UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️

1. PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2024/2025 UiTM.

2. PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2024/20245UiTM.

3. PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2024/2025 UiTM.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.
Sekian, dimaklumkan.
Selamat maju jaya.

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm


Unit Diploma dan Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194 / 3196 / 8067
Emel : pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174 / 2798 / 2797 / 3277
Emel : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Program Profesional
No. Tel : 03-5544 3171/3168
Emel : pengambilan@uitm.edu.my
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR (SESI MAC - OGOS 2024)

Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 7 Mac 2024 (Khamis) hingga 8 April 2024 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, permohonan akan dilakukan secara atas talian melalui laman web:
https://linktr.ee/uzswuitmjohor

Disertakan juga syarat permohonan dan senarai dokumen sokongan sebagai rujukan untuk perhatian dan tindakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

KAMPUS SEGAMAT:
📞 Ustazah Mahasin (07-9352193)
📞 Ustaz Mohd Azhar (07-9352247)

KAMPUS PASIR GUDANG:
📞 Dr. Mohd Rilizam (07-3818459)

Sekian, Terima Kasih.

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR
26 Mac 2024 | SELASA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

[ PERMOHONAN PENGECUALIAN DAN PENGURANGAN BAYARAN KOLEJ SESI MAC - OGOS 2024 ]

Merujuk kepada perkara di atas, permohonan pengecualian dan pengurangan bayaran kolej sesi Mac-Ogos 2024 akan dibuka mulai 21 Mac 2024 - 19 April 2024.

Pelajar yang layak memohon pengecualian bayaran kolej kediaman :
📍 Pelajar sepenuh masa yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan
📍 Pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00

Pelajar yang layak memohon pengurangan bayaran kolej kediaman :
📍 Pelajar sepenuh masa yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan
📍 Pendapatan keluarga B40 ( RM2,501.00 - RM4,500.00 )

Borang boleh di muat turun di laman web :
📍 https://sites.google.com/uitm.edu.my/upknrpasirgudang/muat-turun

Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Pejabat Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar.

Sekian, terima kasih.

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
26 Mac 2024 | SELASA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

[ PERMOHONAN BANTUAN ELAUN MAKAN e-INSENTIF PELAJAR DIPLOMA, AC 150 & AP243 SESI MAC - OGOS 2024 ]

Merujuk kepada perkara di atas, permohonan bantuan elaun makan e-insentif pelajar akan dibuka mulai 20 Mac 2024.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di "Student Portal" .
Pelajar boleh menyemak status permohonan (BERJAYA/GAGAL) dengan melayari student portal selepas tarikh permohonan.

Pelajar boleh menyemak jadual 'Cut Off Date' bayaran e-insentif di laman web :
📍 https://sites.google.com/uitm.edu.my/upknrpasirgudang/pengumuman

Sekian, terima kasih.

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
📣 HARI TERAKHIR 📣

‼️Tarikh Akhir Permohonan UPUOnline Fasa 1 (Sesi Akademik 2024/2025)‼️

🗓️ 29 Mac 2024 (Jam 5.00 petang)

🌐 Maklumat lanjut: https://upu.mohe.gov.my/

#MalaysiaMADANI
PERMOHONAN UPUONLINE FASA 1 SESI AKADEMIK 2024/2025 TELAH DITUTUP

PERMOHONAN FASA 2 UPUONLINE AKAN DIBUKA SEMULA PADA:

29 APRIL 2024 (12.00 TENGAH HARI)

PROGRAM PENGAJIAN BERTEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN TIDAK DITAWARKAN PADA FASA 2 INI

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kami :~
🔸 TikTok : @bkpaupu
🔸 Facebook : kemasukan bkpa jpt
🔸 Telegram : UPUONLINE CHANNEL
🔸 Instagram : @kemasukanbkpa
🔸 YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
🔴 Maklumbalas UPU: https:// jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada
Semua Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

PERINGATAN MESRA: TARIKH AKHIR PENDAFTARAN KURSUS SESI 2 2023/2024

Semua pelajar diingatkan untuk memastikan semua kursua yang perlu diambil sepanjang Sesi 2 2023/2024 (Mac - Ogos 2024) telah didaftar selewat-lewatnya pada 01 April 2024 (Isnin). Pelajar boleh membuat semakan senarai kursus yang telah didaftar melalui menu 1.0: Registered Courses di sistem pendaftaran kursus.

