UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon perhatian dan kehadiran semua pelajar UiTM Kampus Pasir bagi melancarkan perjalanan peperiksaan akhir pada semester ini.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2023/2023 (JANUARI 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh membuat semakan lokasi dan kedudukan peperiksaan melalui laman sesawang UiTM Cawangan Johor di pautan https://uitm.edu.my -> E-SERVIS -> Sistem Peperiksaan Akhir. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan rangkaian intranet (WiFi UiTM) bagi mengakses sistem tersebut.

3. Manakala pelajar yang berada diluar kawasan kampus boleh membuat semakan awal berkaitan tarikh dan masa peperiksaan mengikut kod kursus melalui pautan https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
23 Januari 2024
Selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Semoga semua mahasiswa dikurniakan kesihatan, kelapangan hati serta dipermudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan.

Buat sehabis baik dan semoga dikurniakan kejayaan!

ุงู† ุดุงุกุงู„ู„ู‡

#malaysiamadani
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#GRU2025 #CakapBaikBaik
#Exam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Datin Paduka / Prof / Tuan / Puan

SESI TAKLIMAT DAN KAUNTER PENDAFTARAN PELAKSANAAN SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor akan mengadakan sesi taklimat dan membuka kaunter pendaftaran pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) seperti butiran berikut:-

Tarikh : 28 Januari 2024 (Ahad) - HARI INI!
Masa : Sesi taklimat - 9:00 pagi - 9:30 pagi
: Kaunter pendaftaran - 9:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Ruang Legar, Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)


3. Sesi ini akan memudahkan warga kampus dengan membantu proses pengisian maklumat yang diperlukan dan menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan pelaksanaan sistem tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang di kalangan staf dan pelajar adalah dijemput untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Sekian, semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Terima kasih.
PERINGATAN AKHIRโ€ผ๏ธ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, 29 Januari 2024 (esok) merupakan hari pertama peperiksaan akhir Sesi Januari 2024. Para pelajar diminta untuk memastikan telah bersedia dengan keperluan berikut:

โ€ข Kad Pelajar (KPS)
โ€ข Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan
โ€ข Alat tulis

Pakaian semasa menduduki peperiksaan adalah FORMAL. Pelajar juga digalakkan berpakaian formal bagi peperiksaan selain hari Isnin.

Pastikan anda tidak lewat dan hadir 45 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula.

Jangan lupa memohon keampuan daripada kedua ibu bapa serta guru-guru (pensyarah) dan minta doa restu mereka.

Semoga pelajar-pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat maju jaya! ๐ŸŒน


Ikhlas daripada,

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Kata-kata memang mudah keluar, namun kebijaksanaan sejati terletak pada kekuatan pemikiran. Berbicara boleh dilakukan oleh ramai orang, tapi dalam menggali makna dari setiap kata-kata memerlukan sedikit orang yang berfikir.

Oleh itu, berfikirlah sebelum bercakap, kerana kebijaksanaan bukanlah tentang seberapa banyak kita berbicara, tetapi seberapa dalam kita berfikir sebelum mengucapkan kata-kata.

Petikan pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka

#MalaysiaMadani
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#GRU2025 #CakapBaikBaik
#PantunPujangga
[๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป] Pelaksanaan Pendaftaran Pelajar Baharu dan Sesi Perkualiahan Tiga Minggu Pertama Bagi Sesi II 2023/2024 (Mac - Ogos 2024).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hal Ehwal Akademik UiTM

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
[Pemakluman] Pelajar boleh membuat semakan liputan akses internet di kawasan masing-masing melalui laman sesawang https://jendela.my/ (Peta > Semak Liputan).

Pelajar bertanggungjawab memastikan kediaman/ lokasi menetap mempunyai akses internet serta tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada tiga minggu pertama semester hadapan.

#UiTM #UiTMDiHatiku
#UiTM25Tahun
[๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป] ๐Ÿฏ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ถ. ๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป (๐—ฆ๐—ž๐—ฃ๐—š ๐Ÿญ) ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿต๐Ÿต (๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿญ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ).

Sila imbas kod QR yang disediakan di poster atau klik pautan berikut: http://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023

Sistem kajian telah dibuka pada 27 November 2023 dan akan ditutup pada tarikh akhir ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia Kajian Pengesanan Graduan, Bahagian Transformasi Universiti UiTM di alamat emel berikut: ge@uitm.edu.my

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat. Bangun awal, makan makanan yang berkhasiat, bersenam, dan refleksi diri untuk memperbaiki rohani dan insani dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis-majlis ilmu.

Kejarlah peluang dan luaskan pengalaman menerusi latihan praktikal (internship), bekerja separuh masa atau โ€˜freelanceโ€™, atau mengikuti aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan. Sebaiknya, kita gunakan masa terluang ini untuk mula membina portfolio masing-masing.

Bukan apa, waktu inilah kita boleh teroka kemahiran dan bakat kendiri! Boleh bina rangkaian industri, boleh juga kalau pergi melancong dan luaskan pengetahuan dengan budaya asing.

Tapi, jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati dan jaga diri serta keselamatan semua termasuklah insan yang tersayang.

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
Janji dan hutang merupakan dua perkataan yang berkait dengan integriti dan kejujuran seseorang.

Janji adalah tanda kepercayaan, dan membayar hutang adalah bentuk penghormatan terhadap diri sendiri dan orang lain.

Anda ada janji dan hutang yang belum dilunaskan?

Petikan pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#PantunPujangga
๐Ÿ“ŒUntuk perhatian semua pelajar UiTMโ€ผ๏ธ