UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
🗣️ Pelajar UiTM,

Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM memuat naik gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di 👉 https://kad.uitm.edu.my dengan memilih plihan menu Upload Photo.

Cetakan kad pelajar UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan 👉 di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.

NOTA : Menu Upload Photo di dalam sistem ini HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar di dalam sistem 👉 https://kad.uitm.edu.my.

Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur, PPII
Untuk makluman semua pelajar UiTM Cawangan Johor👆
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2023 yang dijadualkan pada April 2023 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM100 dan mendapatkan nombor PIN MEC melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm. Sila pastikan butiran peribadi yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan permohonan tidak sah dan tidak diproses. Nombor PIN MEC akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran dan telah menerima nombor PIN MEC perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://forms.gle/3WEtRaPTuUk5BQQZA selewat-lewatnya pada 08 Januari 2023 (Ahad), jam 11.59 malam. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Slip/Emel No. PIN MEC
f. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja).

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Daftar segera‼️
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato' / Datin/ Profesor / Prof Madya / Dr. / Haji / Hajah / Tuan / Puan

Untuk makluman, pihak Konsesi telah menyediakan borang kaji selidik Kepuasan Hati Pelanggan bagi menilai tahap prestasi kerja ( penyelenggaraan ) di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada tahun 2022. Namun, maklumbalas yang kami terima kurang memuaskan. Oleh itu, pihak kami memohon tuan/puan meluang masa sedikit dengan memberi maklum balas borang kaji selidik secara online bagi menilai prestasi kerja Konsesi dalam tempoh 1 tahun.

Pihak kami juga berharap agar pihak Bahagian HEP dan HEA dapat membantu kami supaya membuat hebahan kepada pelajar - pelajar untuk memberi maklumbalas. Bersama - sama ini kami sertakan borang kaji selidik secara online di link http://tiny.cc/DAJFM_CSS2022 sebelum 29 Disember 2022.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg Dato' / Datin/ Profesor / Prof Madya / Dr. / Haji / Hajah / Tuan / Puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih
Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Pasir Gudang
Assalmualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, permohonan pendaftaran MUET Sesi 1/2023 dibuka untuk 8 hari lagi.

Dapatkan tempat segera sementara slot masih ada ‼️

Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon tindakan semua pelajar UiTMPG bagi persediaan peperiksaan akhir yang akan datang pada Februari ini.

Mengikut rekod infostruktur, lebih kurang 700 orang pelajar yang masih belum muatnaik gambar dan membuat consent di UFuture.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
UiTM Johor Prihatin

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PROSES TUNTUTAN KAD PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA telah mula menerima kad pelajar yang telah siap dicetak. Sehubungan itu, pelajar yang tersenarai boleh membuat tuntutan di kaunter BHEA bermula 03 Januari 2022 (9.00 Pagi). Semakan senarai boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/kadpelajarUiTMPG.

3. Suka untuk diingatkan bahawa tuntutan boleh dilakukan oleh penama sahaja dan wakil tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan isu kehilangan.

Kerjasama semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
02 Januari 2022 | Isnin
5 hari lagi‼️
Panggilan Akhir‼️
• 3 hari lagi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, slot MUET Sesi 1/2023 di UiTM Kampus Pasir Gudang telah penuh dan secara rasminya adalah DITUTUP.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pelajar yang belum mengambil tindakan memuatnaik gambar melalui pautan https://kad.uitm.edu.my diminta untuk bertindak segera sementara sistem masih dibuka bagi mengelakkan sebarang masalah semasa peperiksaan akhir pada Februari nanti.

Kerjasama semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, info terkini tarikh akhir percetakan kad pelajar adalah pada 11 Januari 2023 (esok). Sehubungan itu, para pelajar diminta untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah semasa peperiksaan akhir yang akan dijalankan pada Februari 2023.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Kampus Pasir Gudang
10 Januari 2023 | Selasa
MEMO - TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR 20224.pdf
119.9 KB
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam Johor Prihatin

Berikut dilampirkan Memo Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Februari 2023 untuk makluman dan tindakan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
12 Januari 2023 | Khamis
MEMO - TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR 20224.pdf
119.9 KB
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam Johor Prihatin

PERINGATAN MESRA: TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI FEBRUARI 2023

Berikut dilampirkan Memo Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Februari 2023 untuk makluman dan tindakan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
18 Januari 2023 | Rabu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua PELAJAR UiTM, operasi cetakan bagi gantian kad pelajar (sama ada kad hilang/rosak dan sebagainya) adalah ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja teknikal Kad Prihatin Siswa (KPS) UiTM.

Justeru itu, penggunaan Digital ID sebagai pengesahan pelajar UiTM adalah digalakkan melalui aplikasi MyStudent atau sistem UCMS (kad.uitm.edu.my).

Nota :
Persediaan pelajar UiTM bagi peperiksaan akhir Februari 2023 bagi sesi I 2022/2023

1. Pelajar UiTM perlu MENCETAK slip menduduki peperiksaan.
2. Pelajar UiTM perlu MEMBAWA slip tersebut bersama KAD PELAJAR bagi pengesahan sebagai pelajar sebelum memasuki dewan/bilik peperiksaan.
3. Jika pelajar UiTM TIDAK mempunyai kad pelajar, sila bawa KAD PENGENALAN sebagai gantian kepada kad pelajar tersebut.

Tata kelola di atas adalah merujuk kepada halaman 3 di dalam Pekeliling Akademik UiTM Bil 1 / 2023 - Pelan Tindakan Menghadapi Peperiksaan Akhir Februari 2023 Universiti Teknologi Mara Bagi Sesi I 2022/2023

Operasi cetakan kad gantian pelajar UiTM akan disambung semula di semua kampus UiTM jika kerja-kerja teknikal berkaitan Kad Prihatin Siswa telah selesai. Pemakluman berkaitan perkara ini akan dibuat dari masa ke semasa.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur