UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20254

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA bagi tempoh 30 Sep - 02 Nov 2025. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 09 Januari 2026.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT TAJAAN DI PORTAL MYSTUDENT

Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengemaskini status tajaan secara kendiri di MyStudent setiap awal semester seperti panduan di atas.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

PERINGATAN MESRA: TARIKH-TARIKH PENTING AKTIVITI AKADEMIK SESI 1 2025/2026

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan kalendar akademik UiTM Sesi 1 2025/2026, beberapa tarikh penting telah disenaraikan untuk rujukan semua pelajar. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk cakna akan tarikh-tarikh penting seperti dilampirkan supaya tidak mengganggu proses akademik pada semester ini.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋 𝐌𝐎𝐃 𝐒𝐌𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 & 𝐈𝐉𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐒/𝐌
OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026 (20254)

‼
️‼️ Tempoh dibenarkan : 2 Okt 2025 - 2 November 2025 ‼️‼️

Pelajar perlu menjana bil dengan 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍𝐆 “𝑪𝑶𝑵𝑭𝑰𝑹𝑴 & 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑻𝑬” selepas memuktamadkan jumlah subjek yang didaftarkan. Sebarang perubahan selepas menekan butang tersebut tidak akan mengubah bil pelajar. Pastikan subjek yang didaftarkan adalah muktamad sebelum penjanaan dilakukan.

Butang hendaklah ditekan sebelum @ pada tarikh akhir pendaftaran subjek.

Bil akan dipaparkan dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan dilakukan.

**kegagalan pelajar menekan butang tersebut akan menyebabkan bil tidak dapat dijana dan seterusnya digugur taraf kerana bayaran tidak dilaksanakan lantaran ketiadaan bil
HEBAHAN IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE SESI 2 2025/2026 BAGI PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SEPENUH MASA

Berita baik kepada calon-calon yang masih belum mendapat tempat di mana - mana Universiti Awam, gagal mendapat tawaran UPU dan masih berminat ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, butiran permohonan adalah seperti berikut:

📆 : 29 Oktober - 1 Disember 2025
🖥 : pengambilan.uitm.edu.my (permohonan ➡️ via UiTM Online)
🏧 : Pembelian No. Pin BSN - UiTM
i) Program 7 (RM10) - Penerapan Semester Akhir
ii) Program 10 (RM17) - STPM/ASASI/MATRIKS/STAM/DVM/DLKM/Diploma UiTM/Diploma IPT Lain

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT AM & KHAS SEBELUM MEMOHON. SEMAK SYARAT & KELAYAKAN DI PAUTAN :
🔗 selangkah.uitm.edu.my


Permohonan : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

🏢 Unit Sarjana Muda, Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
📱 No. Tel : 03-5544 3198 / 3174 / 3195 / 2798 / 2797
📩Emel : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
🔖 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔

Permohonan Program Pra Diploma UiTM dibuka melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
🔹 Pra Diploma Perdagangan (BA002|BA003)
🔹 Pra Diploma Sains (AS007|AS008)
🔹 Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002|AS003)
🔹 Pra Diploma Agroteknologi (AT001|AT002)
🔹 Pra Diploma Pengajian Islam (IC001|IC002)

👇 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍
1️⃣ Lengkapkan Borang Permohonan Nombor Pin PERCUMA Pra Diploma https://bit.ly/pinpra (Bermula 1 November 2025 )
2️⃣ Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan .
3️⃣ Emelkan dokumen2 diperlukan yang telah disahkan. Rujuk https://bit.ly/pradoc

Sekian, dimaklumkan.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 & 𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐎 𝟏

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor DE

@followers
@topfans

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
👉Laman Panduan Pelajar Pra Diploma: https://bit.ly/panduanpra

𝐔𝐧𝐢𝐭 Diploma & 𝐏𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚
No. Tel : 03-5544 3178 | 3193 | 3191
Emel: pra.shahalam@uitm.edu.my
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SISTEM VALIDASI DIBUKA BAGI SESI 1 2025/2026 (20254)

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem validasi melalui portal pelajar telah dibuka bagi tempoh 03 - 09 Nov 2025. Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki membuat proses validasi dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah kelak. Keperluan cetakan salinan adalah seperti berikut:

• 1 Salinan - Simpanan Pelajar
• ⁠1 Salinan - Simpanan PA
• ⁠1 Salinan - Serah di kaunter BHEA

Perhatian dan tindakan semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Forwarded from Shaif Anr
Permohonan Penangguhan Bayaran Yuran Akademik Dilanjutkan
Forwarded from Shaif Anr
As salam, kepada pelajar yang belum mohon, masih ada masa untuk isikan permohonan.
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN PEMBATALAN GUGUR TARAF SESI 20254

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) kini boleh disemak melalui portal pelajar bermula 08 Disember 2025 (Isnin). Suka untuk diingatkan bahawa tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan RPGT adalah pada 19 Disember 2025.

3. Pelajar yang diluluskan RPGT juga boleh membuat permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian selewat-lewatnya pada 19 Disember 2025 melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

[NOTA PENTING‼️]

Tarikh Akhir Bayaran Bagi Pelajar Yang Diluluskan Penangguhan Yuran Pengajian 👇

• 09 Januari 2026

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

DIBUKA: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2026 yang dijadualkan pada April 2026 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ412026.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ412026 selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 (Rabu), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟮 – 𝟮𝟴 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱

Gunakan cuti sebagai peluang menyiapkan tugasan dan memperbaiki diri. Jangan bertangguh, kerana sikap itu jalan menuju kegagalan. Hargai masa, tunaikan amanah, dan terus maju.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku
Untuk makluman, slot untuk MUET Sesi 1/2026 di UiTM Kampus Pasir Gudang berbaki 70 tempat sahaja lagi. Jangan tunggu lagi, mohon sekarang‼️
PENGUMUMAN‼️

HEBAHAN PANGGILAN UJIAN MEDSI BAGI SESI KEMASUKAN 2 2025/2026 (KEMASUKAN MAC 2026)

Hebahan panggilan Ujian MEDSI boleh disemak mulai 26 Disember 2025 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.*

Layari imedsi.mohe.gov.my

Tarikh Ujian MEDSI adalah mulai 05 hingga 09 Januari 2026


Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2797/ 2798
Emel Unit Sarjana Muda:
pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Nasihat Imam Syafie 6 perkara dalam menuntut ilmu:

Pertama: الذكاء ( kecerdasan) bermaksud pemikiran yang baik dan pantas.Mengasah tahap pemikiran agar terus memahami apa yang dipelajari

Kedua: الحرس (pemerhatian) seorang penuntut ilmu perlu fokus dan memberi perhatian di dalam kelas

Ketiga: الاجتهاد (semangat@kesungguhan) semangat dan kesungguhan dalam menuntut ilmu

Keempat: بلغة (bekalan/biaya) ramai ulama yg sanggup menjual harta benda mereka hanya untuk menuntut ilmu.

Kelima: صحبة أستاذ (berteman dengan guru) menuntut ilmu dengan berguru

Keenam:طول الزمان (masa yang lama) menuntut ilmu perlukan masa yang lama.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍‼

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 (𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍) 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Hebahan panggilan temu duga Program Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) boleh disemak mulai 𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮) 𝐣𝐚𝐦 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠.

Bagi calon yang tidak dipanggil ke sesi temu duga, proses pemilihan program bukan bertemu duga akan terus dijalankan.

Sekian, dimaklumkan.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀
𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐨 𝟏 !!

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
PENGUMUMAN‼️

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM SARJANA MUDA (BUKAN PENDIDIKAN) SESI 2 2025/2026 (KEMASUKAN MAC 2026)

Hebahan panggilan temu duga Program Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) boleh disemak mulai 7 JANUARI 2026 (Rabu) jam 3.00 petang.

Bagi calon yang tidak dipanggil ke sesi temu duga, proses pemilihan program bukan bertemu duga akan terus dijalankan.

Sekian, dimaklumkan.

Semakan Temu Duga : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2797/ 2798
Emel Unit Sarjana Muda:
pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my