UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
‼️PENGUMUMAN PENTING‼️ :

IKLAN PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 (KEMASUKAN MAC 2022)

PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2021/2022 BAGI LEPASAN STPM /SETARAF, PENERAPAN ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) DAN PENERAPAN DIPLOMA SEMESTER AKHIR UiTM


KATEGORI PERMOHONAN :-

• LEPASAN STPM / MATRIKULASI KPM / STAM / ASASI UiTM / ASASI SAINS UM / ASASIpintar UKM / DIPLOMA UiTM / KKB UiTM / DVM / DKM / DLKM / DIPLOMA IPT LAIN

• LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM/KKB UiTM KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

• LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM (SEPENUH MASA)

Dimaklumkan bahawa, tempoh bagi permohonan ke Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Sesi 2 2021 / 2022 adalah DILANJUTKAN dari 01 DISEMBER 2021 (RABU) kepada 07 DISEMBER 2021 (SELASA)

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.
https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat
https://selangkah.uitm.edu.my/

PERMOHONAN DI:
https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2798/ 2797/3277
Emel Rasmi Unit : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Live Chat @ TAWK.TO : https://tawk.to/bppuitm
FB rasmi : facebook.com/bppuitm.official
Laman Rasmi : pengambilan.uitm.edu.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar UiTM kini boleh membuat permohonan mini transkrip dan pembayaran secara atas talian melalui _iStudent Portal_ (https://istudent.uitm.edu.my) bermula 01 Disember 2021.

Sehubungan itu, kaedah permohonan yang digunakan sebelum ini tidak terpakai dengan serta merta. Walau bagaimanapun, pihak BHEA akan memproses semua baki permohonan yang telah diterima melalui email. Justeru, pelajar yang terlibat tidak perlu membuat permohonan semula secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERKARA: JEMPUTAN WEBINAR SIMFONI KASIH OKU BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN OKU TAHUN 2021

Assalamualaikum wrth. wbth. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena sambutan Bulan OKU UiTM 2021, Unit Perkhidmatan OKU, UiTM dan UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Webinar Simfoni Kasih OKU.

Webinar ini bermatlamatkan mengetengahkan tokoh OKU dalam masyarakat bagi mendapat inspirasi kejayaan dan memupuk sikap positif serta menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga OKU UiTM.

Semua staf dan pelajar dijemput menyertai program webinar yang dijadualkan seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Disember 2021 (Selasa)
Masa : 930 pagi - 11.30 pagi
Sesi 1
Tajuk : Menjiwai Perjuangan Kehidupan Seorang OKU: Kurang Upaya bukan Penghalang
Penceramah : Dr Ruzimi bin Mohamed
CEO Ozel Sdn. Bhd.


Sesi 2
Tajuk : Taklimat Kemudahan Warga OKU UiTM
Masa : 11.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Penceramah : Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda binti Alias
Pengarah Unit Perkhidmatan OKU, UiTM.

Link Youtube : https://youtu.be/dsw3ZNoyh9w

Penyertaan terbuka kepada semua staf/pensyarah UiTM dan peserta luar.
Jam latihan juga disediakan kepada staf dan pensyarah UiTM.
Peluang memenangi hadiah kuiz juga menanti setiap peserta.

Sekian, terima kasih.

Anjuran:

Unit Perkhidmatan OKU
UiTM Cawangan Johor
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🔥 *FORUM MANA-MANA RANCAK, BERJAYA!! - KEMAHIRAN INSANIAH: MEMBINA JATI DIRI MAHASISWA* 🔥

📌 *Ayuh sertai kami bersama barisan ahli panel yang hebat bagi mengupas mengenai isu terkini berkenaan kemahiran insaniah dalam usaha memantapkan kualiti graduan yang dihasilkan.*

*Maklumat program adalah seperti berikut:*

📌 Tarikh: *15 Disember 2021 (Rabu)*
🕰 Masa: *8:30 -10:30 Malam*
🎥 Platform: *YouTube UiTM Johor (https://www.youtube.com/watch?v=jVVyzgfmsLg)*
💝 Perasmi: *Penolong Rektor, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang*

"Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa bilangan graduan yang menganggur meningkat 22.5% tahun lepas kepada 202,400 di mana kekurangan pekerjaan berkaitan kemahiran meningkat kepada 31.2% tahun lepas. Ini jelas menunjukkan kita mempunyai isu struktur yang serius apabila ia berkaitan dengan kekurangan pekerjaan berkaitan kemahiran untuk graduan." - Dr Rais Hussin dan Jason Loh Seong Wei, EMIR Research

🗣 *3 Ahli Panel HEBAT:*

💡 *Tuan Jef Hazimin bin Jaafar (Pengasas AirLiurEmas.com)*
💡 *Tuan Hanif Marzuki bin Mohd Saupi (Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia)*
💡 *Tuan Muhammad Hanapi bin Jamaludin (Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia)*

📌 *Objektif program:*

✨ Melatih serta memupuk kemahiran insaniah mahasiswa dalam topik berkaitan pemikiran pemimpin
✨ Meningkatkan potensi mahasiswa dalam membina jati diri melalui penajaman kemahiran insaniah
✨ Menggalakkan mahasiswa untuk berfikir secara kreatif dan kritis

📌 Maklumat lanjut boleh didapati di *https://linktr.ee/SULAM_J4HPD2323*

📌 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

📱 *Tuan Nik Rafiuddin*: wa.me/60136698051
📱 *Tuan Hazim*: wa.me/60182022540

Sekian, terima kasih.

Kelas Kokurikulum Pemikiran Pemimpin 2 (HPD232)
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

#UiTM
#UiTMJohor
#UiTMDihatiku
#KitaUiTM
#KeluargaUiTM
#UiTMPG
#SULAM
#HPD232
#MBM
#YouthVentures
#AirLiurEmas
#ManaManaRancak
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

*PEMAKLUMAN CUTI RASMI BENCANA*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan pemakluman Pejabat Naib Canselor UiTM berkaitan cuti bencana, semua kuliah (fizikal/atas talian) dan penilaian pentaksiran yang *dijadualkan* sepanjang tempoh 20 - 25 Disember 2021 adalah *DIBATALKAN*.

3. Walau bagaimanapun, kuliah ganti akan diadakan pada minggu ulang kaji (30 Januari - 06 Februari 2022) untuk membolehkan para pelajar melengkapkan keperluan akademik bagi setiap kursus.

4. Semua warga diminta untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti demi menjaga kesejahteraan dan kepentingan bersama.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
19 Disember 2021 | Ahad
Assalam dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada Pemakluman Naib Canselor: Cuti Bencana Berikutan Banjir Kilat Luar Biasa Bagi Semester Akademik Sesi 1 2021/2022.

Oleh itu, para pelajar di kolej adalah dibenarkan pulang ke kampung bermula 20 Disember 2021 (Isnin) sehingga 25 Disember 2021 (Sabtu). Cuti Bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti perayaan sehingga 1 Januari 2021 (Sabtu) seperti Kalendar Akademik.

Ibu bapa yang hadir untuk mengambil pelajar haruslah kekal di dalam kereta semasa berada di kawasan kampus.

Bagi pelajar yang pulang kampung diminta untuk melakukan Saliva Test (tanggungan sendiri) sebelum kembali ke kampus bagi memastikan Safe Travel Bubble di kampus terpelihara.

Bagi pelajar kolej yang tidak pulang ke kampung masih tertakluk dengan SOP kebenaran keluar masuk kampus pada hujung minggu bermula 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

19 Disember 2021 | 9:00 PM
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/i,

*PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2022*

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2022 yang dijadualkan pada Mac 2022 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm. Nombor PIN MEC akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan telah menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang melalui pautan https://forms.gle/oKfbiyqP6UDy6zyt5 *selewat-lewatnya pada 12 Januari 2022 (Rabu), jam 12.00 tengah hari*. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip/Emel No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda wajib mempunyai MUET. Untuk makluman. kemasukan bersyarat ke program sarjana muda tanpa keputusan MUET tidak terpakai pada semester hadapan.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja).

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Makluman bagi pelajar yang telah menjelaskan yuran Sesi Akademik 1 2021/2022 (20214) sebelum 𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 dan belum menerima pemulangan 20% yuran.

Untuk makluman pelajar, pihak Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP) telah memproses bayaran pemulangan 20% yuran pada fasa 1, November 2021 dan fasa 2, Disember 2021. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak berjaya diproses bayaran pemulangan kerana tidak mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar.

Mohon kerjasama saudara / saudari supaya dapat mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar dengan segera selewat-lewatnya pada 14 Januari 2022 supaya pembayaran Fasa 3 dapat diproses dengan jayanya pada penghujung Januari 2022 nanti. Sila semak email yang didaftarkan di portal pelajar untuk maklumat lanjut.

Diingatkan di sini supaya saudara / saudari berhati-hati ketika mengemaskini maklumat akaun bank dengan mangambil kira perkara-perkara berikut:

𝟭. 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿. (𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 / 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 / 𝗮𝘆𝗮𝗵 / 𝗶𝗯𝘂 / 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗹𝗹).
𝟮. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. (𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 / 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁).
𝟯. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.
𝟰. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.

** Nota: Pemulangan yuran tidak termasuk pelajar berikut:
𝟭. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻-𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹, 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗔𝗖𝗖𝗔
𝟮. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗟𝗭𝗦) – 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗟𝗭𝗦.
𝟯. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗹 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟬% 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝗹 (𝗕𝗶𝗹 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭𝟰 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭)
𝟰. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.

Untuk maklumat terkini berkenaan kewangan pelajar, sila layari telegram Rasmi Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar di https://t.me/JPKPUiTM
Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar
#UiTMprihatin
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku