UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
26 Mac 2024 | SELASA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

[ PERMOHONAN BANTUAN ELAUN MAKAN e-INSENTIF PELAJAR DIPLOMA, AC 150 & AP243 SESI MAC - OGOS 2024 ]

Merujuk kepada perkara di atas, permohonan bantuan elaun makan e-insentif pelajar akan dibuka mulai 20 Mac 2024.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di "Student Portal" .
Pelajar boleh menyemak status permohonan (BERJAYA/GAGAL) dengan melayari student portal selepas tarikh permohonan.

Pelajar boleh menyemak jadual 'Cut Off Date' bayaran e-insentif di laman web :
πŸ“ https://sites.google.com/uitm.edu.my/upknrpasirgudang/pengumuman

Sekian, terima kasih.

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
πŸ“£ HARI TERAKHIR πŸ“£

‼️Tarikh Akhir Permohonan UPUOnline Fasa 1 (Sesi Akademik 2024/2025)‼️

πŸ—“οΈ 29 Mac 2024 (Jam 5.00 petang)

🌐 Maklumat lanjut: https://upu.mohe.gov.my/

#MalaysiaMADANI
PERMOHONAN UPUONLINE FASA 1 SESI AKADEMIK 2024/2025 TELAH DITUTUP

PERMOHONAN FASA 2 UPUONLINE AKAN DIBUKA SEMULA PADA:

29 APRIL 2024 (12.00 TENGAH HARI)

PROGRAM PENGAJIAN BERTEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN TIDAK DITAWARKAN PADA FASA 2 INI

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kami :~
πŸ”Έ TikTok : @bkpaupu
πŸ”Έ Facebook : kemasukan bkpa jpt
πŸ”Έ Telegram : UPUONLINE CHANNEL
πŸ”Έ Instagram : @kemasukanbkpa
πŸ”Έ YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
πŸ”΄ Maklumbalas UPU: https:// jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
πŸ”΄ E-mel: upu@mohe.gov.my
πŸ”΄ UPUChat: https://upuchat.org/
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada
Semua Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

PERINGATAN MESRA: TARIKH AKHIR PENDAFTARAN KURSUS SESI 2 2023/2024

Semua pelajar diingatkan untuk memastikan semua kursua yang perlu diambil sepanjang Sesi 2 2023/2024 (Mac - Ogos 2024) telah didaftar selewat-lewatnya pada 01 April 2024 (Isnin). Pelajar boleh membuat semakan senarai kursus yang telah didaftar melalui menu 1.0: Registered Courses di sistem pendaftaran kursus.

Kegagalan tindakan daftar/ gugur kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan membawa kepada proses daftar kursus luar tempoh dengan kenaan RM100 bagi setiap kursus/proses. Manakala pelajar berstatus aktif yang didapati gagal mendaftar sebarang kursus pada semester ini berpotensi dikenakan status Gugur Taraf (GT) pada 30 April 2024.

Pelajar sepenuh masa berlanjut (SML) yang selesai mendaftar kursus dikehendaki menjana yuran pengajian secara kendiri melalui sistem pendaftaran kursus di menu 5.0: Generate Bill. Pelajar SML yang tidak menjana bil akan direkodkan sebagai tiada bayaran yuran pengajian dan berpotensi dikenakan GT.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Mac 2024 | Ahad
Teknologi hari ini membolehkan kita untuk mencari imu tanpa sempadan. Semakin hari, semakin ramai manusia berilmu, namun adakah ianya selari dengan ketinggian akhlak kita?

Jadilah manusia yang berilmu tinggi dan berakhlak mulia. Kedua-duanya hendaklah seiring dan saling mengimbangi kehidupan kita.

Buat mahasiswa UiTM, teruskan usaha mencari ilmu mematangkan diri dengan pengalaman dan bersama kita mengharmonikan akhlak.

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#PantunPujangga
πŸ“£ PENGUMUMAN πŸ“£

1️⃣ PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN (TAHUN AKHIR) UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2024/2025.

2️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2024/2025.

