UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
TERKINI: Surat kebenaran kembali ke kampus (Saring C19) tidak diperlukan semasa pendaftaran. Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2021

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
โžœ Lepasan Diploma UiTM / KKB UiTM
โžœ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM

Kepada pemohon program Sarjana Muda sesi 2 2021 yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat ke UiTM sebelum ini, permohonan rayuan masih dibuka sehingga 22 Mac 2022 (Isnin) jam 11:59 malam. Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 06 April 2022 (Rabu).
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan

Selamat kembali dan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi ke UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Untuk Makluman semua, permohonan zakat bagi pelajar sesi Mac 2022 hingga Ogos 2022 akan dibuka tidak lama lagi. Sekiranya pelajar mahasiswa/mahasiswi Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan yang mempunyai masalah kewangan, boleh memohon terus melalui sistem zakat melalui https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php

Sistem akan dibuka pada 3 APRIL 2022

Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan diucapkan ribuan terima kasih.
Mohon perhatian kepada calon MUET Sesi 1 2022. Sekiranya anda tergolong dalam kriteria di atas, anda TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan. Sila maklumkan segera kepada urusetia pusat peperiksaan anda bagi tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Pengemaskinian SOP : 26 Mac 2022 bermula 1 April 2022.
๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—”-๐——๐—œ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—”, ๐——๐—œ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—จ๐——๐—”, ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐— ๐—”๐—–-๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ
Kemaskini pada 23 Mac 2022 (Berdasarkan kelulusan Senat UiTM ke 269)
Sumber https://drive.google.com/file/d/1owYHqoIjMcaBxYS5c8Hmu1m1w6FmPUQ2/view
#KalendarAkademik
#UiTMprihatin
#gru2025
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
KELONGGARAN BAYARAN SESI MAC-OGOS 2022 / SESI AKADEMIK II 2021/2022 (20222)

Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD).

Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju memberi kelonggaran bayaran yuran pengajian dengan membenarkan penangguhan bayaran bagi sesi II 2021/2022 (20222).

Pelajar TIDAK PERLU membuat permohonan bagi tujuan penangguhan bayaran yuran. Penangguhan bayaran akan diberi secara automatik kepada pelajar yang belum membuat bayaran selepas 18 April 2022.

Nota: Yuran bagi sesi II 2021/2022 (20222) boleh dijelaskan selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2022.

Sekian, terima kasih
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2021

Keputusan permohonan rayuan [1] [2] ke program Sarjana Muda sesi 2 2021 boleh disemak mulai 06 April 2022 (Rabu) pada jam 12.00 tengahari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
Panduan Akses Akaun *Microsoft* & *Google* *Pelajar UiTM*

1. Akaun *Microsoft* ๐Ÿ‘‰ *https://www.office.com*

*_Sign in_* menggunakan *nopelajar@isiswa.uitm.edu.my*

2. Akaun *Google* ๐Ÿ‘‰ *https://www.google.com*

*_Sign in_* menggunakan *nopelajar@student.uitm.edu.my*

Layari *https://mail.uitm.edu.my* bagi kemudahan akses secara berpusat dan jika ada permasalahan, sila buat *Aduan ICT* di *https://units.uitm.edu.my*.

*Jabatan Infostruktur*
*UiTM Shah Alam*
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

AKTIVITI AKADEMIK SESI 2 2021/2022

Semua pelajar UiTM diminta untuk memastikan telah mengambil tindakan bagi setiap proses akademik sepanjang Sesi Mac - Ogos 2022. Tarikh bagi setiap proses adalah MUKTAMAD.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
13 April 2022 | Rabu
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera Salam UiTM Dihatiku AKTIVITI AKADEMIK SESI 2 2021/2022 Semua pelajar UiTM diminta untuk memastikan telah mengambil tindakan bagi setiap proses akademik sepanjang Sesi Mac - Ogos 2022. Tarikh bagi setiap proses adalahโ€ฆ
PERHATIAN: Hari ini (15 April 2022) merupakan hari terakhir untuk pendaftaran kursus. Pelajar yang belum mengambil sebarang tindakan perlu membuat pendaftaran dengan segera selewat-lewatnya jam 11.59 malam. Status Gugur Taraf (GT) akan diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar sebarang kursus pada semester ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

*PEMAKLUMAN TINDAKAN VALIDASI KURSUS*

Semua pelajar UiTM boleh membuat validasi kursus melalui portal pelajar sepanjang tempoh *16 - 24 April 2022*.

