UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Tatacara permohonan mini transkrip boleh dirujuk melalui pautan berikut:

https://sites.google.com/uitm.edu.my/heauitmpg/pelajar
GRADUAN SESI KONVOKESYEN KE-94 YANG BELUM MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Merujuk makluman di laman sesawang Konvokesyen UiTM, graduan Sesi Konvo ke-94 perlu mengisi Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung status pekerjaan, program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi masing-masing.

Sehingga kini, 58% graduan telah lengkap mengisi kajian.
Sehubungan itu, mohon jasa baik graduan Sesi Konvo ke-94 yang belum mengisi kajian, untuk melengkapkan kajian melalui pautan di bawah sebelum 30 Julai 2021.

http://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

URUSETIA KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
#UiTMprihatin
#kitajagakita
#UiTMdihatiku
Selamat menduduki penilaian akhir kepada semua pelajar UiTMPG 💪
*PERUBAHAN PAUTAN PENCALONAN ANUGERAH IKON SISWA JOHOR 2021*

1. Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Johor IPT memperkenalkan Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) yang bakal diadakan pada September 2021.

2. Anugerah Ikon Siswa Johor merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakkan kepada kepimpinan mahasiswa Johor yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten dan juga yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.

3. Sila klik pautan link di bawah untuk mencalonkan diri :

https://docs.google.com/forms/d/1kbEBnezp7fFzMNd6U2cn0_Icx9Sq34Wo7NDglTQYO-Q

*Pencalonan dibuka sehingga 07 Ogos 2021*

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara terus dengan pihak sekretariat AISJ'21 di email rasmi anugerahikonsiswajohor21@gmail.com atau di talian +6019 3691 509 selaku jawatankuasa pendaftaran.

Pihak YPJ dan Sekretariat AISJ mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua Mahasiswa Johor.

FB page: http://fb.me/anugerahikonsiswajohor

IG: http://instagram.com/anugerahikonsiswajohor

#YayasanPelajaranJohor
#AnugerahIkonSiswaJohor2021
#AISJ2021
*TINJAUAN MAKLUM BALAS PENERIMAAN VAKSIN COVID-19 BAGI PELAJAR UiTM*

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tinjauan maklum balas ini disediakan sebagai persediaan bagi memulakan pengajian sesi akademik 2021/2022 di kampus yang akan bermula tidak lama lagi. Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk memastikan setiap pelajar di universiti awam divaksinasi.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, pihak UiTM memerlukan maklumat terkini status vaksinasi setiap pelajar untuk merangka strategi dalam memastikan kesemua pelajar divaksinasi sebelum pengajian sesi akademik 2021/2022 bermula.

Sehubungan itu, semua pelajar UiTM diminta untuk mengisi tinjauan maklum balas ini. Tinjauan boleh diisi melalui pautan https://forms.gle/KPwiPBQF9Vw3EQv79.

*Tinjauan maklum balas ini akan ditutup pada 29 Julai 2021, jam 2.00 petang.*

*Bahagian Hal Ehwal Pelajar*
Universiti Teknologi MARA
28 Julai 2021

_Nota: Ikuti Telegram Info Rasmi HEP UiTM di http://t.me/hepuitmshahalam untuk maklumat lanjut_
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2021 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Permohanan menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2021 telah dibuka bagi calon persendirian. Sehubungan itu, pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang yang berminat untuk mengambil peperiksaan MUET di kampus dialu-alukan untuk mengisi permohonan melalui pautan https://forms.gle/geMdNEW6T8mu5DGn6 *selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021*.

3. Pelajar yang berminat juga boleh membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau secara atas talian melalui https://dapatpay.dapat.com/mpm/. Untuk makluman, pusat peperiksaan di UiTM Kampus Pasir Gudang hanya akan dibuka sekiranya mempunyai bilangan calon memohon yang mencukupi. Pemakluman berkaitan ini akan dikeluarkan daripada semasa ke semasa mengikut keperluan.

4. Bagi pelajar yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET pada Sesi 2/2021, anda tidak perlu mengisi borang ini kerana maklumat telah direkodkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebarang perkembangan berkaitan proses bayaran (penukaran lokasi) dan lain-lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut pemakluman MPM.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
29 Julai 2021
#YPJInfo | AKAN DIBUKA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN DALAM NEGARA & SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.

Permohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon.

Klik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.

#YayasanPelajaranJohor
#MembinaInsanBerkualiti
#PinjamanPelajaranYPJ
Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD) sesi Mac-Ogos 2021 (Sesi akademik 20212).

Tarikh akhir bayaran yuran pengajian (termasuk pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran @ bayaran berperingkat) adalah pada 3 September 2021. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran akan disekat dari menyemak keputusan peperiksaan/penilaian akhir.

Mohon kerjasama pelajar untuk mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran & peperiksaan/penilaian akhir..

Sekian, terima kasih..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i

*PENGHANTARAN MAKLUMAT CALON PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2021*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, permohonan menduduki peperiksaan MUET di UiTM Kampus Pasir Gudang Sesi 3/2021 telah *DITUTUP*. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan dalam borang sebelum ini, sila semak emel masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang telah menghantar permohonan dan tidak menerima emel boleh terus ke pautan https://bit.ly/MUET3_2021UiTMPG.

3. Pihak UiTM tidak akan menanggung sekiranya pelajar gagal mengambil tindakan mengikut tempoh yang ditetapkan dan perlu membuat pendaftaran sendiri sebagai calon persendirian melalui laman sesawang MPM. Sebarang rayuan tidak tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR

*TINJAUAN STATUS VAKSINASI PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) sedang menjalankan tinjauan status vaksinasi dalam kalangan pelajar UiTM untuk melengkapkan proses perancangan pengoperasian pada sesi hadapan. Selain itu, ia turut dilaksanakan untuk memantau keberkesanan program vaksinasi dalam kalangan pelajar UiTMCJ bagi membantu memastikan sasaran negara untuk mencapai immuniti kelompok tercapai. Pelajar boleh mengakses borang tinjauan melalui pautan *https://bit.ly/VaksinasiUiTMJ*.

3. Penglibatan semua pelajar UiTMCJ dalam tinjauan ini adalah diwajibkan. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelajar dikenakan sebarang tindakan di bawah Akta Tatatertib 1976 atas pemalsuan atau cubaan menipu maklumat yang diberikan kepada pihak universiti.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
05 September 2021 | Ahad