UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada
Semua Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

PENTING: TARIKH AKHIR PROSES DAFTAR DAN GUGUR KURSUS SESI 1 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan kalendar akademik UiTM Sesi 1 2022/2023, tarikh akhir proses daftar/ gugur kursus adalah pada 30 Oktober 2022 (Ahad). Sehubungan itu, BHEA ingin mengingatkan agar semua pelajar dapat memastikan telah membuat pendaftaran kursus melalui student portal selewat-lewatnya pada hari ini, jam 11.59 malam.

3. Pelajar yang tidak membuat pendaftaran kursus berpotensi untuk diberikan status Gugur Taraf (GT) yang akan dikuatkuasakan pada 14 November 2022.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
30 Oktober 2022 | Ahad

#UiTMDihatiku
#KeluargaUiTMJohor
#UiTMJohorPrihatin
PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA & PROGRAM PROFESIONAL (SEPENUH MASA) SESI 2 2022/2023 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1️⃣ Program Sarjana Muda
*
2️⃣ Program Profesional

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).

* Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam UiTM DIhatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

PEMAKLUMAN: PROSES PENANGGUHAN YURAN PENGAJIAN SESI 1 2022/2023

Untuk makluman, penangguhan bayaran yuran pengajian akan diberikan secara automatik kepada pelajar yang belum menjelaskan yuran pengajian sehingga 04 November 2022. Sehubungan itu, borang permohonan penangguhan yuran pengajian Sesi 1 2022/2023 tidak perlu dihantar ke kaunter BHEA. Walau bagaimanapun, pelajar perlu memastikan yuran pengajian telah dibayar selewat-lewatnya pada 27 Februari 2023 bagi mengelak daripada menghadapi sebarang masalah pengajian kelak.

Pelajar dimohon untuk tidak membuat pembayaran yuran di saat-saat akhir terutamanya bagi yang menggunakan mod bayaran pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP (selewat2nya buat permohonan pengeluaran 30 hari sebelum tarikh akhir pembayaran). Status yuran akan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pembayaran berjaya (kecuali menggunakan KWSP).

Tuan/Puan/Pelajar boleh rujuk Kalendar Akademik dilaman sesawang rasmi BHEA (https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar) atau Pejabat Bendahari (soalan lazim no.3 - https://bendahari.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/37-pelajar/50-pelajar-tahukah-anda?Itemid=101#soalan-3-bila-tarikh-akhir-bayaran-yuran-pengajian).

Sekian, terima kasih

Sumber: Pejabat Bendahari
🗣️ Pelajar UiTM,

Mohon semua pelajar UiTM (baru dan lama) yang masih BELUM memuat naik gambar pelajar, sila berbuat demikian di sistem https://kad.uitm.edu.my dengan memilih plihan menu Upload Photo.

Cetakan kad pelajar UiTM TIDAK DAPAT dibuat sekiranya gambar pelajar masih belum dimuat naik ke dalam sistem ini.

Nota : Menu Upload Photo di dalam sistem ini hanya akan dipaparkan sekiranya pelajar BELUM PERNAH memuat naik gambar di dalam sistem. Kepada pelajar UiTM (baru dan lama) yang telah memuat naik gambar, TERIMA KASIH kami ucapkan.

Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
UiTM Johor Prihatin

PERINGATAN AKHIR: PEMAKLUMAN TINDAKAN VALIDASI KURSUS

Semua pelajar UiTM boleh membuat validasi kursus melalui portal pelajar sepanjang tempoh 31 Okt - 07 Nov 2022.

Suka untuk diingatkan bahawa slip validasi perlu dicetak dan diserahkan kepada:

i. Penasihat Akademik (1 salinan)
ii. Kaunter BHEA (1 salinan)

Sila pastikan dokumen salinan yang hendak diserahkan telah lengkap dengan tandatangan pelajar serta Penasihat Akademik (termasuk cop) masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
06 November 2022 | Ahad
Assalam dan Sejahtera.

Pemakluman bagi pelajar yang telah Lulus Status Permohonan Peranti Siswa namun "Belum Ditetapkan Tarikh Terimaan" dalam sistem.

Anda boleh hadir ke PTDI pada 9 November 2022 (Rabu), 8:30 pagi - 4:30 petang untuk semakan lanjut dan penyerahan Peranti Siswa.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

8 November 2022 (Selasa)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pemakluman bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan ke Sesi Penyerahan Peranti Siswa Keluaga Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan, 9 November 2022 (Rabu), kerjasama daripada pelajar-pelajar mengisi maklumat lengkap di pautan berikut:

https://forms.gle/JyknFMBJLJmUNUUq8

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 07-381 8035/8033/8032.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

8 November 2022 (Selasa)
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
UiTM Johor Prihatin

PEMAKLUMAN: PERMOHONAN PENERAPAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UiTM SESI 2 2022/2023 (AMBILAN MAC 2023

Perhatian kepada semua pelajar tahun akhir program Diploma UiTM, permohonan penerapan ke program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM telah dibuka sepanjang tempoh 31 Oktober - 30 November 2022.

Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
17 November 2022 | Khamis
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Raikan hari gembira yang tersayang sempena Konvokesyen Ke-95 UiTM dengan mendapatkan tawaran istimewa daripada Malaysia Airlines menggunakan kod promo UITMMH22.

Imbas kod QR tertera di poster untuk maklumat lanjut.

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan UiTM!

#keluargaUiTM
#uitmdihatiku
#UITMMH22
🗣️ Pelajar UiTM,

Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM memuat naik gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di 👉 https://kad.uitm.edu.my dengan memilih plihan menu Upload Photo.

Cetakan kad pelajar UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan 👉 di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.

NOTA : Menu Upload Photo di dalam sistem ini HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar di dalam sistem 👉 https://kad.uitm.edu.my.

Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur, PPII
Untuk makluman semua pelajar UiTM Cawangan Johor👆