UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPUTUSAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA SESI AKADEMIK 20264 ๐ŸŽ“โœจ

Semakan keputusan permohonan penerapan dari program Pra Diploma ke peringkat Diploma bagi Sesi Akademik 20264 (Kemasukan Oktober 2026) boleh mula dibuat mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Hebahan Keputusan & Semakan Surat Tawaran:
4 September 2026 (Jumaat) | Jam 3:00 Petang

โœ… Klik Setuju Terima & Pendaftaran Dalam Talian:
4 September 2026 hingga 18 September 2026


๐Ÿ”— Pautan Semakan Rasmi:
Sila layari laman sesawang ๐Ÿ‘‰ pengambilan.uitm.edu.my


๐Ÿ“Œ Peringatan Penting:
Pelajar dimohon untuk membaca dengan teliti Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar sebelum melaksanakan sebarang proses pendaftaran bagi memastikan kelancaran urusan.

Panduan klik setuju terima & Pendaftaran Online: https://bit.ly/uitmdaftar
Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan, hubungi talian rasmi Unit Diploma & Pra Diploma, Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) UiTM:
โ˜Ž๏ธ 03-5544 3178 / 3193 / 3191
๐Ÿ“ง penerapan.diploma@uitm.edu.my

Tahniah kepada semua pelajar
TAHNIAH & SYABAS KEPADA SELURUH MAHASISWA UiTM!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Mahasiswa UiTM atas keputusan Peperiksaan Semester Mac - Ogos 2026 (20262).

Segala usaha gigih, pengorbanan, dan kesabaran anda sepanjang semester ini akhirnya membuahkan hasil. Buat yang mencapai keputusan cemerlang, kekalkan prestasi! Buat yang masih berjuang, teruskan semangat dan jangan sesekali mengalah, perjalanan anda masih panjang.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM SARJANA MUDA SESI 1/2026

1) Lepasan Diploma UiTM
2) Penerapan Tahun Akhir Diploma UiTM


Semakan keputusan dan penempatan kampus boleh dibuat mengikut ketetapan seperti berikut:

๐Ÿ–ฑ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ & ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ง
๐ŸŒ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ.๐˜ถ๐˜ช๐˜ต๐˜ฎ.๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ.๐˜ฎ๐˜บ
๐Ÿ—“ 7 September 2026 (Isnin)
๐Ÿ•’ 3.00 Petang


๐Ÿ“Œ Penting untuk calon berjaya:
โœ”๏ธ Klik Setuju Terima & lengkapkan Pendaftaran Dalam Talian bermula 7 hingga 13 September 2026
โœ”๏ธ Pelajar dimohon untuk membaca dengan teliti Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar sebelum melaksanakan sebarang proses pendaftaran bagi memastikan kelancaran urusan

Panduan klik setuju terima & Pendaftaran Online: https://bit.ly/uitmdaftar

Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Terima kasih kerana ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐”๐ข๐“๐Œ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐จ ๐Ÿ !

Sekian, dimaklumkan.
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐” ๐‰๐€๐˜๐€

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon perhatian semua pelajar berkaitan tarikh akhir permohonan RSS dan RMP pada Sesi 2 2025/2026 (20262).

Sekian, terima kasih.
๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—จ๐—ถ๐—ง๐— ) ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฑ

Sebuah perjalanan panjang akhirnya tiba di persada kejayaan. Kini, detik yang dinanti semakin hampir.Saat ilmu disempurnakan, usaha diraikan dan kejayaan diabadikan dalam lipatan kenangan.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 bakal berlangsung bermula ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ 2026 mengikut jadual seperti berikut:

๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ - ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ - ๐Ÿญ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฏ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต - ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Maklumat lanjut berkenaan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-105, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/login

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Buat seluruh graduan UiTM, inilah masanya untuk melangkah dengan bangga, mengenang perjuangan dan meraikan sebuah pencapaian yang terhasil daripada doa, kesungguhan serta pengorbanan.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad #KonvoUiTM105
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Untuk makluman semua pelajar UiTMPG, sistem permohonan mini transkrip dan surat-surat pengesahan akan DITUTUP sementara sepanjang tempoh 21 Sep - 15 Okt 2026 bagi memberi ruang kepada proses Peperiksaan Khas.

Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan dokumen tersebut perlu membuat permohonan melalui portal pelajar selewat-lewatnya pada 19 September 2026. Dokumen akan dijana dan dapat dimuat turun dalam tempoh 24 jam setelah permohonan diluluskan.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT TAJAAN DI PORTAL MYSTUDENT

Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengemaskini status tajaan secara kendiri di MyStudent setiap awal semester seperti panduan di atas.

Semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk mengemaskini maklumat tajaan masing-masing di dalam sistem Portal Mystudent dengan memilih Kategori Tajaan sama ada:
โ€ข Tajaan penuh
atau
โ€ข Tajaan separa

Dan sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR SESI SEPTEMBER 2026 โ€“ FEBRUARI 2027

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor bagi Sesi September 2026 โ€“ Februari 2027 kini dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan dibuka mulai 28 September 2026 hingga 16 Oktober 2026.

Pelajar boleh membuat permohonan melalui Sistem e-Zakat dengan mengimbas kod QR pada poster yang dilampirkan atau melalui pautan berikut:

Sistem e-Zakat UiTM Cawangan Johor:
https://tinyurl.com/bdek64a9

PERHATIAN: Sistem e-Zakat merupakan sistem akses dalaman UiTM dan hanya boleh diakses melalui rangkaian UiTM di dalam kampus. Oleh itu, pelajar hendaklah membuat permohonan semasa berada di kampus dan menggunakan rangkaian UiTM.