3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2024/2025 UiTM
.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: online.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Diploma dan Pra Diploma
☎️ 0355443194 / 0355443196 / 0355448067
πŸ“§ pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798 / 0355442797 / 0355443277
πŸ“§ pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443168 / 0355443167
πŸ“§ pengambilan@uitm.edu.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i,

Berikut merupakan pemakluman rasmi pengoperasian BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang sempena Aidilfitri 1445H/ 2024M untuk makluman semua pelajar. Mohon perhatian semua pihak bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
03 April 2024 | Rabu
Kita perlu menggunakan setiap masa untuk bermuhasabah diri seolah-olah Ramadan kali ini adalah Ramadan terakhir bagi kita.

Jika selama ini ada perasaan malas dan suka bertangguh untuk solat, maka ini masanya untuk mengubah kepada yang lebih baik. Begitu juga untuk ibadah yang lain.

Ramadan mendidik kita untuk menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah untuk menjadi hamba yang pemurah, penyabar, berkasih sayang, bantu-membantu dan bersangka baik sesama insan.

Mari kita menjalani ibadah puasa dengan pecutan keimanan dan kesempurnaan yang terbaik supaya beroleh darjat takwa di sisi Allah SWT.

Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ali Imran: ayat 102 bermaksud: β€œπ‘Ύπ’‚π’‰π’‚π’Š π’π’“π’‚π’π’ˆ-π’π’“π’‚π’π’ˆ π’šπ’‚π’π’ˆ π’ƒπ’†π’“π’Šπ’Žπ’‚π’! π‘©π’†π’“π’•π’‚π’’π’˜π’‚π’π’‚π’‰ π’Œπ’‚π’Žπ’– π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓-𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓 π’•π’‚π’’π’˜π’‚, 𝒅𝒂𝒏 π’‹π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π’”π’†π’Œπ’‚π’π’Š-π’Œπ’‚π’π’Š π’Œπ’‚π’Žπ’– π’Žπ’‚π’•π’Š π’Žπ’†π’π’‚π’Šπ’π’Œπ’‚π’ π’…π’‚π’π’‚π’Ž π’Œπ’†π’‚π’…π’‚π’‚π’ π‘°π’”π’π’‚π’Ž.”

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#NasihatAyah
PEMAKLUMAN MUET DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG BAGI SESI 2/2024
Perhatian kepada semua pelajar ‼️
Jumpa anda di sana warga Johor! πŸ”΄πŸ”΅

Jom sertai kami di Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2024 yang akan berlangsung pada 1 & 2 Jun 2024 ini - HARI INI & ESOK!

Jangan lepaskan peluang untuk sesi konsultasi bersama warga akademik bagi mendapatkan maklumat dan pendedahan berkenaan pendidikan di Universiti Teknologi MARA!

πŸ“Œ Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 - Negeri Johor
πŸ“Œ 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
πŸ“Œ Level 1, Angsana Johor Bahru Mall (berhampiran RotiBoy & McDonald’s)

Jangan lepaskan peluang untuk turut mendapatkan maklumat berkaitan
βœ… Peluang pendidikan di luar negara,
βœ… Simpanan & pelaburan, serta
βœ… Analisis biometrik personaliti diri!

_Jumpa nanti ek!_
#UiTM #SPM2023 #ESKU2024
PERHATIAN!!
TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER MAC 2024 - OGOS 2024 (SESI 20242)(BAGI PELAJAR YANG DILULUSKAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN)


Saudara/ Saudari yang dihormati,

Bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran yuran (Status Yuran β€˜Y3’), sila buat pembayaran yuran bagi Semester Mac 2024 - Ogos 2024 (Sesi 20242) selewat-lewatnya pada 24 Jun 2024 supaya mengelakkan daripada tindakan GUGUR TARAF MUKTAMAD.

Sila rujuk soalan lazim no. 12 untuk semakan bil tertunggak & soalan lazim no. 13 untuk panduan pembayaran bil.

Sekian, terima kasih.

β€œPELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK”