UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
PERHATIAN!!

Saudara / saudari pelajar yang dihormati,

Seperti yang saudara / saudari sedia maklum, keputusan peperiksaan sesi 20214 (Sesi I 2021 / 2022) boleh disemak bermula 15 Mac 2022.

Bermulanya sesi 20222 (Sesi II 2021 / 2022), bil pengajian yang baru, dijadualkan akan dijana mulai 22 Mac 2022 ini.

Sehubungan dengan penjanaan bil tersebut, pelajar tidak akan dapat lagi menyemak keputusan peperiksaan.

Dengan itu, sila pastikan semakan keputusan peperiksaan bagi sesi 20214 (Sesi I 2021 / 2022) dibuat dalam tempoh 15 Mac 2022 hingga 21 Mac 2022, bagi mengelakkan keputusan peperiksaan tidak dapat disemak.

Keprihatinan saudara / saudari amatlah kami hargai.

Terima kasih.

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada
Mahasiswa/i UiTM Kampus Pasir Gudang

Saudara/i,

PEMAKLUMAN: KEMASUKAN PELAJAR UiTM KAMPUS PASIR GUDANG SESI 2 2021/2022 (MAC - OGOS 2022)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan Pekeliling Akademik Bilangan 2 Tahun 2022, UiTM Kampus Pasir Gudang telah mengenalpasti beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk dipanggil kembali ke kampus. Pelajar yang telah disenaraikan di bawah 'Keperluan Akademik' adalah DIWAJIBKAN untuk kembali ke kampus berikutan keperluan untuk mengikuti kuliah secara bersemuka.

3. Taklimat kembali ke kampus @ UiTMPG Sesi 2 2021/2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Mac 2022 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi
Pautan: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m3464b829654c8333743f3c08a0ab7fb3

4. Infografik serta senarai pelajar terlibat untuk kembali ke kampus boleh diakses dan disemak melalui pautan https://bit.ly/UiTMPG20222. Pelajar yang telah disenaraikan untuk kembali ke kampus perlu membuat pendaftaran kolej kediaman secara atas talian selewat-lewatnya pada 17 Mac 2022.

5. Manakala pelajar yang tidak tersenarai untuk dipanggil kembali ke kampus dan mempunyai keperluan tersebut kerana persekitaran tidak kondusif atau masalah internet boleh membuat permohonan terlebih dahulu melalui pautan https://forms.gle/s6NLYcnMXmjXrJbi7 selewat-lewatnya pada 17 Mac 2022, pukul 2.00 petang. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) tertakluk kepada pertimbangan dan kekosongan kolej.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

08 MAC 2022 | SELASA
Pendaftaran kursus pelajar telah dianjakkan ke 21 Mac 2022 untuk Sarjana Muda dan 23 Mac 2022 untuk pelajar Diploma, sila rujuk https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar
TERKINI: Surat kebenaran kembali ke kampus (Saring C19) tidak diperlukan semasa pendaftaran. Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2021

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Lepasan Diploma UiTM / KKB UiTM
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM

Kepada pemohon program Sarjana Muda sesi 2 2021 yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat ke UiTM sebelum ini, permohonan rayuan masih dibuka sehingga 22 Mac 2022 (Isnin) jam 11:59 malam. Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 06 April 2022 (Rabu).
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan

Selamat kembali dan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi ke UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Untuk Makluman semua, permohonan zakat bagi pelajar sesi Mac 2022 hingga Ogos 2022 akan dibuka tidak lama lagi. Sekiranya pelajar mahasiswa/mahasiswi Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan yang mempunyai masalah kewangan, boleh memohon terus melalui sistem zakat melalui https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php

Sistem akan dibuka pada 3 APRIL 2022

Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan diucapkan ribuan terima kasih.
Mohon perhatian kepada calon MUET Sesi 1 2022. Sekiranya anda tergolong dalam kriteria di atas, anda TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan. Sila maklumkan segera kepada urusetia pusat peperiksaan anda bagi tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Pengemaskinian SOP : 26 Mac 2022 bermula 1 April 2022.