UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD) sesi Mac-Ogos 2021 (Sesi akademik 20212).

Tarikh akhir bayaran yuran pengajian (termasuk pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran @ bayaran berperingkat) adalah pada 2 Julai 2021. Tindakan gugur taraf akan dilaksanakan pada 9 Julai 2021 di mana pelajar disekat dari mencetak slip & menduduki peperiksaan/penilaian akhir.

Mohon kerjasama pelajar untuk mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran & peperiksaan/penilaian akhir..

Sekian, terima kasih..

Jom join channel telegram JPKP di link berikut:
https://t.me/JPKPUiTM

#uitmdihatiku
*PEMAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UiTM*
-----------------------------------------------------------------------
Kepada pelajar yang masih belum menyelesaikan yuran pengajian/yuran tertunggak pada sesi Mac-Ogos 2021,

1. Berikutan pemakluman YAB Perdana Menteri berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sukacita dimaklumkan bahawa pihak UiTM telah bersetuju untuk melanjutkan kelonggaran pembayaran yuran pengajian/yuran tertunggak bagi sesi Mac-Ogos 2021 sehingga *3 September 2021*.

2. Pihak universiti amat memahami segala kesulitan dan masalah yang sedang dihadapi oleh para pelajar untuk membuat pembayaran yuran pengajian/yuran tertunggak pada semester ini kesan daripada penularan wabak COVID-19. Susulan daripada itu, proses *Gugur Taraf (GT) Muktamad* pada 9 Julai 2021 seperti yang telah dinyatakan dalam Kalendar Akademik Sesi Mac-Ogos 2021 adalah *TERBATAL*.

3. Dengan itu, pelajar adalah diminta untuk menjelaskan pembayaran yuran tertunggak termasuk yuran pengajian sehingga pada *3 September 2021* bagi mengelakkan sekatan menyemak keputusan peperiksaan / penilaian akhir.

4. Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi Pegawai Akademik Fakulti/Kampus masing-masing: https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/yr-academic-officer

Daripada:
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
dan Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UiTM
29 Jun 2021
Pengumpulan Data Isi Rumah Pelajar (UiTM) 👉 shorturl.at/gvDK3
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

*Pekeliling Akademik Bil. 12 / 2021: Pemakluman Semula Berkenaan Pelaksanaan Cuti Ulang Kaji Untuk Pelajar Universiti Teknologi MARA* boleh dicapai melalui Student Portal. https://istudent.uitm.edu.my/index_isp.htm
MAKLUMAN KEPADA PARA GRADUAN #UiTM

Sila layari laman web Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen UiTM untuk mengetahui maklumat terkini mengenai konvokesyen.

https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/

Kandungan laman web ini akan memaparkan maklumat mengenai soalan-soalan lazim berkaitan konvokesyen UiTM.

https://bit.ly/3ks0eRm
#UiTMprihatin
#KonvoUiTM
#UiTMdihatiku
Tatacara permohonan mini transkrip boleh dirujuk melalui pautan berikut:

https://sites.google.com/uitm.edu.my/heauitmpg/pelajar
GRADUAN SESI KONVOKESYEN KE-94 YANG BELUM MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Merujuk makluman di laman sesawang Konvokesyen UiTM, graduan Sesi Konvo ke-94 perlu mengisi Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung status pekerjaan, program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi masing-masing.

Sehingga kini, 58% graduan telah lengkap mengisi kajian.
Sehubungan itu, mohon jasa baik graduan Sesi Konvo ke-94 yang belum mengisi kajian, untuk melengkapkan kajian melalui pautan di bawah sebelum 30 Julai 2021.

http://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

URUSETIA KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
#UiTMprihatin
#kitajagakita
#UiTMdihatiku
Selamat menduduki penilaian akhir kepada semua pelajar UiTMPG 💪
*PERUBAHAN PAUTAN PENCALONAN ANUGERAH IKON SISWA JOHOR 2021*

1. Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Johor IPT memperkenalkan Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) yang bakal diadakan pada September 2021.

2. Anugerah Ikon Siswa Johor merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakkan kepada kepimpinan mahasiswa Johor yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten dan juga yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.

3. Sila klik pautan link di bawah untuk mencalonkan diri :

https://docs.google.com/forms/d/1kbEBnezp7fFzMNd6U2cn0_Icx9Sq34Wo7NDglTQYO-Q

*Pencalonan dibuka sehingga 07 Ogos 2021*

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara terus dengan pihak sekretariat AISJ'21 di email rasmi anugerahikonsiswajohor21@gmail.com atau di talian +6019 3691 509 selaku jawatankuasa pendaftaran.

Pihak YPJ dan Sekretariat AISJ mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua Mahasiswa Johor.

FB page: http://fb.me/anugerahikonsiswajohor

IG: http://instagram.com/anugerahikonsiswajohor

#YayasanPelajaranJohor
#AnugerahIkonSiswaJohor2021
#AISJ2021
*TINJAUAN MAKLUM BALAS PENERIMAAN VAKSIN COVID-19 BAGI PELAJAR UiTM*

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tinjauan maklum balas ini disediakan sebagai persediaan bagi memulakan pengajian sesi akademik 2021/2022 di kampus yang akan bermula tidak lama lagi. Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk memastikan setiap pelajar di universiti awam divaksinasi.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, pihak UiTM memerlukan maklumat terkini status vaksinasi setiap pelajar untuk merangka strategi dalam memastikan kesemua pelajar divaksinasi sebelum pengajian sesi akademik 2021/2022 bermula.

Sehubungan itu, semua pelajar UiTM diminta untuk mengisi tinjauan maklum balas ini. Tinjauan boleh diisi melalui pautan https://forms.gle/KPwiPBQF9Vw3EQv79.

*Tinjauan maklum balas ini akan ditutup pada 29 Julai 2021, jam 2.00 petang.*

*Bahagian Hal Ehwal Pelajar*
Universiti Teknologi MARA
28 Julai 2021

_Nota: Ikuti Telegram Info Rasmi HEP UiTM di http://t.me/hepuitmshahalam untuk maklumat lanjut_