UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
[๐Ÿ”Š HEBAHAN TERKINI]

Pemakluman penting kepada pelajar yang mendaftar MUET Sesi 3/2026
๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ

๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’
๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ, ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐ 

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘, ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang akan ditutup sementara bermula pada 19 Oktober 2026 (Isnin) hingga 23 Oktober 2026 (Jumaat).

Keputusan penutupan ini diambil selaras dengan arahan dan garis panduan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penutupan premis institusi pendidikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 (Sangat Tidak Sihat). Langkah ini adalah bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kebajikan seluruh warga kampus sentiasa terjamin.

Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh penutupan ini:
โ€ข Pengajaran dan Pembelajaran (PdP): Semua sesi kuliah dan aktiviti akademik akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
โ€ข Pengoperasian Pentadbiran: Staf pentadbiran dan sokongan dikehendaki melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR), kecuali bagi perkhidmatan penting (essential services) yang ditetapkan oleh pengurusan.
โ€ข Aktiviti Kampus: Semua aktiviti luar, sukan, dan program bersemuka di dalam kawasan kampus adalah ditangguhkan serta-merta.
โ€ข No. Telefon yang boleh dihubungi sepanjang tempoh penutupan kampus:
i. Penolong Rektor : Dr. Siti Khadijah: 012-3480423
ii. Timbalan Pendaftar : En. Shaiful Anuar Sabu: 012-2831543
iii. Hal Ehwal Pelajar : 07-3818032
iv. Hal Ehwal Akademik : 07-3818008/ 8007/ 8006/ 8009 (whatsapp) & heapasirgudang@uitm.edu.my

Pihak pengurusan kampus memohon kerjasama seluruh warga untuk sentiasa mengehadkan aktiviti di luar bangunan, memakai pelitup muka, dan mengambil langkah penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Operasi kampus dijangka kembali berjalan seperti biasa pada 26 Oktober 2026 (Isnin), tertakluk kepada perubahan dan pemantauan paras IPU semasa.

Sebarang perubahan atau makluman lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Universiti
Sekian.

๐‘ผ๐’๐’Š๐’—๐’†๐’“๐’”๐’Š๐’•๐’Š ๐‘ผ๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’‚๐’„๐’– ๐‘ฉ๐’–๐’Ž๐’Š๐’‘๐’–๐’•๐’†๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’‡๐’†๐’”๐’Š๐’๐’๐’‚๐’

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ู„ูŠุง

#uitmdihatiku
#uitmpasirgudang
#johor4excellence #uitmjohorpremium2030
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ, ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐  ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘, ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalahโ€ฆ
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

๐Ÿ”Š PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20264

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian melalui Online Fee Deferment telah DILANJUTKAN sehingga 13 November 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh menghantar permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ dengan kadar segera.

Pelajar yang gagal membayar yuran pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan status GUGUR TARAF (GT).

[๐Ÿ“ŒRingkasan Tarikh Pentingโ€ผ๏ธ]

๐ŸŸ  Tarikh Akhir Bayaran Yuran Pengajian:
โ€ข 18 November 2026

๐ŸŸ  Tarikh Akhir Permohonan Penangguhan Bayaran Yuran Pengajian:
โ€ข 13 November 2026

๐Ÿ”ดGugur Taraf:
โ€ข 25 November 2026

๐ŸŸ  Tarikh Akhir Bayaran Yuran Pengajian (Lulus Penangguhan Yuran):
โ€ข 22 Disember 2026

๐Ÿ”ด Gugur Taraf Muktamad
โ€ข 31 Disember 2026

Sekian, terima kasih.


Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
19 Okt 2026 | Isnin
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MEMO: KEMASKINI PENJADUALAN SEMULA UJIAN MUET SPEAKING SESI 3 TAHUN 2026 CALON PUSAT UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG

Dimajukan untuk makluman calon ujian MUET Sesi 3 Tahun 2026.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SISTEM VALIDASI DIBUKA BAGI SESI 1 2026/2027 (20264)

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem validasi melalui portal pelajar telah dibuka bagi tempoh 26 Okt - 01 Nov 2026.

Sehubungan itu, semua pelajar wajib membuat proses validasi kursus berdaftar dengan kadar segera bagi mengelak dari sebarang masalah kelak. Keperluan cetakan salinan adalah seperti berikut:

โ€ข 1 Salinan - Simpanan Pelajar
โ€ข โ 1 Salinan - Simpanan PA
โ€ข โ 1 Salinan - Serah di kaunter BHEA

Nota Pentingโ€ผ๏ธ: Sistem validasi wujud pada paparan pelajar sahaja dan tiada pelanjutan tempoh akan diberikan.

Perhatian dan tindakan semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang