UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Perhatian‼️📣📣📣
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Video
TARIKH-TARIKH PENTING BERKAITAN PEMBAYARAN YURAN BAGI SEMESTER MAC – OGOS 2023

Saudara/saudari pelajar yang dihormati,

Sebagai seorang pelajar, saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh penting yang perlu dipatuhi terutamanya bagi tindakan yang berkaitan pembayaran yuran.

Sila layari Academic Calendar (uitm.edu.my) untuk mengakses kalendar akademik yang sedang berkuatkuasa.

Keprihatinan saudara/saudari amatlah dihargai bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Terima kasih!!
Perhatian‼️📢📢📢
SABTU | 27 MEI 2023

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

❗JOM CEGAH DENGGI❗

Pihak Unit Kesihatan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang ingin mengingatkan semua mahasiswa/i untuk sentiasa berwaspada terhadap demam denggi dan mengambil langkah pencegahan yang telah disarankan.

Jika pelajar mengalami gejala demam denggi, segera dapatkan rawatan di Unit Kesihatan atau klinik berhampiran. Marilah kita bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah denggi.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN HOLISTIK, MENCORAK MAHASISWA DINAMIK

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang,
Sesi 2022/2023.

#UiTMDiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
#241SatuHati
Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM pernah memuat naik gambar pelajar atau TIADA gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di https://kad.uitm.edu.my dengan memilih pilihan menu Upload Photo.

Cetakan kad Prihatin Siswa UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih tiada atau belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.

Layari kpsiswa.uitm.edu.my berkaitan kad Prihatin Siswa di UiTM.

NOTA:
Menu Upload Photo di dalam sistem https://kad.uitm.edu.my HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar atau TIADA gambar.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur
Untuk perhatian semua pelajar UiTM Cawangan Johor‼️📣📣📣
Forwarded from Info Rasmi HEP UiTM (I.A)
𝐞𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐡 : 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚

Semua pelajar UiTM boleh menuntut kredit e-dompet bermula 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑 melalui platform yang disediakan.

Gunakan bantuan Malaysia Madani ini untuk tujuan yang berfaedah dengan mengutamakan keperluan pengajian.

Sebarang kesukaran ketika proses tuntutan, boleh hubungi focal point HEP UiTM di talian

#HEPPADU
#UiTMDiHatiku
#eBeliaRahmah
#MalaysiaMadani
Forwarded from Info Rasmi HEP UiTM (I.A)
Berikut merupakan senarai nama Pegawai Hal Ehwal Pelajar (UiTM) sebagai Focal Point bagi e-BeliaRahmah

#HEPPADU
#UiTMDiHatiku
Siswa/i UiTM,

Saudara/i boleh menyemak jenis reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang dipaparkan di dalam sistem/aplikasi My Student (mystudent.uitm.edu.my) pada menu Kad Digital (seperti tangkap layar di atas👆) bagi penentuan kewujudan akaun simpanan I-Pro yang telah disediakan oleh pihak bank RHB.

Saudara/i yang TELAH dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mempunyai reka bentuk kad Prihatin Siswa yang MEMPUNYAI gambar cip elektronik manakala yang TIDAK MEMPUNYAI gambar cip elektronik adalah dikategorikan belum mempunyai akaun tersebut.

Senario di bawah adalah menunjukkan paparan reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang TIDAK mempunyai gambar cip eletronik :

i. Proses pembukaan akaun simpanan I-Pro RHB masih di dalam tindakan oleh pihak bank.

Nota: Pelajar UiTM yang telah BERJAYA dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mendapat sms/emel yang berkaitan daripada pihak bank RHB.

ii. Aktiviti consent pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB BELUM/TIDAK PERNAH dibuat oleh pelajar UiTM dan aktiviti consent ini boleh dibuat melalui menu Kad Prihatin di aplikasi/sistem My Student (mystudent.uitm.edu.my).

Nota: Pelajar UiTM khususnya di bawah kategori pinjaman PTPTN perlu membuka akaun ini dengan kadar segera kerana saluran bayaran PTPTN akan hanya dibuat melalui akaun simpanan I-Pro RHB mulai September/Oktober 2023.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabtan Infostruktur