Pelajar juga diminta memastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan disediakan dengan lengkap sebelum mengemukakan permohonan.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20264

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA bagi tempoh 24 Sep - 18 Okt 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 22 Disember 2026.

Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum WBT,

๐Ÿ“ฃ KAUNTER TABUNG HAJI (TH) @ UiTM PASIR GUDANG

Tarikh/Hari: 04 Oktober 2026 / Ahad
Lokasi: Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Pasir Gudang
Waktu : 8.30 pm - 1.00 pm

Urusan yang boleh dilakukan:

โœ…Direct Debit / Potong Gaji
โœ…Pendaftaran TH Khairat
โœ…Pendaftaran THiJARI
โœ…Pembukaan akaun baru
โœ…Kemaskini akaun
โœ…Simpanan tunai

Sila bawa bersama kad pengenalan (dewasa) dan Mykid/ surat beranak (kanak2) bagi pembukaan akaun baharu dan urusan2 berkaitan.

Semua dijemput hadir.
โ€ผ๏ธ PENGUMUMAN PENTING โ€ผ๏ธ

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) DAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM BAGI SESI 2 2026/2027 - KEMASUKAN MAC 2027

Permohonan kemasukan program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM bagi sesi 2 2026/2027 bagi lepasan STPM/Setaraf, dibuka mulai 05 Oktober 2026 - 16 November 2026 dan Program Profesional mulai 05 Oktober 2026 - 30 November 2026.

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.

Sekian, dimaklumkan.

SELAMAT MAJU JAYA

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

๐ŸขUnit Sarjana Muda
๐Ÿ“ฑNo. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798
๐Ÿ“ฉEmel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

๐ŸขUnit Pentadbiran dan Program Profesional
๐Ÿ“ฑNo. Tel : 03-5544 3168/3172
๐Ÿ“ฉEmel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : pengambilan@uitm.edu.my
[๐Ÿ”Š HEBAHAN PENTINGโ€ผ๏ธ]

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan kursus, yuran, rekod pelajar dan perkuliahan bagi Semester Sep 2026 - Feb 2027 (20264).

Setiap pelajar UiTMPG dimohon untuk sentiasa cakna akan tarikh-tarikh penting ini agar tidak tercicir dan menghadapi sebarang masalah kelak.

Kalendar Akademik 20264 yang lengkap boleh diakses di https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
PEMAKLUMAN
UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Susulan keadaan jerebu yang melanda seluruh negeri Johor dan pengumuman penutupan institusi pendidikan seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengambil langkah MEMBATALKAN Ujian MUET Speaking (800/2) pada tarikh 8 Oktober 2026 di semua pusat ujian MUET di negeri Johor. 

Tarikh Ujian MUET Speaking (800/2) pada tarikh 12, 13, dan 14 Oktober 2026 akan DITERUSKAN seperti yang dijadualkan termasuk pusat ujian di Daerah Batu Pahat. Ini tertakluk kepada pengumuman oleh Kementerian Pendidikan dan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Johor.

Tindakan ini diambil adalah selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tindakan berkaitan pengurusan jerebu di sekolah hendaklah dilaksanakan berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan pihak berkuasa pendidikan.

Pemakluman tarikh Ujian MUET Speaking (800/2) yang baharu bagi calon yang dibatalkan ujiannya pada tarikh 7 dan 8 Oktober 2026 bagi seluruh negeri Johor termasuk Daerah Batu Pahat akan diumumkan kemudian setelah institusi pendidikan dibuka semula tertakluk kepada pengumuman oleh Kementerian Pendidikan dan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Johor.

MPM sentiasa mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan calon dan semua petugas ujian dan akan terus memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, calon boleh menghubungi Bilik Gerakan MPM di talian dan e-mel seperti yang tertera di bawah. Calon juga boleh merujuk Portal MPM untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan penjadualan semula Ujian MUET Speaking yang ditangguhkan.

KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR
(U.P. BAHAGIAN PENGENDALIAN STPM DAN MUET)


Telefon 03-61261668
E-mel: muet@mpm.edu.my
Portal: http://www.mpm.edu.my

TAMAT
7 OKTOBER 2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PENUNDAAN TARIKH PELAKSANAAN UJIAN SPEAKING MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SESI 3 TAHUN 2026 SELURUH NEGARA

Tarikh Ujian Speaking 2026 : 12, 13 & 14 Oktober 2026 akan ditunda ke 2, 3 & 4 November 2026 (Seluruh Negara)

Tarikh Ujian Speaking Sesi 3 2026 (Johor) : 7, 8 Oktober 2026 diubah ke 19 dan 20 Oktober 2026 (Daerah Batu Pahat : 7 Oktober 2026 digantikan pada 19 Oktober 2026 dan Seluruh Negeri Johor : 8 Oktober 2026 digantikan pada 20 Oktober 2026)

Tarikh Ujian Bertulis (Written) KEKAL 17 Oktober 2026.

Semua calon boleh membuat semakan tarikh baharu ujian yang dikemaskini dalam MUET/D pada 15 Oktober 2026.

Sekian utk makluman tuan/puan.

[Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia, 09 Okt 2026]