UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Untuk hebahan rasmi bagi Menu Food Basket Siswa Keluarga Malaysia bermula 20 Julai 2022
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Sukacita dimaklumkan bahawa slot MUET Sesi 3/2022 di UiTM Kampus Pasir Gudang telah *PENUH* dan permohonan dengan rasminya adalah *DITUTUP*.

Pelajar yang belum memohon boleh mendaftar sebagai calon persendirian melalui website MPM atau menunggu sesi hadapan dibuka di UiTM Kampus Pasir Gudang.

Manakala pelajar yang telah mendaftar akan dimasukkan dalam group whatsapp kelak untuk memudahkan informasi berkaitan MUET Sesi 3/2022 disalurkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
26 Julai 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan

KAJIAN PELAKSANAAN STRUCTURED ASSESSMENT MECHANISME (SAM) SESI MAC – OGOS 2022 (UNTUK PELAJAR SAHAJA)

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Selaras dengan pentaksiran dan penilaian secara ODL dan Fizikal, BPPA berhasrat mendapatkan maklumbalas pelajar tentang pelaksanaan Structured Assessment Mechanisme (SAM) sesi Mac- Ogos 2022.

3. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar dan seterusnya memantapkan pengurusan pentaksiran dan penilaian secara ODL atau Fizikal di UiTM. Berikut disertakan pautan yang perlu diisi oleh pelajar : https://bit.ly/SAM_MAC2022

4. Pihak kami memohon kerjasama setiap PTJ untuk membuat hebahan kepada pelajar. Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pengarah
Bahagian Pentaksiran & Penilaian Akdemik
Universiti Teknologi MARA
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr.,

HEBAHAN: PERMOHONAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA FASA 2

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr. sedia maklum, PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Insiatif ini memberi manfaat peranti tablet kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi iaitu Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

3. Dimaklumkan jua permohonan baharu PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 telah dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Permohonan ini juga terbuka untuk pelajar baharu yang sudah mendapat tawaran ke UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti mengikut syarat yang ditetapkan. PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 turut diperluaskan kepada pelajar Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahasiswa UA bolehlah memohon peranti tablet tersebut melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/.

4. Bersama-sama ini dikemukakan poster permohonan tersebut bagi tujuan hebahan kepada semua mahasiswa UA. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Azlina binti Mahmud di talian 038870 6405 atau emel azlina.mahmud@mohe.gov.my.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Bahagian Mahasiswa Holistik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Putrajaya
Saudara/saudari pelajar yang dihormati,

PERINGATAN MESRA BAGI PEMBAYARAN YURAN SESI II 2021 / 2022 (SESI 20222) – 20 HARI LAGI

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh akhir pembayaran yuran bagi sesi II 2021 / 2022 (Sesi 20222), adalah pada 27 Ogos 2022 ini.

Sila ambil perhatian berkenaan tempoh pengemaskinian status pembayaran bil adalah bergantung kepada mod pembayaran yang digunakan seperti berikut:
• 2 hari (Kaunter Bank Islam/ATM Bank Islam
• 2 hingga 7 hari (Bank Islam online banking/online VISA Mastercard)
Oleh itu, SILA ELAKKAN PEMBAYARAN YURAN PADA SAAT-SAAT AKHIR.

Memandangkan hanya tinggal 20 hari lagi, saudara/saudari tidak digalakkan untuk membuat pembayaran yuran menggunakan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP bermula dari hari ini (Bagi bil yang belum dibayar).

Ini kerana, merujuk kepada Piagam Pelanggan KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 21 hari bekerja).

Untuk makluman saudara/saudari, status yuran hanya akan dikemaskini kepada ‘Telah Dibayar’ hanya sekiranya UiTM telah menerima pembayaran daripada KWSP.

Sekiranya saudara/saudari baru membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP, ianya dikhuatiri akan melangkau tarikh akhir pembayaran yuran & berisiko tinggi untuk dikenakan tindakan Gugur Taraf.

Namun begitu, tiada halangan sekiranya saudara/saudari ingin membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP untuk menuntut semula bil yang telah dibayar.

Sehubungan itu, sekiranya saudara/saudari masih belum membuat pembayaran yuran, sila berbuat demikian dengan merujuk Panduan Pembayaran Bil melalui Soalan Lazim No.13 di laman web Pejabat Bendahari.

Bagi pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk melunaskan pembayaran yuran, saudara/saudari boleh merujuk Soalan Lazim No.22 di laman web Pejabat Bendahari.

Di kesempatan ini, sukacitanya saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya lebih peka dengan tarikh-tarikh penting di sepanjang pengajian supaya tidak membuat tindakan pada saat-saat akhir bagi memastikan semua proses berjalan lancar serta mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Sekian, terima kasih.
Detik yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Debaran kian dirasai bagi kesemua bakal bergelar graduan UiTM.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 akan berlangsung daripada 10 - 29 September 2022, 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐠𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐲𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐢 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.

