UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
HEBAHAN PEMBUKAAN KAUNTER PROMOSI SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP) & INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR (IMAJ) SEMPENA PROGRAM JELAJAH SEMARAK SISWA JAUHAR DARI YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bantuan pendidikan bagi Mahasiswa Anak Johor yang merangkumi Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Yayasan Pelajaran Johor bagi tahun 2024.

3. Sehubungan dengan itu, YPJ akan membuka kaunter promosi permohonan SBP & IMAJ di UiTM Cawangan Johor (Kampus Pasir Gudang) sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Medan Selera Sri Mersing

4. Mohon disebarkan kepada para pelajar mengenai sesi kaunter promosi di atas dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan bantuan pendidikan boleh diajukan kepada pihak YPJ sepanjang tempoh itu berlangsung.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️
.
HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI/ DIPLOMA/ CFAP243 LEPASAN SPM SESI 1 2024/2025 (PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE)
.
Semakan surat tawaran Program Asasi/ Diploma/ CFAP243 Lepasan SPM Sesi 1 2024/2025 boleh dibuat mulai 29 Jun 2024 (Sabtu) jam 2.00 petang bagi kemasukan Julai 2024 (Asasi) & September 2024 (Diploma)
.
Panduan bagi menyemak surat tawaran dan pendaftaran dalam talian boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar seperti di bawah:
https://youtu.be/UxV6EaoUhZs
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Surat Tawaran : https://online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Mohon Perhatian‼️📣

Kehadiran semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang adalah DIWAJIBKAN (kecuali yang sedang menjalani Latihan Industri).
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2023/2024 (JULAI 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh membuat semakan lokasi dan kedudukan peperiksaan melalui laman sesawang UiTM Cawangan Johor di pautan https://johor.uitm.edu.my -> E-SERVIS -> Sistem Peperiksaan Akhir. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan rangkaian intranet (WiFi UiTM) bagi mengakses sistem tersebut.

3. Manakala pelajar yang berada diluar kawasan kampus boleh membuat semakan awal berkaitan tarikh dan masa peperiksaan mengikut kod kursus melalui student portal atau pautan https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peringatan mesra kepada semua pelajar, sila pastikan anda bersedia dengan keperluan peperiksaan berikut 👇

• Kad Pelajar KPS (biru) ✅
• Slip menduduki peperiksaan ✅
• Alat tulis ✅
• Semak jadual dan kedudukan ✅
• Berpakaian formal ✅

Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya 🌹
JEMPUTAN PENYERTAAN INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATIONDEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024 seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh : 19 – 20 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
⏰ Masa : 8:00 pagi - 5:00 petani
📍 Tempat : Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

📌 Objektif Program :
1. Mengumpul produk inovasi pelajar bagi tujuan pengkomersilan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea produk berteraskan teknologi.
3. Membina pusat data maklumat inovasi pelajar.
4. Menghasilkan penerbitan berjilid.

📌 Kelebihan menyertai program ini:
1. E-sijil penyertaan akan disediakan.
2. Diberi peluang menyertai pertandingan inovasi dan membina kreativiti.
3. Pengalaman yang baharu dan dapat mengetengahkan produk inovasi.
4. Pengalaman menghasilkan video pitching bagi mendapatkan dana pengkomersilan dari pihak industri.
5. Elaun makan (RM20 sehari) bagi peserta produk.
6. Yuran penyertaan untuk produk dan seminar akan diuruskan oleh pihak UiTM.

🔗 Pautan Pendaftaran Produk (Fizikal di UiTM Shah Alam) & Seminar (Secara dalam talian) sebelum atau pada 23 Julai 2024 (Selasa): https://docs.google.com/spreadsheets/d/16fX0qNEn4iDpLC65jfU0HZRehrbEc4IA0ZrIIfQ39To/edit?gid=379625074#gid=379625074

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Am HEP UiTM Kampus Pasir Gudang di talian 07-381 8053 / 8035.
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟵𝟵

UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-99. Nantikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 yang akan berlangsung bermula pada 2 September hingga 17 Oktober mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ UiTM Shah Alam - 2 September hingga 19 September 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sabah - 9 Oktober hingga 10 Oktober 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sarawak - 15 Oktober hingga 17 Oktober 2024

Graduan sesi konvokesyen 202399-Disember 2023 dikekehendaki mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/update/

Group Telegram Konvo UiTM ke-99: https://bit.ly/KonvoUiTM99

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZAh34Dlu7JkGz8QGQn1Qg_4

Muat turun Buku Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (Digital) di pautan berikut: [Link akan dikemaskini]

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-99, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
Para Graduan Konvokesyen UiTM Kali Ke-99 Tahun 2024 yang dihormati,

PEMBAYARAN YURAN KONVO MELALUI PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP


Merujuk kepada Piagam Pelanggan KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 21 hari bekerja).

Status yuran hanya akan dikemaskini kepada ‘Telah Dibayar’ setelah pihak UiTM menerima pembayaran daripada pihak KWSP.

Bagi melancarkan proses konvokesyen, saudara/saudari TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT PEMBAYARAN BIL TERTUNGGAK MENGGUNAKAN PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP kerana permohonan di saat akhir dikhuatiri akan melangkau tarikh sidang konvokesyen & berisiko tinggi untuk disekat pengeluaran skrol rasmi.

Namun begitu, tiada halangan sekiranya saudara/saudari ingin membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP untuk menuntut semula bil yang telah dibayar (Self reimbursement).

Di kesempatan ini, sukacitanya Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/saudari para graduan konvokesyen kali ke-99.

Sekian, terima kasih.
Panduan Pembayaran Bil bagi pelajar berstatus tidak aktif.pdf
138.9 KB
Para graduan yang dihormati, mohon rujuk panduan pembayaran bil yang dibenarkan. Sila elakkan daripada membuat pembayaran menggunakan pengeluaran i-Akaun KWSP. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Tahniah & terima kasih. 🌹
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2024 yang dijadualkan pada Disember 2024 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ432024.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ432024 selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2024 (Khamis), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MUET SESI 3/2024 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

Dukacita dimaklumkan bahawa slot menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2024 di UiTM Kampus Pasir Gudang TELAH PENUH dan secara rasminya adalah DITUTUP.

Pemakluman lanjut akan diberikan kemudian bagi pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran. Manakala pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dinasihati untuk mendaftar sebagai calon persendirian melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
15 Ogos 2024