UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2021 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Permohanan menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2021 telah dibuka bagi calon persendirian. Sehubungan itu, pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang yang berminat untuk mengambil peperiksaan MUET di kampus dialu-alukan untuk mengisi permohonan melalui pautan https://forms.gle/geMdNEW6T8mu5DGn6 *selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021*.

3. Pelajar yang berminat juga boleh membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau secara atas talian melalui https://dapatpay.dapat.com/mpm/. Untuk makluman, pusat peperiksaan di UiTM Kampus Pasir Gudang hanya akan dibuka sekiranya mempunyai bilangan calon memohon yang mencukupi. Pemakluman berkaitan ini akan dikeluarkan daripada semasa ke semasa mengikut keperluan.

4. Bagi pelajar yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET pada Sesi 2/2021, anda tidak perlu mengisi borang ini kerana maklumat telah direkodkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebarang perkembangan berkaitan proses bayaran (penukaran lokasi) dan lain-lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut pemakluman MPM.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
29 Julai 2021
#YPJInfo | AKAN DIBUKA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN DALAM NEGARA & SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.

Permohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon.

Klik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.

#YayasanPelajaranJohor
#MembinaInsanBerkualiti
#PinjamanPelajaranYPJ
Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD) sesi Mac-Ogos 2021 (Sesi akademik 20212).

Tarikh akhir bayaran yuran pengajian (termasuk pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran @ bayaran berperingkat) adalah pada 3 September 2021. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran akan disekat dari menyemak keputusan peperiksaan/penilaian akhir.

Mohon kerjasama pelajar untuk mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran & peperiksaan/penilaian akhir..

Sekian, terima kasih..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i

*PENGHANTARAN MAKLUMAT CALON PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2021*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, permohonan menduduki peperiksaan MUET di UiTM Kampus Pasir Gudang Sesi 3/2021 telah *DITUTUP*. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan dalam borang sebelum ini, sila semak emel masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang telah menghantar permohonan dan tidak menerima emel boleh terus ke pautan https://bit.ly/MUET3_2021UiTMPG.

3. Pihak UiTM tidak akan menanggung sekiranya pelajar gagal mengambil tindakan mengikut tempoh yang ditetapkan dan perlu membuat pendaftaran sendiri sebagai calon persendirian melalui laman sesawang MPM. Sebarang rayuan tidak tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR

*TINJAUAN STATUS VAKSINASI PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) sedang menjalankan tinjauan status vaksinasi dalam kalangan pelajar UiTM untuk melengkapkan proses perancangan pengoperasian pada sesi hadapan. Selain itu, ia turut dilaksanakan untuk memantau keberkesanan program vaksinasi dalam kalangan pelajar UiTMCJ bagi membantu memastikan sasaran negara untuk mencapai immuniti kelompok tercapai. Pelajar boleh mengakses borang tinjauan melalui pautan *https://bit.ly/VaksinasiUiTMJ*.

3. Penglibatan semua pelajar UiTMCJ dalam tinjauan ini adalah diwajibkan. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelajar dikenakan sebarang tindakan di bawah Akta Tatatertib 1976 atas pemalsuan atau cubaan menipu maklumat yang diberikan kepada pihak universiti.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
05 September 2021 | Ahad
Tarikh Permohonan Pinjaman PTPTN Bagi Pelajar UiTM Sesi Oktober 2021

Kelompok 1 : 1 September 2021 - 30 September 2021
Kelulusan 7-10 Oktober 2021 (Sila semak emel atau di portal PTPTN)

Kelompok 2 : 1 Oktober 2021 - 31 Oktober 2021
Kelulusan 7-10 November 2021 (Sila semak emel atau di portal PTPTN)

https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login
Assalamualaikum and good day to all.

We are a group of lecturers from UiTM who are conducting a research to find out about students' motivation in learning. We humbly request your help to forward this questionnaire to your students who are taking Mathematics Subjects. Your help in forwarding this questionnaire is much appreciated.

The questionnaire link is given below.

https://forms.gle/EnQVnas6o2TvGTC8A

Thank you.
PROGRAM KESEDARAN BERKESATUAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI NEGERI JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor dengan kerjasama Program Latihan Industri Alternatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Program Kesedaran Berkesatuan dalam kalangan pelajar Universiti. Tujuan program ini diadakan untuk menyediakan maklumat dan pendedahan awal tentang hak pekerja dan kesatuan sekerja.

Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut: -
🗓Tarikh: 21 September 2021 (Selasa)
⏰Masa: 2.00PM - 5.00PM
👥Jumlah Peserta: 100 orang pelajar
🏠Platform: Aplikasi Webex
🔗Pautan: https://meet148.webex.com/meet/pr26445926647
🔎Tema Program: Kenali Hak Pekerja Dan Kesatuan Sekerja
📜Tentatif Program: Seperti Lampiran

Oleh itu, semua mahasiswa/i UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang amatlah digalakkan untuk menyertai program ini. Keutamaan bagi pelajar semester akhir.

📌Disertakan pautan pra pendaftaran bagi Program Kesedaran Berkesatuan Dalam Kalangan Universiti Di Johor.
🔗https://forms.gle/EdD1LEdMmvi93Gqo7

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
MAKLUMAN PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM BAGI PELAJAR UiTM

Untuk Semua Pelajar UiTM Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank
UiTM telah mendapat aduan berkenaan kesesakan yang berlaku di bank atas urusan pembukaan akaun bank.

Bagi memudahkan urusan tersebut, Pejabat Bendahari UiTM bersama Bank Islam telah bersetuju untuk menguruskan pembukaan akaun bank secara pukal (bulk).

Sila isi maklumat dalam google form pada link berikut bagi tujuan pembukaan akaun Bank Islam..
https://forms.gle/oubDh4GPkBbJzXFW7

Nota: Makluman untuk pelajar baharu yang ingin memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tarikh akhir permohonan untuk pembukaan akaun Bank Islam:
Kelompok1 – Selewat-lewatnya pada 24/9/2021 (dokumen permohonan pembiayaan perlu diterima oleh PTPTN selewat-lewatnya pada 30/9/2021).

Kelompok 2 - Selewat-lewatnya pada 22/10/2021 (dokumen permohonan pembiayaan perlu diterima oleh PTPTN selewat-lewatnya pada 31/10/2021).