UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
‼️PENGUMUMAN‼️

Senarai Nama Kakitangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kebajikan Pelajar UiTM

Segala pertanyaan berkaitan dengan pengurusan kebajikan pelajar dan pinjaman PTPTN sila hubungi:

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar (UPKP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam
Tel : (+603) 5544 3545/3538
Web : https://hep.uitm.edu.my/main2/index.php/direktori-staf/unit/unit-pengurusan-kebajikan-pelajar?fbclid=IwAR1y3TBRUKdajAJZ9FHJggAAQ62chvUgqp3kVWbNx_41M99oy_j-L1o0B7o
#PTPTN
#halehwalpelajar
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐤𝐞-𝟗𝟑 (𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝟏𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢

Disertakan maklumat senarai nama, tarikh dan sidang bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di pautan berikut:
https://bit.ly/3Lrz1bj

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3PWzOEO
#KonvoUiTM93
#GRU2025
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚: 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗸𝗲 𝟵𝟯 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗚𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (November 2020) akan berlangsung 9 hari lagi.

Sila ke pautan berikut https://bit.ly/3Lrz1bj untuk ketahui;
- FAQ Istiadat Konvokesyen-93
- Senarai Graduan - Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (14 - 28 Jun 2022)
- Senarai Graduan - Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak (4 - 6 Julai 2022)
- Senarai Graduan - Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah (30 Jun - 1 Julai 2022)
- Susunan Sidang - Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
- Susunan Sidang - Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
- Susunan Sidang - Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3PWzOEO
#KonvoUiTM93
#GRU2025
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
𝗦𝗢𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para Graduan UiTM (2020),

Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengucapkan tahniah kepada graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan membina kerjaya di alam pekerjaan.

𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗽𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵:

https://bit.ly/KajiSelidikUiTM_Kebolehpasaran_Graduan2020

Bagi graduan yang sedang mencari pekerjaan, mohon layari laman sesawang GREat (great.mohe.gov.my) bagi mendapat maklumat pekerjaan.

Kerjasama semua graduan untuk mengisi soal selidik ini dengan segera dan didahului dengan ucapan terima kasih.

#𝟱 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝘀𝗶 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽.

Ucapan Naib Canselor berkaitan Soal Selidik Kebolehpasaran Graduan Tahun 2020 UiTM:

https://bit.ly/Video_GE_UiTM

Terima kasih.

JAWATANKUASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN UiTM
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, Uitm
#GraduateEmployability
#GraduanUiTM
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚:
𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲-𝟵𝟯 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮, 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟭 𝟮𝟬𝟭𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟬 (𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟭𝟵/𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬). 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝟮𝟳,𝟮𝟴𝟳 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵𝗶 𝗶𝗷𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴-𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (November 2020) akan berlangsung 3 hari lagi.

Perhatian kepada graduan yang tidak berkesempatan datang mengambil jubah mengikut jadual sidang masing-masin pada 28 hingga 5 Jun 2022, saudara/saudari boleh datang mengambil jubah pada 7 hingga 10, 13 hingga 28 Jun 2022 di Bilik Jubah, Aras 1, DATC. Boleh parkir kenderaan anda di parkir bertingkat di belakang DATC, kemudian naik lif ke Aras 1.

Waktu operasi di Bilik Jubah (7, 8, 9, 10, 13, 17 dan 24 Jun 2022):

Isnin - Khamis: 8:00am - 5:00pm
(Rehat: 1:00pm - 2:00pm)

Jumaat: 8:00am - 5:00pm
(Rehat: 12:15pm - 2:45pm)

Waktu operasi di Bilik Jubah sepanjang minggu konvokesyen (14, 15, 16, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 25, 26, 27 dan 28 Jun 2022):

Isnin - Khamis dan Sabtu - Ahad: 7:30am - 6:00pm

Jumaat: 8:00am - 5:00pm
(Rehat: 12:15pm - 2:45pm)

Sila pastikan saudara/saudari:
1. mengesahkan kehadiran;
2. mencetak borang jubah (m/s 1 yang ada barkod di sebelah kanan atas borang);
3. membawa bukti pembayaran yuran konvo dan yuran/denda (sekiranya ada) dan (sekiranya bayaran baharu dibuat dalam tempoh 48 jam hari bekerja); dan
4. membawa sijil/skrol asal (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) sahaja (sekiranya telah membuat tuntutan sebelum ini).

Sila ke pautan berikut https://bit.ly/3Lrz1bj untuk ketahui;
- FAQ Istiadat Konvokesyen-93
- Senarai Graduan - Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (14 - 28 Jun 2022)
- Senarai Graduan - Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak (4 - 6 Julai 2022)
- Senarai Graduan - Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah (30 Jun - 1 Julai 2022)
- Susunan Sidang - Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
- Susunan Sidang - Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
- Susunan Sidang - Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3PWzOEO
#KonvoUiTM93
#GRU2025
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

PERHATIAN: PEMAKLUMAN PEMULANGAN YURAN SESI 20214 (FASA 7)

Peringatan kepada 177 orang pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang (rujuk lampiran) yang belum mengemaskini maklumat akaun bank untuk mengambil tindakan dengan kadar segera. Hal ini bagi membolehkan pemulangan yuran 20% sesi 20214 dapat diproses dengan jayanya. Tindakan pengemaskinian perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 20 Jun 2022 (Isnin).

Suka untuk diingatkan supaya saudara / saudari berhati-hati ketika mengemaskini maklumat akaun bank dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah milik pelajar. (Bukan milik suami / isteri / ayah / ibu / syarikat dll).

2. Pastikan digit nombor akaun yang dikemaskini adalah tepat. (Tidak terlebih / terkurang digit).

3. Pastikan nombor akaun yang dikemaskini adalah tepat.

4. Pastikan nama bank yang dikemaskini adalah tepat.


** Nota: Pemulangan yuran tidak termasuk pelajar berikut:

1. Pelajar di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) – Bayaran pemulangan dikredit terus kepada LZS.

2. Pelajar yang telah dijana bil pada kadar kurang 20% daripada yuran asal (Bil sesi 20214 dijana selepas 2 November 2021)

Kerjasama semua pelajar amat diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
12 Jun 2022 | Ahad
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
https://fb.watch/dDzboVAXD0/
Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93, kami bawakan siri ucapan TAHNIAH daripada semua PTJ untuk bakal graduan yang tersayang.

Ikuti video titipan daripada YBhg. Prof Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor mewakili seluruh warga kampus meraikan hari gemilang anda.

Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat kepada usaha-usaha mahasiswa-mahasiswi untuk konsisten ke arah mencapai kejayaan akan datang.

#KonvoUiTM93
#KeluargaUiTM
#UiTMDihatiku
Tarikh Akhir Permohonan.png
2.1 MB
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada Semua Pelajar
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

*PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PROSES AKADEMIK*

Mohon perhatian kepada semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang untuk mematuhi tarikh akhir permohonan mini transkrip, cuti khas dan penangguhan Sesi 20222 (Mac-Ogos 2022).

Bagi yang mempunyai keperluan terutamanya mini transkrip, sila ambil tindakan awal memandangkan sistem akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh penilaian/peperiksaan akhir.

Kerjasama semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
14 Jun 2022 | Selasa
*TAHNIAH & SYABAS* di atas keputusan SPM 2021!

Jom sertai *Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2022* secara maya dan fizikal yang akan berlangsung pada 16 hingga 19 Jun 2022 ini. Jangan lepaskan peluang untuk sesi konsultasi bersama warga akademik UiTM!

📌*Ekspo Selangkah ke UiTM 2022 Maya (Dalam Talian)*
📌 16 & 17 Jun 2022
📌 UiTM Channel: https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZDjudkCvyuUKphx7A4_LYcE

📌 *Ekspo Selangkah ke UiTM 2022 - Negeri Johor*
📌 18 & 19 Jun 2022
📌 Level 1, Angsana Johor Bahru Mall (berhadapan McDonald’s)

_Jumpa nanti ek!_
#UiTM #SPM2021 #ESKU2022
PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PROSES AKADEMIK SESI 20222
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada Semua Pelajar
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

*SEMAKAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2022 (MAC - OGOS 2022)*

Untuk makluman, peperiksaan/penilaian akhir pada semester ini masih dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan adalah mengikut ketetapan fakulti masing-masing.

Saudara/i boleh membuat semakan Jadual Waktu Peperiksaan Sesi Julai 2022 (Mac-Ogos 2022) melalui pautan https://aims.uitm.edu.my/examschedule/custom/studentview/index.cfm.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
30 Jun 2022 | Khamis