Kegagalan tindakan daftar/ gugur kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan membawa kepada proses daftar kursus luar tempoh dengan kenaan RM100 bagi setiap kursus/proses. Manakala pelajar berstatus aktif yang didapati gagal mendaftar sebarang kursus pada semester ini berpotensi dikenakan status Gugur Taraf (GT) pada 30 April 2024.

Pelajar sepenuh masa berlanjut (SML) yang selesai mendaftar kursus dikehendaki menjana yuran pengajian secara kendiri melalui sistem pendaftaran kursus di menu 5.0: Generate Bill. Pelajar SML yang tidak menjana bil akan direkodkan sebagai tiada bayaran yuran pengajian dan berpotensi dikenakan GT.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Mac 2024 | Ahad
Teknologi hari ini membolehkan kita untuk mencari imu tanpa sempadan. Semakin hari, semakin ramai manusia berilmu, namun adakah ianya selari dengan ketinggian akhlak kita?

Jadilah manusia yang berilmu tinggi dan berakhlak mulia. Kedua-duanya hendaklah seiring dan saling mengimbangi kehidupan kita.

Buat mahasiswa UiTM, teruskan usaha mencari ilmu mematangkan diri dengan pengalaman dan bersama kita mengharmonikan akhlak.

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#PantunPujangga
📣 PENGUMUMAN 📣

1️⃣ PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN (TAHUN AKHIR) UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2024/2025.

2️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2024/2025.

3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2024/2025 UiTM
.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: online.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Diploma dan Pra Diploma
☎️ 0355443194 / 0355443196 / 0355448067
📧 pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798 / 0355442797 / 0355443277
📧 pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443168 / 0355443167
📧 pengambilan@uitm.edu.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i,

Berikut merupakan pemakluman rasmi pengoperasian BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang sempena Aidilfitri 1445H/ 2024M untuk makluman semua pelajar. Mohon perhatian semua pihak bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
03 April 2024 | Rabu
Kita perlu menggunakan setiap masa untuk bermuhasabah diri seolah-olah Ramadan kali ini adalah Ramadan terakhir bagi kita.

Jika selama ini ada perasaan malas dan suka bertangguh untuk solat, maka ini masanya untuk mengubah kepada yang lebih baik. Begitu juga untuk ibadah yang lain.

Ramadan mendidik kita untuk menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah untuk menjadi hamba yang pemurah, penyabar, berkasih sayang, bantu-membantu dan bersangka baik sesama insan.

Mari kita menjalani ibadah puasa dengan pecutan keimanan dan kesempurnaan yang terbaik supaya beroleh darjat takwa di sisi Allah SWT.

Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ali Imran: ayat 102 bermaksud: “𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂𝒏! 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒂𝒒𝒘𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓-𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓 𝒕𝒂𝒒𝒘𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊-𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒊𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒂𝒅𝒂𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎.”

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#NasihatAyah
PEMAKLUMAN MUET DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG BAGI SESI 2/2024
Perhatian kepada semua pelajar ‼️
Jumpa anda di sana warga Johor! 🔴🔵

Jom sertai kami di Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2024 yang akan berlangsung pada 1 & 2 Jun 2024 ini - HARI INI & ESOK!

Jangan lepaskan peluang untuk sesi konsultasi bersama warga akademik bagi mendapatkan maklumat dan pendedahan berkenaan pendidikan di Universiti Teknologi MARA!

📌 Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 - Negeri Johor
📌 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
📌 Level 1, Angsana Johor Bahru Mall (berhampiran RotiBoy & McDonald’s)

Jangan lepaskan peluang untuk turut mendapatkan maklumat berkaitan
✅ Peluang pendidikan di luar negara,
✅ Simpanan & pelaburan, serta
✅ Analisis biometrik personaliti diri!

_Jumpa nanti ek!_
#UiTM #SPM2023 #ESKU2024
PERHATIAN!!
TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER MAC 2024 - OGOS 2024 (SESI 20242)(BAGI PELAJAR YANG DILULUSKAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN)


Saudara/ Saudari yang dihormati,

Bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran yuran (Status Yuran ‘Y3’), sila buat pembayaran yuran bagi Semester Mac 2024 - Ogos 2024 (Sesi 20242) selewat-lewatnya pada 24 Jun 2024 supaya mengelakkan daripada tindakan GUGUR TARAF MUKTAMAD.

Sila rujuk soalan lazim no. 12 untuk semakan bil tertunggak & soalan lazim no. 13 untuk panduan pembayaran bil.

Sekian, terima kasih.

“PELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK”