UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2024 yang dijadualkan pada Disember 2024 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ432024.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ432024 selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2024 (Khamis), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MUET SESI 3/2024 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

Dukacita dimaklumkan bahawa slot menduduki peperiksaan MUET Sesi 3/2024 di UiTM Kampus Pasir Gudang TELAH PENUH dan secara rasminya adalah DITUTUP.

Pemakluman lanjut akan diberikan kemudian bagi pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran. Manakala pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dinasihati untuk mendaftar sebagai calon persendirian melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
15 Ogos 2024
Makluman Tambahan:

Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran tetapi tidak sempat mengisi borang pendaftaran, pihak UiTM akan membuat proses pemulangan semula bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, tarikh akhir pembayaran SEMUA BIL adalah pada 26 Ogos 2024 (Isnin). Kegagalan/ kelewatan tindakan pelajar menjelaskan bil-bil yang telah dijana dalam portal bil pelajar akan mengakibatkan sekatan semakan keputusan penilaian akhir Sesi 2 2023/2024.

Perhatian dan kerjasama semua amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PROSES PEMULANGAN SEMULA BAYARAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2024

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran peperiksaan MUET Sesi 3/2024 di UiTM Kampus Pasir Gudang yang dijadualkan pada Disember 2024 telah PENUH sebelum tarikh tutup. Pihak UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuat proses pemulangan bayaran kepada pelajar yang telah membuat bayaran penuh tetapi tidak berjaya menghantar permohonan pendaftaran.

3. Berdasarkan semakan, pihak kami mendapati ramai pelajar yang tidak membuat pengemaskinian atau mengaktifkan akaun bank di dalam sistem kewangan pelajar. Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat dikehendaki mengambil tindakan berikut:

i. Memberikan maklumat akaun bank melalui pautan https://bit.ly/refundMUET32024
ii. Mengemaskini maklumat akaun bank di portal pelajar (rujuk panduan kemaskini maklumat akaun bank)

4. Proses bayaran semula ini perlu dilakukan dengan kadar segera. Pelajar yang terlibat dikehendaki mengambil tindakan segera selewat-lewatnya pada 24 Ogos 2024 (Sabtu). Pihak UiTM tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal memberikan maklumat seperti diminta sehingga mengakibatkan kelewatan atau kegagalan proses bayaran semula.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERMOHONAN PROGRAM SEPENUH MASA DIPLOMA / ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) / SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (CFAP243) SESI 2 2024/2025

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1๏ธโƒฃ 72 Program Diploma
2๏ธโƒฃ Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
3๏ธโƒฃ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243)

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 26 Ogos 2024 (Isnin) hingga 25 Oktober 2024 (Jumaat)

Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
PERINGATAN : KAWASAN BERISIKO PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Berikut merupakan kawasan yang berisiko pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, para pelajar diminta agar menjaga kebersihan dan memantau kawasan yang berisiko bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes dan mengurangkan risiko penyakit demam denggi di kampus terutamanya di kolej kediaman.

Kerjasama dan keprihatinan daripada semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Kesihatan,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

Dikeluarkan pada : 28.8.2024
Semua okay ke tu? Dah sedia untuk keputusan peperiksaan?

Keputusan peperiksaan semester Mac - Ogos 2024 Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan diumumkan pada jam 11 pagi, 30 Ogos 2024. 

Tahniah atas usaha anda sepanjang semester ini! ๐ŸŒŸ Semoga semua mahasiswa mendapat keputusan yang cemerlang dan terus berjaya dalam perjalanan akademik anda! ๐Ÿš€๐Ÿ“š

Keputusan peperiksaan bukanlah penentu segalanya. Apa yang lebih penting adalah usaha dan dedikasi yang anda tunjukkan sepanjang semester ini. Teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Setiap pengalaman adalah peluang untuk belajar dan berkembang. Semoga anda terus berjaya dalam perjalanan akademik dan kehidupan anda! ๐Ÿš€๐Ÿ“š

Semak keputusan di:

https://mystudent.uitm.edu.my/login

Tak boleh semak keputusan peperiksaan? Cuba semak perkara berikut: https://www.facebook.com/share/p/DMviW9XzHv4PJyKY/?mibextid=oFDknk

Globally Renowned, Locally Rooted

ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
HEBAHAN SKOP BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR UiTM DAN TAJAAN TERKINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/i Pelajar,

Merujuk kepada perkara di atas,dimajukan Hebahan Skop Bantuan Kebajikan Pelajar UiTM dan Tajaan terkini .
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Hebahan Tajaan Terkini

1. Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2024

Tarikh Permohonan : 1 Oktober 2024- 30 Oktober 2024
Permohonan adalah secara atas talian : https://application.yayasanbankrakyat.com.my
Maklumat lanjut : https://yayasanbankrakyat.com.my/
Sebarang pertanyaan : 03-2612 6443/6444/0956

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tarikh Permohonan :-
Kelompok 1 : 1 September 2024 - 30 September 2024
Kelompok 2 : 1 Oktober 2024 - 31 Oktober 2024
Permohonan adalah secara atas talian :https://www.ptptn.gov.my/myptptn/
Sebarang pertanyaan sila rujuk pejabat cawangan PTPTN seperti dibawah :-
https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/

Untuk rujukan saudara/i, bersama-sama ini disertakan poster.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
#YPJBantuanPendidikan | PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN SESI 3 / 2024 KINI DIBUKA.

Permohonan dibuka bermula 6 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024 khusus untuk pelajar SIJIL, ASASI, DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA (tahun pertama sahaja) dan terbuka kepada pelajar IPTA, Kolej YPJ, Kolej Kemahiran Johor dan Matrikulasi SAHAJA.

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) 6 September 2024 bermula jam 10 pagi di laman web YPJ atau boleh klik di pautan portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

"Membina Insan Berkualitiโ€

#SkimBantuanPendaftaranSesi3
#YPJPemangkinPendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor #AllahBerkatiJohor #MajuJohor
#MBJohor #YBExco
[๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป] Etika Pakaian untuk jemputan khas/ibu bapa sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Terima kasih atas kerjasama anda dalam memastikan kelancaran dan kesempurnaan Istiadat Konvokesyen UiTM.

Globally Renowned, Locally Rooted
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#KonvoUiTM99
HEBAHAN KEPUTUSAN SURAT TAWARAN SARJANA MUDA LEPASAN STPM / SETARAF DAN PENERAPAN DIPLOMA UiTM SESI 1 2024

Surat tawaran ke program Sarjana Muda UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan STPM / Setaraf dan Penerapan Diploma boleh disemak mulai 08 September 2024 (Ahad) pada jam 3.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 08 September 2024 hingga 18 September 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Panduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.