UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
PERMOHONAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA SESI 2 2023/2024 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1️⃣ Penerapan Pra diploma ke Diploma

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 16 Oktober 2023 (Isnin) hingga 06 November 2023 (Isnin).

Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) DAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM BAGI SESI 2 2023/2024 - KEMASUKAN MAC 2024

Permohonan kemasukan program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM bagi sesi 2 2023/2024 bagi lepasan STPM/Setaraf, dibuka mulai 30 Oktober 2023 - 03 Disember 2023 dan Program Profesional mulai 30 Oktober 2023 - 28 Januari 2024.

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.

Sekian, dimaklumkan.

SELAMAT MAJU JAYA

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

🏢Unit Sarjana Muda
📱No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277
📩Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

🏢Unit Pentadbiran dan Program Profesional
📱No. Tel : 03-5544 3168/3172
📩Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : pengambilan@uitm.edu.my
Saksikan siaran langsung Majlis Perasmian UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada pukul 8:30 pagi menerusi YouTube Rasmi UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=tgYh26Y2hxo
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, tarikh akhir Entrance Survey dilanjutkan sehingga 10 November 2023 bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk melengkapkan Entrance Survey terutama kepada pelajar yang lewat mendaftar.

Sekian, terima kasih.
🎓 𝗧𝘂𝗷𝘂𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗲-𝟵𝟴 🎓

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-98 akan berlangsung bermula 18 November hingga 30 November 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.Tahniah kepada semua graduan!

Ikuti perjalanan Live #konvouitm98 di saluran Youtube UiTM Channel: https://bit.ly/3Qu32Mo

Sebarang pertanyaan berkenaan konvokesyen boleh diajukan kepada pegawai konvokesyen yang terlibat. Rujuk pautan berikut untuk senarai pegawai yang boleh dihubungi: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Para graduan juga dijemput untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM https://bit.ly/3QQAvkn

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda semua lebih berjaya dimasa hadapan.

Jangan lupa follow UiTM di media sosial berikut:

🔗Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
🔗Instagram: https://bit.ly/3Qo2VSc
🔗Twitter: https://twitter.com/uitmofficial
🔗Tiktok: https://bit.ly/3MzG8Su
🔗Youtube: https://youtube.com/@UiTMChannel

#MalaysiaMadani
#UiTM
#UiTMDiHatiku
#GRU2025
#konvouitm98
#Tahniah
Assalamualaikum and Good Day! 😎

We are pleased to announce the Standard Chartered Singapore Marathon will be held on 3rd December 2023, Sunday.

The event is organised by IRONMAN Asia with the support of the Singapore government.
Universiti Teknologi MARA Johor (Pasir Gudang Campus) students are invited to be a part of this international level event by participating as volunteers.

With that, Student Affairs (HEP) is looking for interested students with a valid Malaysian passport to join this event. Kindly fill up the form via the following link: https://forms.gle/1bujDCm2Rbht14F98.

Registration deadline:
22 November 2023, before 11:59 PM

Transport, meals, T-shirt and token allowance are provided.

Should you have any questions, please feel free to contact HEP at 07-381 8035/8033/8032/8053

For more information on Singapore Marathon, kindly visit the website at: https://singaporemarathon.com/

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

16 November 2023
PENTING!!

SILA ELAKKAN MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN MENGGUNAKAN APLIKASI RHB

Saudara/ saudari yang dihormati,

Sila elakkan daripada membuat pembayaran yuran pengajian menggunakan aplikasi RHB kerana transaksi pembayaran melalui aplikasi tersebut tidak akan mengemaskini status bil pelajar kepada ‘Telah dibayar’.

Keprihatinan saudara/ saudari amatlah penting dalam memastikan pembayaran dibuat menggunakan mod pembayaran yuran yang dibenarkan kerana pelajar akan dikenakan tindakan Gugur Taraf sekiranya status bil pelajar tidak dikemaskini.

Pembayaran yuran pengajian boleh dibuat melalui link berikut:
Pembayaran Yuran Pengajian Dalam Talian

Sila layari link Soalan Lazim untuk mendapatkan info/ panduan berkaitan kewangan pelajar.

Terima kasih.

Sumber: Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS) BAGI URUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2023/2024 (JANUARI 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan Pekeliling Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bilangan 13 Tahun 2023, penggunaan sepenuhnya Kad Prihatin Siswa (KPS) di seluruh UiTM adalah berkuatkuasa pada 08 Disember 2023. Manakala kad pelajar UiTM lama tidak lagi sah digunakan atau diperakukan untuk urusan rasmi di universiti. Sehubungan itu, dengan rasminya pekeliling ini akan terpakai bagi urusan peperiksaan akhir bermula Sesi 1 2023/2024 (Januari 2024).

3. Mohon perhatian semua pelajar untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan akan datang. Pelajar lama boleh menuntut atau mencetak KPS di Bahagian Infostruktur, Aras 3, Bangunan Pentadbiran, UiTM Kampus Pasir Gudang.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
18 Disember 2023 | Isnin
Selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi 🌹
Perhatian kepada semua pelajar‼️
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SEMAKAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2023/2024 (JANUARI 2024)

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan mengikut kod kursus kini boleh disemak melalui pautan https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm. Pelajar dinasihatkan mencetak slip menduduki peperiksaan melalui student portal masing-masing sebelum peperiksaan bermula pada 29 Januari 2024.

Butiran lanjut berkaitan jadual peperiksaan akan diberikan semasa taklimat peperiksaan yang akan dimaklumkan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
07 Januari 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon perhatian semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang untuk mengambil tindakan segera bagi proses Exit Survey dan SuFO Sesi 1 2023/2024. Kegagalan tindakan daripada pelajar mengakibatkan keputusan peperiksaan akhir akan disekat.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.