UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Channel name was changed to «UiTM Kampus Pasir Gudang Official»
Assalamualaikum daln Salam Sejahtera.


Tuan/Puan/Saudara/Saudari

TAKLIMAT PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS BAGI SESI 2 2020/2021

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang dijemput untuk mengikuti taklimat pelajar kembali ke kampus bagi sesi 2 2020/2021 (Mac - Ogos 2021). Butiran taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Mac 2021 (Isnin)
Masa: 3.00 Petang
Pautan: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m99645326bb66482fbf77e6b282ccdbd2

Kerjasama semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum daln Salam Sejahtera.


Tuan/Puan/Saudara/Saudari

TAKLIMAT PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS BAGI SESI 2 2020/2021

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang dijemput untuk mengikuti taklimat pelajar kembali ke kampus bagi sesi 2 2020/2021 (Mac - Ogos 2021). Butiran taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Mac 2021 (Isnin)
Masa: 3.00 Petang
Pautan: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m99645326bb66482fbf77e6b282ccdbd2

Kerjasama semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti dimaklumkan semasa taklimat pada petang tadi, senarai nama akan dikeluarkan untuk rujukan para pelajar. Saudara/Saudari boleh merujuk dokumen yang akan dikongsikan mengikut program. Untuk makluman, dokumen ini adalah untuk rujukan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang sahaja.

Kerjasama semua amat dihargai.

Terima kasih.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua pelajar, proses pendaftaran akses pelajar perlu kembali ke kampus melaui pautan https://saring19.uitm.edu.my masih sedang berjalan. Saudara/Saudari boleh membuat semakan semula selepas jam 5.00 petang ini.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Kesabaran saudara/saudari amat dihargai.

Terima kasih.
Saudara/Saudari,

Permohonan surat kebenaran kembali ke kampus boleh dibuat melalui pautan https://saring19.uitm.edu.my. Pemberian kebenaran akses telah diberikan kepada semua pelajar terlibat mengikut senarai yang telah dikeluarkan. Sila rujuk manual untuk tatacara permohonan.

Sekian, terima kasih.
RALAT

Saudara/Saudari,

Permohonan surat kebenaran kembali ke kampus boleh dibuat melalui pautan https://saringc19.uitm.edu.my. Pemberian kebenaran akses telah diberikan kepada semua pelajar terlibat mengikut senarai yang telah dikeluarkan. Sila rujuk manual untuk tatacara permohonan.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pihak kami mendapati terdapat aduan pelajar berkaitan tidak menerima surat kebenaran kembali ke kampus setelah permohonan diluluskan. Pihak UiTM Pasir Gudang telah mengemukakan masalah ini kepada kampus induk. Semakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Oleh itu, semua pelajar yang mempunyai masalah sama (termasuk yang telah menghantar email/ menghubungi UiTM) untuk mengisi borang di bawah:

https://forms.gle/EujCVZT7pyGuVwWv8

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
PERINGATAN:

Pelajar diingatkan untuk membuat semakan diruang SPAM di email masing-masing setelah permohonan diluluskan. Hanya bagi mereka yang tidak menerima surat setelah membuat semakan diruang SPAM / Activity/ Social pada email sahaja yang diminta untuk mengisi borang di atas.

Kerjasama semua amat diharapkan.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PERINGATAN: SENARAI SEMAK PERSEDIAAN KEMBALI KE KAMPUS

Seperti sedia maklum, esok merupakan hari pertama pelajar berkeperluan akan kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian pada sesi 2 2020/2021. Sehubungan itu, suka untuk diingatkan bahawa saudara/saudari perlu memastikan membawa barang-barang yang perlu sahaja.

Berikut merupakan cadangan senarai semak untuk rujukan saudara/saudari:

1. Kad Pelajar (Pelajar semester 2 menggunakan ID digital dalam Saring C19)
2. Surat kebenaran kembali ke kampus/ surat kebenaran pihak polis (bagi yang mempunyai masalah tidak mendapat email balas surat kebenaran kembali)
3. Keperluan kuliah (laptop, buku, alat tulis, etc.)
4. Pakaian yang mencukupi (ikut keperluan)
5. Barang mandian
6. Ubat-ubatan (jika perlu)
7. Wang saku (mengikut keperluan)
8. Lain-lain keperluan penting

Saudara/saudari dinasihatkan untuk tidak membawa barang yang terlalu banyak kerana dikhuatiri akan membebankan saudara/saudari sekiranya terdapat sebarang urusan perpindahan kolej atau telah selesai keperluan kuliah dan balik ke rumah.

Semoga perjalanan saudara/saudari dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.

Sekian, selamat malam.

#KitaJagaKita
#StaySafe
#UiTMDihatiKu

Pesanan penting:
Sila pastikan saudara/saudari mematuhi sahsiah rupa diri pelajar UiTM sebelum memasuki pintu masuk UiTM.
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
guide_UiTM_WiFi_STUDENT.pdf
Assalamualaikum dan Selamat Petang.

Bagi pelajar yang telah berada di dalam kampus, boleh rujuk panduan ini untuk mendapatkan akses wifi UiTM.