Berikut adalah pemakluman awal kepada tarikh-tarikh penting Konvokesyen UiTM Ke-94:

𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 10 hingga 21 September 2022,

𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚 26 hingga 27 September 2022,

𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐝𝐚 29 September 2022

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/konvo94.html
atau di Telegram chat Konvo ke-94 (https://t.me/+SEKht9Va6Ac2Nzll)

Atau menghubungi terus Puan Roza melalui WhatsApp di +603-5544 3114

#KonvoUiTM94
#GRU2025
#KompetensiGlobal
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku
Fasa Pengemaskinian UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023

Kemaskini boleh dibuat pada:

22 Ogos 2022 (Isnin) Jam 12.00 Tengah hari
hingga 26 Ogos 2022 (Jumaat) Jam 5.00 petang

1) Kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM :

Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian.

2) Kategori Diploma/Setaraf

Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.

Sila layari laman web rasmi UPU:
https://upu.mohe.gov.my/
Para Graduan Konvokesyen Sidang Ke-94 yang dihormati,

Tahniah kami ucapkan kepada para graduan Konvokesyen Sidang Ke-94!
Saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya pastikan tiada rekod bil tertunggak sebelum pengambilan jubah dibuat.
Sebarang pertanyaan berkenaan bil tertunggak/yuran pelajar, boleh diutarakan kepada pegawai bertugas Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar melalui QR code Bendahari Konvokesyen UiTM seperti pada infografik yang dilampirkan.
Bersama-sama pemakluman ini juga dilampirkan Panduan Pembayaran Bil Dalam Talian, untuk rujukan saudara/saudari.
Sekian, terima kasih.
Para Graduan Konvokesyen UiTM Kali Ke-94 Tahun 2022 yang dihormati,

PEMBAYARAN YURAN KONVO MELALUI PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP


Merujuk kepada Piagam Pelanggan KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 21 hari bekerja).

Status yuran hanya akan dikemaskini kepada ‘Telah Dibayar’ setelah pihak UiTM menerima pembayaran daripada pihak KWSP.

Bagi melancarkan proses konvokesyen, saudara/saudari TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT PEMBAYARAN BIL TERTUNGGAK MENGGUNAKAN PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP kerana permohonan di saat akhir dikhuatiri akan melangkau tarikh sidang konvokesyen & berisiko tinggi untuk disekat pengeluaran skrol rasmi.

Namun begitu, tiada halangan sekiranya saudara/saudari ingin membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP untuk menuntut semula bil yang telah dibayar (Self reimbursement).

Di kesempatan ini, sukacitanya Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/saudari para graduan konvokesyen kali ke-94.

Sekian, terima kasih.
PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA KEMERDEKAAN
TERMA DAN SYARAT


1. Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.
2. Ambil gambar wefie bersama keluarga atau rakan-rakan dan selfie bersama Jalur Gemilang bertemakan kemederkaan yang paling kreatif dan unik.
3. Tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang.
4. Isi Borang Penyertaan di QR Code yg disediakan.
5. Muat naik gambar ke akaun Instagram peserta dan akaun peserta hendaklah berada dalam tetapan awam (public mode).
6. Peserta mesti meletakkan tanda pagar (hashtag) #Merdeka@heauitmjohor dan tag akaun # https://www.instagram.com/heauitmjohor/
7. Setiap peserta pertandingan hendaklah “LIKE” page FB HEA UiTM Johor, Insta https://www.instagram.com/heauitmjohor/ serta “SHARE” pertandingan ini di FB atau IG masing-masing serta gunakan #Heauitmjohor
8. Tarikh Pertandingan 30 Ogos – 17 September 2022.
9. Penilaian gambar berdasarkan kreativiti, keceriaan dan jumlah likes.
10. Pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022.
11. Keputusan hakim adalah muktamad.


HADIAH PERTANDINGAN
Kategori Pelajar
Pertama – RM100.00
Kedua –RM70.00
Ketiga – RM50.00

Kategori Kakitangan
Pertama– RM100.00
Kedua–RM70.00
Ketiga– RM50.00
[𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲-𝟵𝟰] Tinggal 10 hari lagi menjelang detik bersejarah bagi mereka yang bakal bergelar graduan pada Istiadat Konvokesyen ke-94 UiTM yang akan bermula pada 10 - 29 September 2022.

Sila ke pautan berikut https://bit.ly/3QrN6Zu untuk mengetahui FAQ Istiadat Konvokesyen ke-94 UiTM.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/

#keluargaUiTM
#uitmdihatiku
#konvokesyen94
[𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲-𝟵𝟰] Mesti semakin tak sabar semua bakal graduan bagi Istiadat Konvokesyen ke-94 UiTM yang akan bermula pada 10 - 29 September 2022 nanti kerana hanya tinggal 6 hari sahaja lagi!

Pastikan anda sudah membuat senarai semak perkara-perkara penting yang diperlukan nanti untuk berkonvo ye.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web: https://bit.ly/3PWzOEO

#keluargaUiTM
#uitmdihatiku
#konvouitm94