Suka untuk diingatkan bahawa slip validasi perlu dicetak dan diserahkan kepada:

i. Penasihat Akademik (1 salinan)
ii. Kaunter BHEA (1 salinan)

Sila pastikan dokumen salinan yang hendak diserahkan *telah lengkap dengan tandangan pelajar serta Penasihat Akademik (termasuk cop) masing-masing*.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
20 April 2022 | Rabu
Pemulangan 20% Yuran Bagi Sesi 20214 (Fasa 6) - Pengemaskinian Maklumat Akaun Bank di Portal Kewangan Pelajar Selewat-lewatnya Pada 25 April 2022

Saudara / Saudari,

Makluman bagi pelajar yang telah menjelaskan yuran Sesi Akademik 1 2021/2022 (20214) sebelum 2 November 2021 dan belum menerima pemulangan 20% yuran.

Untuk makluman pelajar, pihak Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP) telah memproses bayaran pemulangan 20% yuran pada fasa 1 - November 2021, fasa 2 - Disember 2021, fasa 3 โ€“ Januari 2022, fasa 4 โ€“ Februari 2022 dan fasa 5 - Mac 2022.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak berjaya diproses bayaran pemulangan kerana tidak mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar.

Bagi Pelajar Berstatus Aktif:
Mohon kerjasama saudara / saudari supaya dapat mengemaskini maklumat akaun bank di portal kewangan pelajar dengan segera selewat-lewatnya pada 25 April 2022 supaya pembayaran Fasa 6 dapat diproses dengan jayanya pada penghujung April 2022 nanti.

Bagi Pelajar Berstatus Tidak Aktif:
Mohon kerjasama saudara / saudari supaya dapat mengemukakan maklumat akaun bank dengan mengisi link google form Maklumat Akaun Bank Pelajar Tidak Aktif dengan segera selewat-lewatnya pada 25 April 2022 supaya pembayaran Fasa 6 dapat diproses dengan jayanya pada penghujung April 2022 nanti.

Sila semak sms yang telah dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan di portal pelajar untuk maklumat lanjut.

Diingatkan di sini supaya saudara / saudari berhati-hati ketika mengemaskini maklumat akaun bank dengan mangambil kira perkara-perkara berikut:
1. Maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah milik pelajar. (Bukan milik suami / isteri / ayah / ibu / syarikat dll).
2. Pastikan digit nombor akaun yang dikemaskini adalah tepat. (Tidak terlebih / terkurang digit).
3. Pastikan nombor akaun yang dikemaskini adalah tepat.
4. Pastikan nama bank yang dikemaskini adalah tepat.

** Nota: Pemulangan yuran tidak termasuk pelajar berikut:
1. Pelajar program kursus jangka pendek atau program yang melibatkan yuran yang dikutip bagi pihak ketiga seperti yuran-yuran badan profesional, contohnya ACCA
2. Pelajar di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) โ€“ Bayaran pemulangan dikredit terus kepada LZS.
3. Pelajar yang telah dijana bil pada kadar kurang 20% daripada yuran asal (Bil sesi 20214 dijana selepas 2 November 2021)

Untuk maklumat terkini berkenaan kewangan pelajar, sila layari telegram Rasmi Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar di https://t.me/JPKPUiTM
Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar
#UiTMdihatiku
ONLINE MUET PREPARATORY WORKSHOP 2022

We are back for the 2nd phase!

APB UiTMPG would like to invite all MUET candidates to this online workshop:

Date: 1-2 July 2022
Day: Friday-Saturday

Platform: Microsoft Teams

Fee: RM70 only!

โ€ข Familiarise with the new format of MUET
โ€ข Taught by experienced and qualified MUET teachers
โ€ข Learn useful tips and test-taking strategies
โ€ข Get free workshop materials and e-certificate of attendance

Register here: https://forms.gle/nosVXpgZUd8yHz6N7

Pay here: https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AAJ3/02/625

Please register & pay by 29 June 2022

Itโ€™s never too late to prepare for MUET! See you there! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Saudara/Saudari boleh merujuk maklumat berkaitan Istiadat Konvokesyen ke-93 (Sesi November 2020) di:
https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/konvo-ke-93.html

Saya mohon graduan yang terlibat dengan konvo ke-93 merujuk maklumat di pautan yang rasmi.
Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya saudara/saudari merujuk maklumat dari sumber lain, selain yang dikeluarkan di:
1. konvokesyen.uitm.edu.my;
2. Facebook Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi:
3. Twitter UiTM Official;
4. YouTube UiTM Channel; dan
5. TikTok @uitm_channel

Harap maklum. Terima kasih.