesi-akademik-2025-2026

#uitmdihatiku
#uitmpilihanutama

Panjangkan (share/forward) kepada kenalan, sahabat handai, sanak saudara atau ahli keluarga yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di menara gading.
Perhatianโ€ผ๏ธ ๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰

Pemakluman Keputusan MUET Sesi 3/2024
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, EXIT Survey dan SuFO bagi sesi 20244 (Oct - Feb 2025) telah dilanjutkan sehingga 23 Feb 2025. Semua pelajar diminta untuk melengkapkan Survey tersebut di UFUTURE sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

Jabatan Akademik & Antarabangsa
12 Feb 2025
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2024

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 2 2024 (kemasukan Mac 2025) bagi kategori berikut boleh disemak mulai 21 Februari 2025 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
โžœ Lepasan STPM
โžœ Lepasan STAM
โžœ Lepasan Matrikulasi KPM
โžœ Lepasan Asasi UiTM
โžœ Lepasan ASASIpintar UKM
โžœ Lepasan Asasi Sains UM
โžœ Lepasan Diploma IPT Lain
โžœ Lepasan DVM
โžœ Lepasan DLKM
โžœ Penerapan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar dalam talian adalah pada 21 Februari 2025 hingga 09 Mac 2025 sahaja. Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—˜๐—ฃ : ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—™๐—ข๐—ข๐—— ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” & ๐——๐—”๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—›๐—˜๐—ฃ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—š๐—จ๐——๐—”๐—ก๐—š

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Datoโ€™ / Datin / Prof. / Tuan / Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah melancarkan inisiatif Food Bank Siswa dan Dapur HEP dalam membantu meringankan beban mahasiswa yang kurang berkemampuan terutamanya dalam kalangan B40 dengan membekalkan makanan percuma kepada para pelajar. Inisiatif ini beroperasi sepenuhnya atas sumbangan daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), warga kampus, alumni dan sumbangan persendirian.

3. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM dipelawa untuk menyumbang ke Tabung Amanah Food Bank Siswa dan Dapur HEP bagi memastikan kelangsungan bantuan yang dibekalkan kepada para pelajar.

Sekian, terima kasih.